"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, June 21, 2008

TETAP INGAT KAMU



Seketika ku lintasi layar..
sekadar meninjau dari jauh
semakin lama semakin dekat
dan tersentuh dihati..
saban waktu buat aku sering merapat
untuk terus dekat menghampiri..

Pernah ku lakarkan puisi tentang kawan
betapa sepinya aku tiada berteman
dalam daerah yang baru ku terokai
tanah asing yang begitu sunyi..
tiada siapa yang melihat
tiada teman untuk berbual
tiada siapa yang merasa tinta bicara
tarian sepi rentak alunan ku..

Namun kelihatan asyik
disebelah sana riuh rendah
saban waktu mencuit ku
agar tetap diam menjadi penghuni setia
laman yang telah aku sediakan
tentang bicara tinta rentak pelbagai irama
pernah juga ku bertekad untuk pergi
langsung tak mahu berpaling
dan bersembunyi diruang sunyi itu
bila ada saja tangan-tangan yang gatal
cuba mengotori sesuka hati dalam sembunyi watak!
tapi, tarikan dari kamu, kamu dan kamu
sering menggamit memanggil datang..
saban waktu sering membuat aku terpesona
membuatkan aku terfikir tentang kawan!

Wahai sahabat, kawan dan teman
Bukan aku tak mahu andai kasih ini terikat
Bukan aku tak sudi untuk menganyam rindu
Bukan aku marah andai tiba seloka ku sunyi
Bukan aku benci bila tiba sindiran ku pedas
Bukan aku emosi tika menyuarakan pendapat
Maafkan aku sering buat kalian keliru
Menilai tentang siapakah aku?
Kadangkala aku perlu ruang untuk sendiri
Mencari erti suatu kehidupan pasti
Kembali dalam dunia realiti…

Sahabat yang ku sayang, kamu tetap terpahat kukuh dalam ruang ingatan.. tetap ingat dan rindu pada kamu..