"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, March 25, 2008

Jika Ia Sebuah Cinta..

Photobucket

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta.. ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan.. namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.