"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, March 25, 2008

Jika Ia Sebuah Cinta..

Photobucket

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta.. ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan.. namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Monday, March 24, 2008

HUJAN..


Hujan ...
Tersimpan memori titisan
Tangisan dibawah hujan
Adalahku dalam dambaan
Harapan untuk bersatu
Sabarlah sayang
Kita pasti bersama
Sabarlah sayang
Mentari tiba
Dibawah hujan kita pernah berjanji
Dibawah hujan kita ikrarkan hati
Dibawah hujan kita pilu menanti
Gerimis hujan bakal merungkai mimpi

Mendung kian berganti hujan
Ribut bersilihkan taufan
Langit kelam tanpa rembulan
Dalam dingin lafazku

Sabarlah sayang
Kita masih bersama
Sabarlah sayang
Mentari tiba

Dibawah hujan kita pernah berjanji
Dibawah hujan kita ikrarkan hati
Dibawah hujan kita pilu menanti
Gerimis hujan bakal merungkai mimpi

“Awak… kenapa awak nangis ni
Mana ada kita nangis
Air hujan la ni
Kita tahu awak nangis
Kita sedih la awak
kita sedih sangat
Kita tahu
Tapi jangan nangis dalam hujan
Awak sabar k…”


Dibawah hujan kita pernah berjanji
Dibawah hujan kita ikrarkan hati
Dibawah hujan kita pilu menanti
Gerimis hujan bakal merungkai mimpi


Melihat hujan ini, hatiku sememangnya terasa bimbang terhadap keselamatanmu.. Bagaimana kau meredah hujan itu nanti? Selamatkah atau tidak? Telefon bimbit ku renung dalam diam... ku cuba mengutus kata-kata untukmu.. namun, apa perlu ku taip?dan ku terus merenung telefon bimbitku.. dan, kubiarkan disitu.. biarlah..pasti kau nanti menghantar berita.. dan, aku terus merenung hujan yang mencurah.. ingatanku berpusat pada pertemuan pertama kita.. Hujan yang lebat, guruh dilangit.. kenangan itu.. aku tersenyum sorang..

Aku makin gelisah.. hujan makin lebat mencurah.. tempias telah mula menampar wajah dan tubuhku.. aku beranjak ketengah untuk mengelak dari dibasahi.. namun, tempias tetap juga mengenai tubuhku dan aku kesejukan.. aku beranjak kehujung sudut.. aku lega kerana terselamat dari tempias itu.. dan, aku menyambung semula lamunanku yang tadi terhenti.. namun, mesej masuk.. tersentuh aku membacanya.. aku membalasnya.. dan menyatakan akan tetap setia menanti dia disini.. lagipun pertemuan pertama dulu.. dia telah menantiku, tak salah kalau pertemuan kedua ini, aku pula yang menantinya.. dan, sabar itu separuh daripada iman.. dan, nanti aku tak pasti bila lagi kita kan dapat ketemu...

Alhamdulillah.. penantianku berhasil.. dia akhirnya datang.. dia tetap sama seperti dulu.. :)

Buat Sahabatku Hirne..

”Sungguhpun tiada kabar dariku selepas pertemuan kita.. ketahuilah kamu tetap sentiasa terpahat dalam hatiku.. Maaf, aku sebenarnya terpaksa berkejar dengan temujanji yang lain.. dan, terus terlupa untuk menghantar kabar berita.. dan, seperti yang pernah kukabarkan, kamu tetap terhebat dimata aku (sowi ayat skima!).. friendship forever.. still loving you my sweet mama melaka.. hehe”

Monday, March 17, 2008

MUNGKINKAH..

Aku cemburu dan cinta ke haa?

Hmm, jawapan yang sukar untuk aku sendiri jawap! Kalaulah benar semua rasa yang aku alami ini adalah sebab rasa cemburu dan cinta yang kuat, dia memang seorang yang hebat! Apa tak hebatnya dia .. Aku yang macam ‘tong drum’ ni boleh layan jiwa-jiwa plak dengan putera raja alam kayangan.. sering je dia buat aku serba tak kena. Rasa macam minum kopi panas, pahit dan masin! Tapi, tetap enak untuk dijamah. hehe

Kadang dia buat aku macam nak pecah perut! Sampai terkentut-kentut aku gelak kat dia.. nasib la dia tak nampak! Tak senonoh betul la aku kann?.. ilang semua angin kembung dalam perutku.. seronoknyaa.. Hehe.. Kadang dia buat aku macam nak melompat-lompat! toing! toing!.. berbunga kembang semangkuk. Serius, aku jadi gila meroyan bila tiba masa rindu sangat kat dia. Semua benda nampak serupa macam dia!. Kadang mamak yang uli tepung buat roti canai pun dah macam rupa dia?.. apek yang jual tilam baru pon dah jadi rupa dia? belum lagi masuk ustaz yang kat surau aku ni bagi ceramah! aku siap boleh nak pastikan lagi betul ke dia?.. erkk??. .Aduh, renungan mata dan senyuman dia memukau sanubariku. Rasa macam nak peluk dia erat-erat.. tak mau lepas! Hepp.. mana boleh la? Haramm.. aku peluk bayang dia daa.. tak pon bantal peluk aku jadi mangsa! yang lain tu biarlah rahsia.. hehe.. Tenguk? Betapa hebatnya panahan auranya buatku! Angau ke aku haa? atau cinta?.. Hebat tak dia?

