"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, August 05, 2008

ADA APA PADA HATI

Indah itu bukan dimata... tapi dihati
Menangis itu bukan dimata.... tapi dihati
Bercinta itu bukan dimata... tapi dihati
Ada apa pada hati?
Ada rasa yang sukar dimengerti
Tak bisa diterjemahkan oleh kata
Yang tersirat dan tersurat
Tak mungkin terbit tanpa jiwa yang empunya
Tak bisa.... bersatu
Tanpa sealur rindu bertamu

Ada apa pada hati
Seringkali merasa getarnya bicara
Terpampan jiwa kerana bahasa
Meralit teka-teki bersarang dihati
Bermain seribu sangka menjadi misteri
Sedang detik itu hati
Terketuk itu pintu nya hati
Terbuka itu juga hati
Ditinggalkan juga itu hati
Semua dirasa oleh hati

Ada apa pada hati
Datang dan pergi si penghuni
Bertukar cinta beralih asmara
Merasa duka dan kecewa
Merasa nikmat dan bahagia
Sang pencinta mimpikan hebatnya rasa
Namun tertumus ditengah jalan duga
Kecundang dengan racun merana
Hanya kerna mentera bahasa pujangga

Ada apa pada hati
Sedang kita bukan sesiapa diantara kita
Sepatutnya tiada rasa yang harus merasa
Namun...
Setelah pintu hati diketuk
Terbuka dari dalam walau terpendam
Tetap cinta termilik jua
Tetap rindu bersarang bayang
Tetap asmara terdamba berbarah
Tetap semua rasa bersatu dalam kata
Jujur mengikat setia

Dan hati.....
Tetap ada nilainya
Tetap merasa cinta dipaksi yang sama
Walau penghuni berkunjung dan pergi
Silih berganti dengan pelbagai emosi
Kita tetap menerima kehadiran rasa
Tanpa serik nikmati segenap bahagia
Mencumbui rindu yang tiba
Kita tetap mahu bahagia
Kita tetap tabah hadapi derita
Tetap kita rela melaluinya

Wahai hati…
Jangan kesali andai cinta terjadi
Jangan tangisi andai ada cinta yang pergi
Jangan sesekali biarkan cinta menghilang sendiri
Jangan lepaskan tangan sekalipun banyak halangan
Jangan... dan jangan berpaling dari hati
Andai pintu hati terketuk lagi
Langkahkan kaki dengan berani
Pasti sinar dihadapan menanti

Ada apa pada hati?
Cuma rasa bersarang di sanubari
Tanpa sesiapa, cinta bukanlah apa-apa
Tanpa apa-apa, ia juga tidak bermakna
Saat ia hadir....
Hadir untuk mewarnai segala
Tak bisa dihalang
Apatah lagi untuk dipaksa
Tak bisa disekat
Apatah lagi untuk dibuang
Cinta hak milik hati
Hak milik diri sendiri
Sekadar menguji kita buat seketika
Membuakkan serumpun rindu
Bergalas bahagia di dalam sengsara
Meniti hari silih berganti
Ditabir hakiki
Sebagai nikmat peribadi


Puisi ini benar-benar begitu menyentuh jiwa aku. Saat aku terima dahulu, sebak dada aku menahan air mata dari terus mengalir. Tapi aku tetap tewas.. dan air mata aku tetap jatuh melimpah. Luaran mereka melihat aku gembira, aku ketawa dan aku nakal?.. Dalaman aku?.. ah aku lebih senang simpan sendiri..Tika ku buka mail, dan terlihat lagi puisi ini.. tersentuh lagi hati aku.. kamu memang seorang penulis yang berbakat dan hebat dimata aku.. aku memang sentiasa kagum dengan kamu.. tetap selalunya hebat!!

Awak, kita rasa sepi sangat.. sedih, kecewa.. not putus cinta! Entahlah.. kita tak tahu nak suarakan macam mana dengan awak. Sebetulnya kita dah letih untuk berlari dan menyembunyikan diri.. dimana saja kita pergi, pasti tetap tidak aman. Pasti ada kekecohan. Pasti ada penipuan! Kita jadi benci awak!.. bencii.. kita tak tau benci kat siapa? Mungkin pada diri kita yang sentiasa lemah.. dalam pada itu kita tetap kekal tenang.. walau sebenarnya dalam dada berombak kuat! hanya iman didada yang mampu untuk menahan dari kita kembali rebah!

Awak, salahkah kita sesama jenis berbaik-baik?, mesra dan bergurau senda?.. calling sayang?? hanya untuk membahagiakan hati dan jiwa seseorang? Disamping itu membahagiakan dan menghiburkan hati kita sendiri?.. tanda respon baik atas tali persahabatan yang erat?.. teruk sangatkah perhubungan yang rapat ini hingga memberi tanggapan negatif sesetengah orang? .. terus melulu menuduh kita berbagai andaian dan tohmahan??. Jahat sangatkah kita dimata mereka?. Pelik sangat ke hubungan mesra ini pada pandangan mereka??.. dan, semalam kita dituduh lagi.. mungkin bukan niat dia nak menuduh dengan bertanya begitu.. hmm, entahlah kita terasa sedikit.. sorri buat dia.. aku tak pantas menipu. Nasib dia jauh, kalau tidak kita dah debik dia.. haha.. aku jadi garang pula!.. yup, kita dengan lelaki memang garang cam singa! Siap arr siapa yang berani buat pasal memang mendapat dengan kita!.. dan, kita juga dituduh dan dikutuk langsung tak de nafsu dengan lelaki?? Mana dorang tau kita tak de nafsu?? Apa? Perlukah kita tonjolkan nafsu kita pada mereka atau pada dia? Pleasee.. Bukankah haram dan berdosa bila lelaki dan perempuan bersentuhan bila sentiasa bersama?.. lagikan pula memadu asmara tangkap leleh??.. arghh, nafsu itu.. biar bakal suami kita yang tahu.. walau kita tak tahu bila waktu dan ketikanya.. sori awak, dah termasuk tayangan biru.. ala awak tak kisahkan? :senyum:

Awak, kita sebetulnya dah letih melayan gurauan maya yang sentiasa berpura dibalik watak yang dilakonkan.. aduhh, letihh sungguhhh.. tapi kita senang dengan awak, abg kueh bomb (kenyit mata kat dia..hehe) dan beberapa rakan maya lagi.. kalian semua benar buat kita terlalu bahagia.. da tak tau nak tulis apa nih.. blurrr..

Ada apa pada hati? Dan hati aku tetap ada untuk kalian semua..