"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Monday, August 25, 2008

WARKAH BUAT AWAK

Photobucket

Tiba lamunan saya menggamit rindu pada wajah awak. Izinkan saya memanggil awak dengan awak saja. Lebih santai untuk kita mungkin. Walau saya tahu beza umur kita, awak selayaknya dipanggil abang. Itu kalau benar wajah yang saya genggam ini milik awak. Benarkah?? Ah, hilang sudah malu saya awak.. mungkin tampak dimata awak, saya terlalu terburu, sering meroyan, dan apa saja yang awak fikir tentang saya.. ketawakan saya? Biarkanlah.. serasanya mengenali awak buat saya timbul segala rasa itu.. awak sering buat saya ketawa dan jauh berangan.. benar, bukan mainan.. yang sering menghambat saban waktu dan ketika.. walau ada kadang jua terselit segan mahu menyentuh, melambai awak datang dekat pada saya. Ingin terus ketemu awak agar saya bisa menatap terus wajah awak tanpa rasa ragu dan segala wasangka terhapus. Saya ingin benar ketemu awak!. Biar hanya sekejap waktu. Hanya mahu melihat awak dalam dunia sebenar. Berdebarnya saya tika ini.

Seringkah saya mudah rasa percaya walau hanya sekadar bertinta kata tanpa memberi maksud apa. Mungkinkah satu kebetulan?.Buat saya tiba jadi terpaku diam terus memikir, mentafsir segalanya terpusat tentang rentak awak. Hampir buat saya larut dalam ombak rindu dan cinta ini makin lama makin terus menghambat jiwa saya. Benarkah cinta yang ada pada saya ini untuk awak? Atau sebenarnya hanya saya yang melayan angau pada bayang yang tak wujud? Mungkin sekadar bertepuk tangan sebelah?. Pada watak yang sebenarnya hanya sekadar rekaan penghibur, penglipur lara tarian penari maya? Kenapa hati saya sering saja menidakkan tentang awak? Bila datang suara yang memungkinkan saya menjauhi awak.. tinggalkan awak.. hapuskan tentang awak. Siapakah awak yang sebenarnya?? Milik siapakah hati awak sebenarnya? Mencintai milik orangkah saya?. Siapa pun tentang awak saya tetap terima. Kalau benar hati awak telah dimiliki.. saya tetap mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidup awak. Itu tetap janji saya pada tiap bicara tinta, hadiahkan untuk awak. Mengalir airmatakah saya? Aliran airmata ini biar saya simpan dalam hati saja. Mungkin awak tak perlu tahu. Biarkan saja saya..

Mengenali tentang awak, membawa larut cinta awak.. seakan saya merasa ini cinta pertama saya.. unik, hangat dan sentiasa bergelora ombak kerinduan walau sebenar kita langsung tak pernah ketemu mahupun bersentuh nyata. Aneh sekali saya rasakan. Saya juga boleh berhadapan dan berinteraksi dengan baik semua lelaki tanpa rasa benci selumbar. Dalam diam awak mengasuh minda saya. Kelakarkan?. Kalau dulu berjumpa kaum adam pasti wajah saya bagai menelan asam kecut atau sering digelar sombong bongkak tak padan dengan wajah macam nenek kebayan? Nek Nak?. Tong drum!! Mangkuk tingkat? Boroi?? Ketawakan saya? Keajaiban cinta dari awak, buat saya insafkan diri.. mula perbaiki tentang kelemahan saya.. banyak yang telah berubah tentang diri saya.. Benar, awak tidak pernah menyuruh. Kita pun langsung tak pernah berbicara.. Masakan kita boleh berbicara sedangkan awak langsung tak pernah mengetuk dan membuka pintu dengan jelas.. Itu hanya sekadar mahu saya..

Semakin hebat rasa cinta ini saya genggam untuk awak, ada yang datang dekat cuba menyentuh hati saya.. saya tiba jadi bisu... keliru.. sendu merantai hati saya. Tak terluah apa yang dirasa saat ini pada dia.. perlu berterusterangkah? atau perlu berbohongkah saya??.. tiada jawapan... Tak bisa suara pada dia.. pada mereka.. Marahkan teman kerana memperkenalkan dan cuba memperjodohkan kami?... tidak sama sekali. saya tahu niat dia ikhlas mahu saya hidup berdua dari sunyi dan sepi.. perlu ada pelindung melewati saat usia sehabis hayat.. saya tahu, kadang saya terlalu mendera dia.. sebagaimana awak mendera hati dan fikiran saya.. tanpa keputusan yang jelas hanya mampu beri jawapan dalam tersirat.. saya tahu itu sakit dan menyeksakan.. bukan saya membalas pada dia..tidak sama sekali.. tapi hati ini.. telah saya cuba.. dan cuba.. mengapa berat untuk saya berikan padanya segera?.. tidak seperti pantas dalam diam saya serahkan pada awak tanpa terus saya kenal siapa awak?.. tidak bertuahkah dia buat saya?.. atau sebenarnya saya ini memang tidak bertuah untuk sesiapa.. dia atau awak.. atau saya ini sebetulnya sudah benar gila? Selalu suka mengejar bayang-bayang?

Menolak dan membiarkan dia terus.. tanpa kata putus, pasti dia terluka hebat.. itu mungkin.. cuba dan belajar menerima dia seikhlas mungkin.. mampukah saya nanti menjadi isteri yang baik? Bolehkah saya membahagiakan dia nanti sebagai suami saya? Melayan baik segala permintaan dan karenah dia?? mungkin boleh.. tapi.. makan masa!! bersikap zalimkah saya?

Awak.. saya buntu!! Lekas.. ajari saya untuk lupakan awak.. itu kalau awak mahu saya lupakan awak??!!.. sungguh payah untuk saya hapus wajah awak.. dan, saya memang tak mampu untuk melupakan awak.. berikan saya jawapan jelas apa sebenarnya yang awak rasa.. adakah saya dalam hati awak??.. terus terang dengan saya tentang teka teki awak.. agar mudah untuk saya pandu hati ini.. saya perlu melakukan keputusan!. Biar keputusan itu nanti membahagiakan saya, awak atau dia? atau melukakan hati saya, awak atau dia??.. Bantu saya awak..

Maafkan saya melayangkan warkah ini disini.. bukan niat mencari publisiti murahan atau sengaja menebar bahan cerita sekadar tampalan blog. Kerana saya tak tahu, mahu diarah atur letakkan warkah ini.. saat ini hati saya berlagu sendu.. mahu terus kepada awak.. saya sudah terlalu segan kini dengan awak.. mungkin warkah ini terakhir dan terpanjang hadiahkan buat awak.. saya biarkan disini untuk awak menatap.. itu seandai awak melawat saya disini.. atau mungkin nanti hati awak terdetik untuk merayau disini.. sekali lagi maaf jua saya pohon atas terlayangnya warkah ini.. awak tetap istimewa dihati saya.. peace love!