"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, January 06, 2011

Kelukaan Hati...


" Mempermainkan hati dan perasaan orang lain mungkin suatu kepuasan dalam diri orang yang tidak punya keyakinan diri. Tak usah berbangga kiranya kamu punya ramai kekasih kerana belum tentu kamu boleh menikmati kebahagian dan ketenangan hidup.."


Hati.. tidak pernah minta dilukai. Tetapi perlu menerima bahawa alam cinta tidak akan menjadi matang tanpa kelukaan. Kelukaan itu memang pedih menusuk jiwa. Tetapi kelukaan itulah yang mengajar jiwa erti sebuah cinta. Tanpa kelukaan, cinta bagaikan tidak sempurna.

Bagiku, kelukaan itu amat perlu dalam hidupku. Tanpa kelukaan jiwaku tidak bergelora dan tidak kreatif. Kelukaan itulah yang menjadikan aku seorang perindu lara yang penyabar dan dewasa bersama dunia percintaan.

Tetapi... tidak semua orang biasa menghadapi kelukaan dengan tabah. Namun sebagai insan yang sudah terbiasa dengan kelukaan aku mudah menghadapinya dengan tenang kerana aku redha dengan apa yang ditakdirkan. Segalanya ku serahkan kepada Allah.

Setelah sabar menghadapi dugaan itu, akhirnya Tuhan kembalikan ketenangan. Rupanya kelukaan itu ada hikmahnya. Ia mendekatkan aku kepada Allah. Bila setiap kali aku mengadu dan memohon bantuannya.

Airmata ini lebih rela aku titiskan diatas tikar sejadah daripada ia ku titiskan ditempat lain.


" Cinta adalah butiran mutiara didasar lautan. Indah dan mempersonakan.. Namun, adakalanya cinta itu umpama duri sembilu yang menyakitkan..."