"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, July 30, 2009

CORAT CORET



Dengan tali layar cintaku
Kugubah menjadi kejora dilangit biru
Moga berserilah malam sepimu
Saat merindu syair berlagu
Bergurindam di dada awan
Memujuk sendumu yang mendayu
Rintihan nyanyian pilu
Sang pungguk merindu

Akan ku tulis seluruh raksa
Yang pernah menjadi mentera
Perisaikan hatimu goyah kembali gagah
Menarilah gemalai mengusung langkah berbunga
Merentakkan semula detak yang kau gerak
Biar kembang kudup serimu
Hingga menyinsing riang
Penuh mencerlang

Tataplah surat kaling ini
Yang tak lagi punya wajah
Tak lagi menjadi suara
Tak lagi bersayembara ditaman maya
Biar hadirku hanya sesusuk kabus bogamu
Bila rindu bisa memelukku
Berpeluklah dalam rindumu
Yang selalu akan merenungmu
Dari lensa kehidupan tiada gambaran
Ku lukiskan dibalik jendela waktu
Sebuah kanvas percintaan
Seribu khayalan

Kasih...
Andai aku pergi lagi
Aku mahu kau renung bulan dilangit
Memanggillah dengan seluruh wacana hatimu
Agar getar suaramu sampai aras menjejakku
Kan ku pulang kepangkuan rindumu
Memenuhi segala permintaan
Segala harapan

Dimalam itu nanti...
Kita kaitkan bersama bintang-bintang disyurga
Buat hiasan tiara tahtanya sebuah cinta
Meletakkan kau dipuncak tertinggi mahligai jiwa
Berbingkaikan sebutir senyuman yang paling sempurna
Kekalkan kau bahagia
Sentiasa

Tataplah dilangit luas itu
Kerna disana telah kulukiskan warna-warna pelangi
Ditengah hujan dan mentari sebagai ganti
Mencagar kembali waktumu berlalu
Menagih aku pamit pulang
Keteratakmu tanpa jemu

Demi kamu...
Walau harus terluluh sarang hatiku
Hangus terbakar seluruh gelaksi kekasih sejati
Akan terbulai jasadku gelentang tak tertahan
Menerima hukuman kerna engkar pada janji setia
Seusai usia harus ditimpa nestapa cinta
Aku rela....

( Cek Bulan Di Awan )


Seperti selalu puisi diatas aku rampok kat blog puan seri yang comel ala awet muda purbawara tuh.. ekeke.. pasal menjak-menjak nih aku memang tandus idea halusinasi jiwang karat nak mengayat puisi.. otak aku dah masuk virus kot? perlu setting semula kok.. perlu udara segarr.. hihi.. maka mana ada puisi kamu or sesiapa yg terbuat aku ter.. feel.. membaca tuh, aku rampok arr.. ada manyak nih dah aku rampok.. nanti ada free time aku postingkan kat c nih.. cam biasa gak mohon halal yerr pada tuan tanah yg dirampok tuh.. hehehe..

Aku seperti selalu dan sedia maklum, tgh busy ala nyampah gitew... ada yg marah ker aku bilang busy? hehe.. so, maybe akan amat jarang untuk berblog dan mengayat ala manja gedik kat umah gelap aku nih.. tp kalau time busy aku tuh tetiba datang lak ilham nak mengayat puisi terjah masuk.. aku post la nanti kat c ni.. hehe

Pada yang konon kata suka ngan puisi-puisi cinta maya aku tuh.. TQVM! suka ati korang arr nak rampok ker apa ker.. aku halalkan dunia akhirat.. hehe.. camne arr kowang bleh tersentuh eh??.. apa pon idup "tommy page" aku kerana dengan adanyer dia aku bisa berpuisi cinta meroyan, menagih cam ganja kembali.. hahaha..

Pada yang tgh layan feel sedih luka rasa kecewa plak tuh .. be strong selalu k? ingat, sekali gagal bukan untuk selamanya.. banyak lagi kumbang dan bunga bersepah kat taman idaman.. selalulah berangan cam aku nih haa.. mana tau dalam asyik berangan tuh, mimpi jadi kenyataan lak.. tp jangan lupa sertakan dgn doa mentera beradu mengekek mingilai tauu.. hehehe.. semangat!! ciayukk!!! ^_-

Ok, OUT!!