"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, June 18, 2008

AKU CINTA KAMU

Photobucket



Sulit benar untuk ku tarikan kata-kata
Seakan jemari ku kekok menari
Terhenti.. terkial mencari rentak
Walau otak sarat bertuju ingin di lontar
Agar kamu bisa memahami
Agar kamu bisa mendengar
Luahan sekeping hati nan sepi
Meluah lubuk rahsia terpendam
Tersimpan diam sekian lama
Pada maya bicara tinta..

Igauan ku akhir ini kian parah
Saban waktu ku tak tenang.. gelisah..
Bergelora lautan teriakan dalam bisikan
Seakan memberitahu tentang kabar duka
Berdenyut pantas jantungku berlari
Memusat segala kemungkinan
Dengan laju aliran kolam airmata pecah
Tersedan aku mengesak tangis
Seakan kamu sudah terbujur biru
Terbang melayang di angkasa
Terkaku lemah aku di sini
Aku jadi takut andai nanti kehilangan
Tiada dapat untuk aku memandang...

Sesungguhnya sukar untuk ku luah
Mengurai tiap persatu simpulan
Berbelit yang berlegar diam
Cuba ku buka, ku selongkar dan ku lerai
Tiap bait tutur susunan gurindam jiwa
Seakan sama cocok apa yang telah ku semat
Simpan kemas dalam kotak ingatan
Dari mula pertama ku kenal..
Kerana aku sentiasa memantau
Kerana aku sentiasa mentafsir
Alunan rentak tarian mu walau ia berbeza..
Mungkinkah??
Atau akukah yang telah tertipu
Oleh mainan perasaan ku sendiri??

Tersekat rasa kerongkong ku
Mengaturkan ayat kalimah keramat
Untuk aku persembahkan
Buat kamu yang di sana
Yang sentiasa memukau pandang
Buat aku kini telah kembali pulang
Penuh rasa pasrah dan rendah diri
Membuang duri-duri yang melingkari
Menawar rasa dendam benci
Dan ramadhan itu .. hingga kini masih ku ingat
Saat pertama kali setelah kian lama aku menyepi
Dari dunia sarat penipuan.. bertinta madah maya
lakonan hina watak pemain..
Benar, ramadhan itu buat aku rasa sungguh amat bersyukur...
Tahukah kau.. potret mu yang pertama ku lihat
buat aku rasa tenang.. setenangnya..
waktu itu, kini dan mungkin selamanya??
gilakan aku??

Dan pohon ku maafkan diri aku
menyimpan ia tanpa pengetahuan mu..
Walau telah cuba ku sering untuk meminta izin
Namun tak terlafaz pada ungkapan kata
Akhirnya aku mencurinya dalam diam..
Ah... sebetulnya aku malu pada kamu..
Segalanya ku simpan dalam seloka tarian kata
Mungkinkah kau terlihat??
Mungkinkah kau perasan??
Atau sebenarnya tidak mendatangkan apa..

Renyai lebat rintik hujan di luar..
Seakan memahami apa yang sarat terbeban
Yang tak mampu ku jeritkan
Yang tak terdaya aku amukan
Sama mengiring irama pukulan ombak
Hadiah dari mu ku kirakan.. betulkah??
Jauhnya aku berprangsakakan?..
Saat ku terima.. sungguh rasa mahu memelukmu..
Erat.. erat tak mahu lepas.. dan aku menangis gembira
Keanakkan sungguhkan aku??

Tahukah kau ombak itu umpama aku!
Kadang tenang.. membawa aku ke satu taman indah, damai..
Kadang bergelora hebat.. mengundang gelombang tsunami!
Memukul habis semua apa yang ada..
Sedang ku sendiri tak tahu apa punca..
Oh.. ombak dan pantai.. bulan dan bintang
Ku tarikan semua rasa itu berentak nada irama
Pada TELAH TERSURAT dan KORBAN KASIH
Serta ROMANTICA DE’ MAYA..
Agar kamu bisa dapat mentafsir gelombang jiwaku
Gilakah aku punya rasa begini terhadap mu??

Tak tertahan rasanya sebak hati ini..
Tak mampu lagi untuk aku berbicara
Melayan gundah yang berserabut
Pada hembusan nafsu yang bercelaru..
Dan sebelum aku terlewat..
Mungkin jua aku tak bisa nanti lagi menatap
Berpeluang menyentuh bayang menjadi nyata
Atau saat kau atau aku pejam mata mungkin?
Izinkanlah aku mengucap kalimah keramat
Yang telah sekian lama aku pendam diam..
Moga segala rahsia misteri ini terlerai
Pohonku jangan lenyapkan diri dari sisiku..
Seandainya nanti tiga kata ini buat kau berpaling jauh
Mengandaikan entah apa tentang aku!
Namun jauh disudut hatiku berkata.. kau bukan begitu..
Mungkinkah??

Kamu, Hero Pujaanku.. dengarlah..
AKU CINTA KAMU!!
Maafkan aku...

:: Azwa Safwa ::