"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, December 12, 2010

Kebahagian dalam Perpisahan??


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti





Hmmm… sebenarnya lama aku simpan rasa yang terpendam ini. Aku tak tahu bagaimana mahu menjelaskannya secara lisan mahu pun bertulis.. dan sememangnya waktu dulu untuk aku membuat satu keputusan, terlalu amat sukar aku rasakan.. dan akhirnya, apa yang telah aku putuskan itu… terpaksa aku telan kini antara dalam pahit, payau dan rasa yang tak tahu untuk aku perjelaskan.. akukah yang bersalah?.. hipokritkah aku?.. curangkah aku??... bagaimana aku boleh curang? sedangkan aku memang tidak pernah punya hubungan serius dengan mana2 lelaki? keluar dating berdua langsung jauh sekali.. dan sememangnya aku tak minat! jadi apakah aku ini???...

Awalnya memang aku agak terkejut.. dengan perkhabaran itu.. benar waktu itu, aku agak sibuk dengan kerja baru yang aku galas.. ada sedikit acuh tak acuh aku ambil pusing tentang itu.. siang hari berjumpa orang, malamnya pula perlu mengemaskini dokumen mereka pula…sibuk!.. kadang tidur malam aku bersama dengan dokumen2 mereka.. Tuhan saja yang tahu, betapa kusutnya otak aku tika itu.. ditambah lagi dengan segala musibah yang datang.. dan segala perkara sulit sukar untuk aku huraikan.. benar buat aku dalam dilema dan tekanan fikiran.. tapi, dalam kesungguhan mereka yang berharap dan mengharap?.. aku setuju menerima walau dalam waktu yang sama begitu berat aku rasakan.. itu pun telah ku timbang timbal buruk, baik dan kesannya?.. nak diluah mati mak.. nak ditelan mati bapak.. Tuhan, sesak nafas aku tika itu… emosi silih berganti… segala macam bercampur baur.. ada sesuatu yang sulit kuat mengikat aku… tiba rasa aku jadi sakit.. dada rasa sempit.. aku hilang fokus pada kerja ku sendiri..

Atas kesungguhan dan jaminan dari dia.. serta sokongan kuat mereka sedarah sedaging aku.. aku teruskan jua.. walau tika itu aku tahu.. hatinya tak sepenuh rela.. mengapa hatinya tiba berubah?.. aku jadi pilihan dia??.. entah kenapa aku dapat rasakan dia terpaksa pada mereka yang memaksa?.. banyak benar telah ku dengar tentang dia dari mereka.. tapi dia tetap menafikan?.. katanya.. memang hatinya kini benar terbuka?.. benarkah?.. aku masih dapat rasakan keraguan disitu.. arghh.. akhirnya aku tak mahu memikirkannya lagi.. benar, kalau ini yang terbaik hadiah buat aku.. seperti yang aku tadahkan tiap lepas solat.. aku redha.. mungkin ini realiti buat aku!.. bukan seperti fantasi yang sentiasa aku angankan dalam tidur malam ku?..Ya Tuhan.. lembutkan hati aku.. agar aku bisa jalan seiringan dengan dia.. kuatkan iman ku Ya Allah..

Dalam kepayahan aku cuba untuk jadi serasi dengannya.. ujian bergoncang. dia diganggu bertalu!.. bila perkhabaran itu merebak luas.. seperti telah ku jangka.. antara kami ada orang ketiga?!.. fokusnya dapat ku rasakan hilang?.. tika itu aku rasa hampa dan kecewa.. mengapa? kenapa?.. segala macam pertanyaan bertali arus dalam otak aku.. sakit! rasa tertipu! dan pelbagai rasa.. namun, melihat kesungguhan mereka yang mahu melihat kebahagian milik aku dan dia… aku pendam segala rasa yang bermukim.. dan jaminan dari dia buatkan aku sedikit kuat untuk meneruskan… benarkah? walau sebenarnya hati aku dah separuh hilang.. Ya Tuhan tabahkan hatiku…

Selepas aku dinobatkan menjadi tunangan orang tanggal 8/8/10 tarikh pilihan family dia.. ujian datang lagi.. tak sampai 2 bulan.. dia seakan dapat ku rasakan jauh dan mula berubah.. dan tiba dia melatah mahu memutuskan!.. walau bukan jelas pada perkataan.. maksudnya itu telah dapat ku tangkap!.. aku bukan perempuan kolot yang bodoh! walau dasarnya aku bukan cerdik!.. alasannya mudah lahirnya.. SOAL HATI??.. mudahnya dia melafazkan kata?.. soal hati aku pula bagaimana?.. mahu aku ceritakan sebenarnya??.. apa yang ada kuat mengikat??.. waktu itu memang aku rasa nak menyumpah!.. Namun aku cuba tenang, sabar dan kuatkan hati… kalau tika itu umur aku 18 tahun?... mahu saja aku jadi hulkhogan mencampak segala apa yang ada.. aku rasa sakit! tapi tiada tangisan untuk aku tangiskan.. mungkin aku rasa kebal dengan situasi begini?.. rasa benci mula hadir..separuh hati aku yang hilang.. makin bertambah hilang langsung tinggal kosong.. bila satu-satu ayat dia keluar ada menyakitkan hati aku… Ya Tuhan.. tenangkanlah aku.. andai takdirnya jodoh kami tamat disini.. peliharalah agar perhubungan persaudaraan kami tiada berlaku perbalahan dan sengketa.. Buang rasa benci ini agar ia tidak terus melingkar dalam hidup aku..

Kini.. aku menjalani rutin harian aku seperti biasa dan terus mendiamkan diri dari pertanyaan dan persoalan yang aku sendiri sukar untuk berikan jawapan?.. dia sudah jadi beku!.. cuma status ku kini telah berubah.. memang agak payah sedikit.. segalanya perlu dijaga dan ada batasan bukan?.. walau ada ketika hati aku meronta pedih? sakit seperti dicucuk selumbar.. aku mahu rasa nikmat bahagia dahulu… boleh ketawa, berlucu, rindu dan geram.. segala macam rasa?.. walau pada ketika itu aku duduk dalam alam imaginasi aku?.. curangkah aku bila tiba rasa ini hadir?... Ya Tuhan...

Pada kamu yang telah banyak membawa perubahan dalam hidup aku.. terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan… memang sukar untuk aku singkir nama dan wajah kamu dalam lipatan hati aku.. seperti telah di gam!.. kamu pengubat segala duka luka hati aku… terima kasih sudi singgah dalam hati aku, bagi aku simpan potret milik kamu .. walau tiada siapa yang tahu kewujudan kamu yang sebenar dalam hati aku.. biar tidak jelas tentang kamu, kamu yang terhebat pernah aku kenal.. Maafkan aku.. aku tak tahu mengapa aku harus mohon maaf pada kamu.. tapi, aku tetap rasa bersalah pada kamu.. Maafkan aku ok?.. tolong jangan buang aku jauh dari kamu…

Untuk yang terakhir… segalanya ku serahkan pada takdir Ilahi.. Dia Yang Maha Mengetahui Segalanya… hati aku kini benar kosong!


OUT!