"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, September 05, 2009

WARKAH TERAKHIR SERIKANDICINTA


Perpisahan ini…
Bukan berniat untuk mungkiri janji
Tapi kerna cinta kita tak mampu bersama

Perpisahan ini…
Bukan kerna kita tak setia
Tapi kerna kita tak mampu memahami
Perasaan diantara kita

Perpisahan ini…
Bukan kerna hati saling membenci
Tapi kerna tak sanggup dibelenggu rindu

Perpisahan ini…
Memisahkan cinta yang kita rasa
Bukan kerna tak mampu bertahan lama
Tapi kerna kita tak sanggup melukakan
Segala kenangan yang kita cipta

Perpisahan ini…
Demi sebuah kebahagiaan
Yang ku hadiahkan buatmu
Demi sebuah ketenangan
Agar melingkar seluruh hayatmu
Biarpun cinta hanya dijiwa
Asal bisa buat kau bernafas lega
Aku rela melepaskan ikatan yg kita bina

Perpisahan ini...
Bukanlah noktah mati cinta kita
Tapi titik mula untuk bernafas sendiri
Selagi kita saling mengingati
Cinta tetap kekal utuh dihati

Kasih….
Aku relakan perpisahan ini
Bukan kerna cinta tiada lagi
Tapi kerna tak mahu kau lebih sengsara
Diduga dan diuji takdir untuk kekal bersama

Aku doakan kau dalam sejahtera
Peliharalah diri agar bahagia sentiasa
Kerna didalam kamu telah ada aku
Derita dirimu maka menderitalah aku
Bahagia dirimu aku juga begitu
Telah ada aliran jiwa
Untuk kita saling merasa
Akan getarnya

Berjanjilah untuk ceria
Teruskan kehidupan ini segenap sanubari
Tersenyumkan dirimu untuk aku
Ketawalah untuk aku
Bernafas untuk aku
Walau ku tahu kau tak mampu
Melakukan semua sekerah dayamu

Ingati sayang..
Telah kita ukir janji untuk bertemu
Biarpun waktu itu
Tak pasti bila bakal berlaku
Tika itu….
Aku mahu melihatmu
Seperti yg aku kenal dulu
Saat kau dan aku
Mampu tersenyum dan ketawa
Kita berbicara dengan mesra
Bercerita tentang kenangan dan cinta
Yang tak pernah derita


"Apabila bersama itu melukakan
Berpisah lebih baik dari saling membenci"

S E R I K A N D I C I N T A



Buat kamu sahabatku..

Sebetulnya warkah terakhir kamu disana.. telah lama aku membacanya.. waktu ia terletak kemas disitu.. cuma, aku tiada masa untuk membalasnya.. atau aku telah hilang punca untuk terus pantas mengayat?.. entah?.. aku bagaikan seperti seakan terpaku menatap tiap baris kata-kata kamu itu.. kelu lidah aku dan terhenti jemari aku untuk membuat ulasan balas buat kamu.. walau berlegar-legar persoalan tentang kamu, kuat menerjah dalam otak berat aku.. akhirnya aku biarkan semua rasa itu berlalu.. dan terus dari memikir yang buruk-buruk tentang kamu.. pernahkan aku nyatakan kamu itu sahabat terhebat aku?.. ya, kerna hanya kamu yang bisa membaca karam berlagu dalam hati aku.. walau nyata ia hanya tiap sepotong puisi ciptaan kamu dan tarian pena jemari kamu?.. misteri dan unik sekali..

Benar, aku memang benar kagum dengan bakat semulajadi kamu itu.. sepantasnya aku memang sukar untuk memuji orang andai kalau ia tidak benar-benar menarik minat aku, memukau rasa dan jiwa raga aku.. maafkan aku selama kamu mengenali aku, pasti kamu sulit untuk mengenal siapa diri aku yang sebenar.. benar bukan?.. sebagaimana sesulitnya aku ini mahu memahami, mendalami tiap rasa kamu dan sebolehnya selalu duduk dekat hampir dengan kamu?.. taukah kamu banyak perkara yang dulu banyak aku pendamkan, kini aku berani suarakan?.. kamu telah berjaya mendidik jiwa aku agar terus kuat melawan arus.. berani!.. ya, kita berdua punya sejarah silam yang melukakan.. walau sama, tapi berbeda.. lantas kepercayaan itu terus menarik minat aku untuk terus dekat dengan kamu.. kerana kamu ada kekuatan yang aku tidak perolehi.. walau aku tahu, kamu juga kadang kalah dengan permainan duniawi dan jiwamu sendiri..

Bila kamu membuka sejarah permulaan awalnya kamu dalam penglibatan dunia maya yang penuh segala macam penipuan dan omongan kosong rekaan pelayar, nah.. aku juga dapat rasakan bagaimana rasa sakit hati berdepan dengan mereka yang berwajah manis ini.. sangat mudah mencorak kata dan menipu daya dengan bertopengkan watak soleh dan solehah.. segala macam memutar belit.. katanya puitis, indah dan menawan... tapi sebenarnya ia adalah racun perosak yang membunuh!.. sakitnya hingga mencucuk ke pangkal hati.. tinggal tanda hitam memilukan.. sungguh melukakan.. lantas itu untuk kamu ambil tahu.. penghujung tahun 2003, setelah 4 tahun aku berlegar bermain, aku terus hentikan perlahan-perlahan segala macam permaianan maya ini.. sebelum aku mula jinak kembali tanggal oktober 2006.. untuk pergi jauhh dari umpatan, makian dan suara fitnah yang pastinya bisa menggugah kekuatan jiwa aku.. pada hakikatnya tidak pernah aku lakukan.. kerana tika itu tiada sesiapa yang boleh aku percayai lagi.. sedangkan sahabat yang ku sangkakan menyokong aku dan telah ku anggap kakak sendiri mengesyaki aku??.. tidak mempercayai aku lagi?.. hanya kerana seorang lelaki??.. malas untuk ku ungkit kisah yang lepas.. mungkin pada dia tali persahabatan ini tiada erti nilainya.. (namun, kini segalanya telah aku maafkan.. walau hubungan itu tidak semesra dulu..)