Aku sebenarnya bukanlah mudah hendak tertawan pada lelaki yang tak nyata.. Lebih lagi kalau disogok dengan watak segak dan tampan bergaya ala romeo malu meow-meow (suka-suka tu biasa la.. cuci mata..). Kalau suami, tunang atau kekasih orang lagilah.. memang aku angkat kaki! terus buka reject shop! Dan tak mustahil ada yang mengata depan dan belakang aku sampai sekarang tak bersuami? cerewet nak mampus! opss.. Ala.. aku tahu tu.. Hehe.. Tapi, aku tak tau la dengan dia nih senang je aku bagi hati aku kat dia? boleh rindu- rinduan pula siang malam.. sentiasa misteri nusantara.. siap jadi sumber inspirasi hati? tanpa ku kenal siapa, status diri atau pegangannya? Duda? Suami orang??.. perogol bersiri?? (Ya Allah, minta janganlah! Huhuhu..) apasal haa? Hairan aku memikirkannya? Ke dia ni ada pakai minyak senyonyong? Ishh tak baik aku nih kutuk dia.. tak kutuk la sayang lagi.. hehe.. hebat tak dia?

Tak tau la.. dua tiga menjak ni, aku rasa lain macam je perasaan aku ni.. bila teringat kat dia je, aku sedih. Airmata ni pula laju je nak keluar.. bencinyaa.. tiba-tiba je aku rasa sakit yang amat sangat! Berdebar tak tentu hala!.. ‘gambaran’ itu..(yang dulu aku dah syak!) Arghh.. tak suka! tak suka!.. kadang rasa macam bodoh je bila punya rasa begini.. huhuhu.. kalau dulu aku sentiasa gembira dengan dia.. sedia terima segalanya.. tapi mengapa sekarang tidak? Kenapa mendung kelabu jer aku rasa? Inikah panahan api cemburu? Teruknyaa.. tenguk rupaku? macam orang mati laki je.. huhuhu.. Dalam pada itu sering juga wajahnya menerpa.. dari sedih, boleh buat aku tersenyum semula. Sungguh, dia membawa keajaiban buat diriku.. uniknya rasa yang aku alami ini?... cintakah aku padanya?? betulkah ini panahan cinta? hebatnya dia?

ya, aku tak boleh melupakan dirinya.. dia telah sebati dalam jiwaku.. jujur ku akui aku telah dipanah gelora asmara (perghh.. oh lala) oleh dia sejak pandangan pertama!.. kelakarkan? Dia?? entah, aku tak peduli semua itu.. aku suka dia! segalanya tentang dia aku suka! sungguhpun dia banyak berteka-teki denganku dan main tarik tali?? Iee geramnya.. tapi, aku maafkan dia! hebat tak dia?

Aku langsung tak pernah membencinya. Aku tak mahu kehilangan dia.. Aku mahu sentiasa melihat dia walau dari jauh.. menjadi temannya berkongsi semua rasa. Aku tak mahu semua rasa ini hilang begitu saja.. dan, tak sampai hatiku nak buang dia terus dari memori aku!. Aku sayang sangat pada dia.. Aku mahu dia bahagia bersama siapa jua pilihannya(bertuahnya orang itu).. Rahsia ini tetap akan ku genggam!. A Shoulder To Cry On..

Mungkinkah dia tahu rahsia hatiku ini??

Saturday, March 15, 2008

SENTUHAN KECUNDANG

Tika melakarkan bicara ini fikiran ku kosong.. apa perlu aku coret dalam luah tinta ini?. Sedih? Gembira? Hmm.. aku tak tahu.. tapi seakan ada sesuatu yang buat perasaan aku jauh sangat.. dan kadangkala aku menyampah dengan segala apa yang ku buat, ku fikir, ku rasa dan ku miliki… arghh.. apa dah jadi padaku??

Fikiran ku masih lagi kosong! Cuba ku atur bicara tinta puisi untuk dipersembahkan, tapi jemari ku kaku dan tiba terhenti! Daya tumpuku tenggelam.. Inspirasiku hilang.. senduku pula yang berderai.. Tiba rasa sakit seluruh anggota. Seakan merobek seluruh urat sarafku. Wajahku muram.. Jantungku berdegup laju... serba tak kena!

Termenung ku menatap skrin.. dan, wajah itu kembali datang.. merenung padaku sambil menghulur senyuman.. lambaian sentuhannya seakan memberi semangat! terasa bahagia yang amat sangat.. aku terbuai seketika.. ya, aku perlukan dia! aku mahu dia!.. i miss u like crazy! please don’t go.. namun, ada suara berbisik keras.. ”Berpijaklah pada realiti azwa! buka mata hatimu!” Tersentak terus dari lamunan itu.. ada air jernih yang mengalir.. sendu merantai hati. Emosikah aku? atau akukah yang terlalu berperasaan jauh sejak dulu??

“Kau punya kekuatan sayang!.. Terimalah kenyataan!.. Kau tetap menang! " If you love someone, let that person go... If that person comes back to you, that person is yours... But if that person does not come back to you... Then that person was never meant for you, In the very first place... " pleasee.. Dirimu amat berharga!” suara-suara itu mula membangkitkan semangatku.. memujukku.. aku cuba mengukir senyuman semula..