"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, August 10, 2008

KU CARI DAMAI DI HATI


Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
semarak rasa cinta berlagu
Jenaka riang terselit kias bermadah
Kata mutiara penyejuk jiwa
Penunjuk cahaya gelita malam
Tersusun kemas kuntuman bahagia
Bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..

Ku cuba bawa seikhlas senyuman
Selembut wajah ku hadiahkan
Pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
Juga huluran tangan untuk kau sambut
Tak pernah meminta atau memaksa
Segalanya terpulang pada diri..
tepuk dada tanya selera..

Ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
Santapan kala kering ketandusan
Meluah suara yang tak bisa bicara
Bukan pakar segala segi
Sekadar untuk bersama dikongsi
Agar kenyang penuh ketenangan..

Ku tuang rasa kasih yang tertanam
Rasa cinta yang tersemai..
Benih rindu yang tak pernah surut
Usikan manja berserta jenaka
Gelak tawa penghibur lara
Menyapu lalu si air mata..
Kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..

Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua..
apa sahaja yang aku lakukan,
ku cari damai dihati..
bila irama cintaku berlagu,
kamu ku rindu..

:: Azwa Safwa::


Sebenarnya aku ni tak pandai nak menulis tentang kisah diri aku pada umum.. lebih-lebih lagi dialam maya ini.. tiada yang istimewa pun untuk aku kongsi bersama kalian.. malu pun ada.. habislah rahsia gue!.. kadang ada yang tension dengan aku.. itupun nak rahsia!.. sikit-sikit nak rahsia!.. pastu dah mula fikir dan anggap aku yang bukan-bukan.. mulalah mengandai-andai.. mulalah tabur cerita tak betul.. kadang sedih pun ada.. tak apalah masing-masing punya pendapat dan corak pemikiran… tak kisahlah janji aku bahagia.. dan, aku tak perlukan simpati sesiapa!.. aku tetap aku.. dulu, kini dan selamanya.. bukan paku arr.. huhu

Yup, memang aku malu sangat nak membongkar kisah peribadi aku yang ala tak berapa tomei nih.. aku lebih senang melakarnya dalam setiap bait puisi atau cerita panjang (cerpen/novel) .. so, nilailah aku disitu... Namun ada juga separuhnya sekadar hayalan semata.. ikut gerak hati atau kadang orang panggil halusinasi.. macam seram je kan bunyinya?.. terima kasih pada 'dia' yang sudi pinjamkan dirinya untuk watak hero pujaan cerita aku.. (mula-mula dulu memang malu sangat nak ngayat dia nih, tapi aku buat selamba badak jer terjah.. tapi bila tenguk respon bagus punya.. tak sombong.. tp kdg buat aku nyampah! hehe.. ok, layannzzz) sekarang cam dah terlebih syok sendiri aku dibuatnya.. maaflah ya?.. ish.. ishh.. tu la padan muka aku siapa suruh terlebih menjiwai.. ahakk.. tau tak kenapa aku pilih dia jadi my best hero?.. biarlah rahsia.. (tenguk tu rahsia lagi!.. suka ati aku arr.. hehe.. jangan mare ye...)

Hmm.. teman aku sebuk bertanya, ko punya buku dah keluar ke?.. bla.. bla.. tott.. tett.. aku cam biasa gelak dan sengih je.. malulah.. bukannya bagus sangat cerita tu.. ayat pun berterabur.. menulis, ntah apa apa ntah aku meraban mengayat.... sekadar mengisi masa lapang je menulis dan bermadah puisi al tangkap leleh dan menggedik nih.. lain arr cam mama melaka yang seksis cam pepsi tuh.. dia hebat bangat!! senyum lebar kat dia.. hehehe.. tak bleh kenyit mata kat dia.. kang lain jadinya.. ahakk.. apa daa.. awak, jgn mare arr.. nanti kita bunjer KFC tanpa kepala ayam??.. lalala

Hmm lagik.. satu perangai aku nih bila dah suka or berkawan dengan orang, aku akan tetap selamanya ingat dengan orang tu sampai mati. Insya Allah.. Walau kadang orang itu pernah mengguris hati aku. huhuhu.. tak suka tau.. Tak kiralah orang tu lelaki atau perempuan.. Terkadang bila aku terlepas pandang atau putus hubungan bukan bermakna aku membenci atau menjauhi.. kadang kesibukan aku membataskan untuk kita semua bersama.. mana yang rapat, kalian tahulah aku yang bagaimana?.. family first! ( yup! aku lebih kurang cam mangkuk tingkat itew.. haha.. not body arr tapi tentang ikatan kuarga.. hehe) dan rajuk aku memang tak lama.. tapi kalau melibatkan maruah diri dan maruah keluarga, memang tiada maaf bagimu!.. cukup, tak perlu ambil tahu lagi tentang diri aku atau bertanya kabar! .. perghh cam zalim jer.. uhuk.. biarkan aku sendiri, mengatur hidup aku sendiri.. katalah apa saja tentang diri aku??.. Benci?? Dendam?? Entahlah.. hanya Allah S.W.T yang mengetahui segalanya gelojak rasa hati aku.. dan aku tahu, apa mahu ku.. apa mahu mu.. ku lepaskan berlalu.. huhu

Buat teman-teman ekawan ( tempat dimana aku jumpa 2 makluk yg unik buat aku rasa best sangatt.. hehe) , multiply InsyaAllah… ada kelapangan waktu, aku pasti menjengah korang disana.. sabar menanti ya?.. terima kasih pada penyokong yang setia menyokong blog aku! Dan sudi jadi peminat aku.. Aceceh, cam artis la pulakk.. adoii.. minah perasan la pulakk.. hehe.. terimalah ciuman terbang dan pelukan hangat dalam bayang dari aku yang sweet ini.. hehehe..

Buat semua sahabat, teman, kawan, adik, kakak, abang, kekasih gelap?? de maya aku.. walau jasad kita jauh terpisah, hanya mengimbas watak melalui deria rasa, sentuhan maya, berserta kiriman doa tatkala bayang menyapa minda.. kalian sentiasa dekat dihati ini.. mengenali kalian adalah kenangan terindah buat ku.. Terima Kasih kerana baik sangat, memahami, setia kawan denganku dan sentiasa memimpin tangan menunjukkan jalan yang lurus padaku bila aku meraba kegelapan.. jangan serik bersahabat dengan gue ya?.. mmuaahh!! sayang bangat!

Di akhir bicara ini aku titipkan puisi di atas buat kalian semua yang mengenali diri aku, mengunjungi teratak rapik merepek kerepek aku dan yang skodengs disebalik tabir… TQVM!!