"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, August 28, 2008

Tentang Seseorang..

Photobucket

Teruntukmu hatiku, inginku bersuara
merangkai semua tanya, imaji yang terlintas
berjalan pada satu tanya selalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih?

Kepada yang tercinta, inginnya ku mengeluh
semua resah didiri, mencari jawab pasti
akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir?
raut halus menyelimuti jantungku

Cinta, hanyalah cinta, hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab?

Dan tentang seseorang itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta


Photobucket

Kadang yang tersimpan dalam hati sukar untuk dibicara..
Hanya mampu ditarikan dengan tarian kata
Kadang jua ia tiba jadi bisu dan pudar tak tergali
Terpaku diam menatap tiap rentak bahasa
Terus mengalir pelan titis sendu.. mengusik rasa
Terus mengukir senyum tawa pada bibir.. menguntum jiwa
Lantas berombak lautan rindu menggamit
Mendakap erat kukuh pertalian
Mungkin sukar untuk difahami atau dimengertikan..

Bicara kita tentang CINTA
Mahu kita pun tentang CINTA
Hidup kita perlu ada tentang CINTA
Mati kita pun nanti pastikan CINTA bersama
Segalanya berkisar tentang CINTA

Aku, MAWARCINTA mencari CINTA
Pada tentang SESEORANG dan DIA PENCIPTA
Kamu SERIKANDICINTA pejuang CINTA
Tentang segala ANUGERAH CINTA
Berlagu kita juga tentang "SESEORANG" dan KEKASIH bernama CINTA
Siapa?? aku? atau kamu? hanya yang tahu..
Dan, mereka melihat kita terus menerka
Kadang pantas terburai senyum kita
Kadang pantas jua terbias luka kita
Bila lengguk bicara tersasar jauh memikir..

Kamu, dan seseorang telah ada sebati itu
Dengarkanlah bisikan bayu laut.. lembut menampar pipi
Beralun ombak memukul pantai.. memusat tumpu dan kecamuk
Bernada riang unggas berkicau.. merdu menghias hati
Dengar itu, aku menyeru kamu.. segera menoleh
Agar kamu tak pantas melupai aku
Walau selalu kita semua monolog dalam diam
Aku tahu, kamu dan aku saling merasa.. Ukir senyuman.

Photobucket


Terkisah untuk aku bercerita tentang kamu.. hampir terburai segala tawaku dalam diam.. pantasnya kamu buat kami hingga ada yang punya rasa yang jauh pada kamu.. adakah??.. mungkin juga.. gelak sendiri bila segalanya terbongkar! kamu memang jahat!! nyampah! kamu memang nakal.. mahu marah pada kamu pada mulanya? tapi.. tiada kemarahan aku untuk kamu.. yang ada tanda tanya dan persoalan demi persoalan.. mengapa dan kenapa?.. dan jawapannya telah pun aku terima.. pantas jua aku mahu ketemu kerna ku tahu.. kalau apa-apa, aku bisa tak jadi kesan ''meragan''.. fahamkah kamu??.. ah, biarkan.. sebetulnya aku memang telah menjangka namun ku tutup hati dari wasangka.. walau tarikan dari kamu pantas menarik aku terus mengintai mencari rahsia yang tersembunyi dan akhirnya telah jelas.. aduh, kamu buat aku bisa jadi malu dalam diam.. tentang mereka... rasanya ada yang lebih malu?.. lagi sekali awak memang jahat!!.. nah, kamu sudah rasakan penumbuk aku?.. itu perlahan.. kerana aku masih lagi memikir tentang kamu yang kurang sihat.. aku jadi tak sampai hati.. jahatt..

Awak, tak mahu bercerita tentang kisah lepas.. telah aku sapu berlalu bagai ditiup angin dari menampar sudut hati.. langsung ia tidak berbekas pada aku.. pada aku, sekali aku sudah mengaku dan memberi bahu untuk menangis.. kamu tetap berada kukuh dalam hati aku.. siapa kamu, status kamu atau apa pon.. biar apa sekali kata mereka tentang kamu, pedulikan.. benar, rasamu.. mahumu.. segalanya.. hanya dalam diri sendiri yang tahu.. terus kukuh berdiri lurus landasan.. Ingat pesanku, usah pisang berbuah dua kali.. fahamkah kamu??

Saat ini aku benar rindu kamu.. pohonku pada Ilahi agar segera dipersembuhkan kamu. Aku tahu kamu kuat untuk menghadapinya.. jangan pernah kalah untuk terus berjuang! aku, teman-teman kamu sentiasa terus berdoa untuk kesejahteraan kesihatan kamu.. tetap setia menanti kamu..

Photobucket