Sahabat yang aku kasihi..

Melawati ruang maya itu yang dikenali laman e-kawan, menarik aku untuk lantas mengenali siapa kamu?.. cara kamu, penulisan kamu didalam blog ciptaan kamu benar mengusik jiwa aku yang pada tika itu aku benar-benar dihimpit kesedihan yang amat sangat.. (pada nyatanya saja aku ini dilihat adalah seorang yang ceria dan langsung tak punya rasa?).. seakan apa yang kamu layangkan pada pena puisi itu untuk aku??.. seakan aku dan kamu punya satu kisah yang misteri yang payah untuk aku ungkai?.. pada awalnya aku juga punya pandangan negatif tentang kamu.. lantas dengan itu aku lebih banyak mengintai kamu disebalik tirai tabir menghayati tiap hasil sentuhan kamu.. hanya sesekali aku mencoret kata komen dalam blog kamu yang comel itu.. dan aku cuba untuk menghulur salam pada kamu.. (dalam penuh hati-hati.. kerna aku juga takut.. segala macam kisah yang telah terjadi dan aku lalui.. masih menghantui aku) walau aku tahu.. tika itu sambutannya amat dingin dari kamu.. namun semua itu tidak langsung aku ambil peduli.. kamu punya keistimewaan.. yang langsung tak pernah ada dari kenalan cyber aku yang lain dan yang pernah ku kenal..

Seperti yang pernah aku nyatakan selalu.. kamu itu langsung tak pernah hipokrit dengan aku.. dan, rupanya sebenarnya kita adalah yang pernah dipertemukan waktu dulu walau tika itu masing-masing tidak pernah tahu.. ais kepal, budak comot tp comel yang cenggeng (hehe) memutar kembali ingatan aku.. lucu sungguhkan?.. patutlah hati aku benar kuat tentang kamu?.. tapi.. adakah kita masih lagi berkawan?.. mahu tinggalkan aku pergi??.. jaga kamu.. hidup kamu nanti tidak akan pernah aman kalau meminggirkan aku.. pasti kamu akan dibelenggu dengan kerinduan yang mencengkam.. jadi.. hulurkanlah selalu kabar berita buat aku.. tidak disini, diruang email pun boleh.. atau terus sms guna jari pon boleh.. aku pasti membuka dan membaca.. antara cepat dan terlewat saja balasanya.. walau tidak dapat selalu berita diutus, jarang-jarang pun tidak apa.. agar kita berdua langsung tidak pernah senyap.. ketahuilah kamu dan "dia" sentiasa tetap ada dalam ingatan aku.. kerana di laman itu aku temui 2insan yang benar-benar memukau jiwa raga aku.. aku sungguh bersyukur.. biar kita semua jauh pada jarak.. tapi dekat selalu diam dalam hati..

Kamu, aku senyap tidak bermakna aku melupai kamu.. benci kamu.. atau apa saja benda yang selirat simpul dalam hati kamu mikir tentang aku.. (ada ke pikir tentang aku?)tapi aku senyap kerana menunggu kabar diutus pada aku.. (yer la asyik aku ajer tanya kabar org.. nak gak rasa org tanya kabar aku kan?).. walau hanya berkirim dengan seketul ayat berbunyi.. "hai.. awak sehat?" atau "minah seboknyer ko dgn ayam2 ko..".. contoh.. itu sudah cukup bermakna buat aku, hingga hampir buat aku terburai senyum.. well.. aku kadang-kadang juga ada datang angin sengal dan senget aku tiba jadi diam membisu.. almaklumlah orang bintang yang berlindungkan cahaya bulan dan beremosikan lagu ombak kan cenggitu gayanyer?.. oleh itu maafkanlah aku yang daif lagi comei ini.. kan tenguk.. ayat mengayat aku dah mula berubah? (hehe)

Baiklah.. dengan ini aku relakan perpisahan ini.. tapi bukan pada persahabatan kita tau?.. perpisahan untuk kamu berhenti menari puisi dan melakar pena dalam maya nih.. err.. sebenarnya aku musykil kamu tuh boleh ke berhenti terus dari dunia ayat mengayat nih?.. tapi kalau kamu berjaya, akan aku hadiahkan sebakul coklat buat kamu.. tanda aku tabik springg..(hehe) pasal tak mo coklat??.. suka ati aku la nak bagi kann.. (hehe) coz aku tenguk kamu tuh makin kurus hari ke sehari.. walau aku tak pernah tenguk secara zahirnya.. tapi naluri dan mata hati aku sudah melihatnya.. benar bukan?.. jadi, makanlah coklat bior kasi gemok sket dan gebu cam aku ni haa..(hehe).. atau kamu mahu sekor ayam golek diadun dengan resepi istimewa buatan tangan aku tanpa pengawet??.. (haha).. tenguk aku sudah mula merapu kerapu ni.. geleng kepala.. layankan ajer la yerr.. pstt, tapi aku tau.. kamu selalu merayau-rayau dalam ruang maya ni kan? kan?.. wahh, always missing u..

Akhir kata.. majulah sukan untuk negara.. renung-renungkan, selamat beramal..


Salam sayang dari kejauhan..
mawarcinta @ asam_laksa @ AS