"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, September 11, 2009

Untukmu Sahabat.. "in memories"

Sahabat,
kau begitu istimewa buatku..
hakikat ini ku ketahui
setelah diri mu ku hampiri..
sikap mu yang jujur dan berterus-terang
menambat hatiku untuk lebih dekat mengenalimu..
diiringi pula dengan sikap mu yang setia kawan dan bertimbang rasa aku benar-benar rasa terharu memiliki dirimu sebagai teman..

Sahabat..
kau sentiasa pandai
menghiburkan hatiku dengan gurau senda mu..
kau tak pernah langsung muak untuk meluangkan masa mu,
untuk mendengar segala rintihan jiwa ku..
malahan kau juga selalu sering memberi kata-kata semangat kepada aku
agar diri ini sentiasa tabah mengharungi liku-liku hidup yang penuh onak duri..


Sahabat..
kini aku keseorangan dan kesepian lagi..
tiada lagi keakraban semesra dahulu..
perhubungan kita kini kian terbatas..
kau kini sedang berbahagia dengan pilihan hati mu..
namun, aku tetap tersenyum bahagia
melihat bunga-bunga kebahagianmu sedang mekar berkembang..


Sahabat..
hanya satu pintaku yang terakhir..
abadikan setiap detik pertemuan dan persahabatan kita
kukuh erat dalam lipatan memorimu..
agar keakraban dulu kuat terpahat, walau jasad telah berkubur..


:: zue - wa - iena ::


Hmm.. lama benar aku lost contact dengan minah nih.. aku dengan dia nih kenal sejak sekolah rendah lagi.. kira dia nih kawan baik aku la.. cuba tenguk.. rupa pon cam ala ala sama kan?.. hehe.. ramai kengkawan kita orang dulu selalu bilang kami nih kembar?.. tang ceruk mana kita org pergi, mesti salah sorang pasti ada.. yang kelakar kami punya tarikh lahir sama tapi tak serupa.. cuma no. 2 dan no.7 tuh diterbalikkan saja.. dia pulak anak sulong.. aku lak anak tengah.. kadang kami memang selalu bercanggah pendapat..

Paling jahat ala comei de nakal gurl (hehe) yang pernah aku pekenakan dia adalah.. melayangkan warkah bunga cinta kat dia... aku dan lyana berpakat telah menulis surat cinta ala nak kenal suai dengan dia.. time tuh kita orang bosan sungguh tak de kojer nak buat.. almaklumlah lepas abis exam PMR.. so, semua budak jadi nates ala beruk terlepas.. hik.. hik.. idea datang pon dari lyana.. yang memang terkenal kaki buli dan minah brutal.. hehe.. aku just jadi mak turut jer.. jangan tak tau.. baik ala sopan aku pun dulu kalau mengenakan dan melazerkan orang memang power.. hehe.. tapi bila time aku yang terkena.. rasa cam nak hempuk jer dorang.. hahaha.. maka setelah siap surat dikarang oleh aku ( bab ayat mengayat aku memang terer.. almaklumlah minah aliran sastera arr katakan.. hehe) dengan meletakkan sign huruf SJ.. diam-diam time waktu rehat.. lyana orang yang ditugaskan untuk meletakkan surat, berjaya menyusup senyap surat tuh bawah meja dia..

Besok paginya.. dia buru-buru jumpa aku ceritakan tentang surat yang dia dapat.. aku dan lyana wat muka selamba dan layan bersama memikir dengan dia meneka siapakah jejaka yang admire kat dia?.. haha.. time tuh aku tenguk muka dia memang nak tergelak besar.. cam kesian pon ada.. tapi aku kuatkan semangat ngan lyana untuk terus mendiamkan diri dari membocorkan kisah sebenar.. aku memang dah agak dia akan meneka budak kiut pengawas yg mmg dia admire tuh yg bagi.. bla.. bla.. tott tett.. dalam malu meow meow dia bercerita ala bunga-bunga cinta monyet dah berkembang.. hehe.. dan, sejak dapat surat tuh aku tenguk dia memang dah jadi orang lain.. hahaha..

Rahsia kisah surat layang tuh terbongkar bila dia dpt kesan ejaan tang nama ayah dia sama ejaan dengan ejaan yang aku bagi kad raya kat dia dan ada 2 3 ayat mengayat dalam kad tuh buat dia musykil?.. ciss, camne aku bleh tersilap tulis eh? .. hehe.. last aku terpaksa mengaku gak.. marah betul dia kat aku masa tuh.. jenuh gak aku nak mujuk dia sensorang.. pasal si lyana dah pindah sekolah vokalsional.. klau dak dia leh jadik back up aku.. hehe.. katanya lagik nasib dia tak bertanya sendiri pada SJ? .. dia maluuu and spoil mood dia jer berkhayal impian tak sudah.. hehe..

Itulah antara kenangan tentang minah nih yang aku tak boleh lupa.. kami memang rapat.. sampai lepas habis sekolah, kerja pon kat tempat yang sama.. (jadik minah kilang youu..) sebelum abah aku hantar aku sambung belajar kat JB.. huhuhu.. Now, kami still lagi berhubung.. tapi hubungan itu tidaklah seakrab dulu.. just tanya2 kabar jer.. maybe aku yang banyak jauhkan diri kot?.. coz dulu terlalu banyak kisah yang melukakan hati aku.. entahlah payah nak story.. dalam tempoh tuh juga, aku memang banyak menyepikan diri dari kawan-kawan..

Buat sahabatku zie.. aku tahu kau kini sedang diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan.. kalaulah kau mendengar kata aku dulu.... mungkin itu takdir yang tersurat buat mu.. aku benar simpati dengan kamu.. so, aku harap kau tetapkan selalu tabah..