"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan tiba lagi..


Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.

Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

:: Sajak misteri nusantara tak tau sapa yang punya ::


Sedar tak sedar.. ramadhan datang lagi.. pantas sungguh masa itu berlalu kan?.. tahun ini aku harap dapatlah berpuasa penuh.. cam tahun lepas lagi 2 hari jer nak raya, anak bulan kalender aku dah timbul?.. memang ciss sungguh! melepas aku nak solat raya dan skodeng cuci mata.. jadik penunggu setia kat umah memanaskan lauk pauk rendang raya.. hehe

Hmm, tadi aku baru selesai menyediakan juadah untuk bersahur.. seperti biasa menjelang bulan ramadhan dah jadi perkara wajib pula aku harus bergendang kuali dan periuk belangan kat dapur.. lepas terawih tadi aku dah terlelap.. siap mimpi apa ntah?.. hehe.. terjaga pukul 2 pagi tadi lantas terus kedapur nak minum air kononnyer.. tenguk apa benda tak sedia lagi.. macam biasa aku bagi ceramah free dgn nada ton rendah ala ala mak nenek berleter.. hehe.. ada la 2 3 4 org budak itam tak tidur lagi.. siap cebik-cebik, ajuk-ajuk aku pot pet titt tott.. macam biasalah aku, kalau ada benda yang berbulu biji mata aku memang mendapatlah orang tuh kena lazer ala lemak cili padi.. tapi, sikap aku nih lebih kepada adik-beradik aku jer.. kalau org lain, aku tgk dulu.. dorang nih OK or KO? kalau dak aku abaikan ajer laa.. ikut suka ati korang laa.. malas aku nak jaga tepi kain org.. walau time tuh aku memang tgh hot temper tempe.. diam adalah pemutus segala.. hehe..

Oklah, aku pon tak tau menda apa nak ngayat lagi dah.. kang merapu ntah apa-apa lak aku nih.. so, aku ucapkan SELAMAT BERSAHUR dan SELAMAT BERPUASA untuk semua yang rajin skodeng or terskodeng aku kat sini.. korang kalau ziarah, tinggalkanlah mesej korang yerr.. sekurang aku tau saper korang.. bleh aku skodeng korang balik.. hehe..

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.. peace love! ^_-