"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Monday, March 17, 2008

MUNGKINKAH..

Aku cemburu dan cinta ke haa?

Hmm, jawapan yang sukar untuk aku sendiri jawap! Kalaulah benar semua rasa yang aku alami ini adalah sebab rasa cemburu dan cinta yang kuat, dia memang seorang yang hebat! Apa tak hebatnya dia .. Aku yang macam ‘tong drum’ ni boleh layan jiwa-jiwa plak dengan putera raja alam kayangan.. sering je dia buat aku serba tak kena. Rasa macam minum kopi panas, pahit dan masin! Tapi, tetap enak untuk dijamah. hehe

Kadang dia buat aku macam nak pecah perut! Sampai terkentut-kentut aku gelak kat dia.. nasib la dia tak nampak! Tak senonoh betul la aku kann?.. ilang semua angin kembung dalam perutku.. seronoknyaa.. Hehe.. Kadang dia buat aku macam nak melompat-lompat! toing! toing!.. berbunga kembang semangkuk. Serius, aku jadi gila meroyan bila tiba masa rindu sangat kat dia. Semua benda nampak serupa macam dia!. Kadang mamak yang uli tepung buat roti canai pun dah macam rupa dia?.. apek yang jual tilam baru pon dah jadi rupa dia? belum lagi masuk ustaz yang kat surau aku ni bagi ceramah! aku siap boleh nak pastikan lagi betul ke dia?.. erkk??. .Aduh, renungan mata dan senyuman dia memukau sanubariku. Rasa macam nak peluk dia erat-erat.. tak mau lepas! Hepp.. mana boleh la? Haramm.. aku peluk bayang dia daa.. tak pon bantal peluk aku jadi mangsa! yang lain tu biarlah rahsia.. hehe.. Tenguk? Betapa hebatnya panahan auranya buatku! Angau ke aku haa? atau cinta?.. Hebat tak dia?

Aku sebenarnya bukanlah mudah hendak tertawan pada lelaki yang tak nyata.. Lebih lagi kalau disogok dengan watak segak dan tampan bergaya ala romeo malu meow-meow (suka-suka tu biasa la.. cuci mata..). Kalau suami, tunang atau kekasih orang lagilah.. memang aku angkat kaki! terus buka reject shop! Dan tak mustahil ada yang mengata depan dan belakang aku sampai sekarang tak bersuami? cerewet nak mampus! opss.. Ala.. aku tahu tu.. Hehe.. Tapi, aku tak tau la dengan dia nih senang je aku bagi hati aku kat dia? boleh rindu- rinduan pula siang malam.. sentiasa misteri nusantara.. siap jadi sumber inspirasi hati? tanpa ku kenal siapa, status diri atau pegangannya? Duda? Suami orang??.. perogol bersiri?? (Ya Allah, minta janganlah! Huhuhu..) apasal haa? Hairan aku memikirkannya? Ke dia ni ada pakai minyak senyonyong? Ishh tak baik aku nih kutuk dia.. tak kutuk la sayang lagi.. hehe.. hebat tak dia?

Tak tau la.. dua tiga menjak ni, aku rasa lain macam je perasaan aku ni.. bila teringat kat dia je, aku sedih. Airmata ni pula laju je nak keluar.. bencinyaa.. tiba-tiba je aku rasa sakit yang amat sangat! Berdebar tak tentu hala!.. ‘gambaran’ itu..(yang dulu aku dah syak!) Arghh.. tak suka! tak suka!.. kadang rasa macam bodoh je bila punya rasa begini.. huhuhu.. kalau dulu aku sentiasa gembira dengan dia.. sedia terima segalanya.. tapi mengapa sekarang tidak? Kenapa mendung kelabu jer aku rasa? Inikah panahan api cemburu? Teruknyaa.. tenguk rupaku? macam orang mati laki je.. huhuhu.. Dalam pada itu sering juga wajahnya menerpa.. dari sedih, boleh buat aku tersenyum semula. Sungguh, dia membawa keajaiban buat diriku.. uniknya rasa yang aku alami ini?... cintakah aku padanya?? betulkah ini panahan cinta? hebatnya dia?

ya, aku tak boleh melupakan dirinya.. dia telah sebati dalam jiwaku.. jujur ku akui aku telah dipanah gelora asmara (perghh.. oh lala) oleh dia sejak pandangan pertama!.. kelakarkan? Dia?? entah, aku tak peduli semua itu.. aku suka dia! segalanya tentang dia aku suka! sungguhpun dia banyak berteka-teki denganku dan main tarik tali?? Iee geramnya.. tapi, aku maafkan dia! hebat tak dia?

Aku langsung tak pernah membencinya. Aku tak mahu kehilangan dia.. Aku mahu sentiasa melihat dia walau dari jauh.. menjadi temannya berkongsi semua rasa. Aku tak mahu semua rasa ini hilang begitu saja.. dan, tak sampai hatiku nak buang dia terus dari memori aku!. Aku sayang sangat pada dia.. Aku mahu dia bahagia bersama siapa jua pilihannya(bertuahnya orang itu).. Rahsia ini tetap akan ku genggam!. A Shoulder To Cry On..

Mungkinkah dia tahu rahsia hatiku ini??