"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, December 08, 2010

PUTERA KATAK



Hahaha.. mmg lawak aku tgk citer Putera Katak petang tadi.. al maklum arr today aku hanya wat listing jer kat umah coz semalam aku dah merayau sakan kat Pekan Sg. Besar tuh wat bancian... huh, mmg penat!.. nasib ada adik aku sudi teman jadi pak supir.. hehe.. idak aku rasa mau aku terlelap time drive atas jalan tuh... x pasal kang dapat mati katak! huhuhu

Berbalik citer Putera Katak nih kan.. kira ada la 2 3 kali episod dia aku dpt layanz.. tuh pon sepintas lalu jer aku layan mana part yg cam best tgk.. hehe.. tpkanz kalau dorang adun lagi kemas citer tuh pasti menarik!.. tak la aku tgk cam ruper janggal jer watak ala bangsawan dowang tuh kan?... tp aku suka watak Kaza (ayah trisha) ngan Liza Abdullah (mak trisha) ala tergedikz2 jer dowang bawak watak laki bini tuh.. mmg x bleh blah.. hahaha

Hmmm... agak2 ada ker zaman skrg katak yg bleh tukor jadik putera yang kacak?.. kalau ada, akan ku tokam sekarang!.. akan aku tahan rasa geli geliman agar cinta sejati aku bisa menukarkan dia menjadi Tom Jones itew?... hahahaha

So, sinopsis cerita ini mengisahkan Putera Amar(Zizan Nin) telah disihir oleh kekasihnya,Putera Zadora(Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Setelah tima tahun, Puteri Zadora telah menyedari bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar.

Wokeh arr... aku mau sleep.. mau mimpi itew putera katak daa... hahaha... OUT!