"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, February 16, 2011

anai-anai punya angkara...


Huhuhu... habis dimakan anai-anai... siap dowang semua bleh wat sarang beranak pinak lagi??... nasib arr aku tergerak nak buka almari buku?.. kekonon nak cari balik novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi karya Sharifah Abu Salem.. pasal dia punya citer ngah tayang kat TV1 skrg nih.. kira nak flash back balik arr dia punya jalan cerita.. (tp dah jadik Trilogi Cinta..) sekali apa yang aku dapat sarang anai2 yang aku jumpa duk kerumun kat semua novel2... banyak plak tuh? hairan camne dia bleh bersarang telur kat c tuh??.. kitab ilmiah lain x mo plak dia usik?... hairan sungguhh kanz?.. mmg stress aku tgk novel2 nih jadi lagu nih... uhuhuh :'(




Tenguk?... hancur berkecai jadinya... sayang tuh novel Jendela Hati karya Aisya Sofea... penulis kegemaran aku tuh... dah arr aku catu duit time nak dapatkannya?... sampai tahan nafsu makan u know?.. hehe.. last jadi lagu tuh plak?.. mmg serius sodeh aku tgk... rasa cam ilang laki jer tau... hehe.. aduhhh, sayangnyaaa... anai2, ko ganti balik novel aku!!!... uwaaaaa... apa pon nasib 3 novel yang aku cari tak de?.. maybe yong aku pinjam kot?.. nnt aku nak terjah umah dia cari... hehe..


So, apa pon citer nih mmg best!.. walau kadang aku nyampah tgk watak si Razif and si Nurjinah tuh... bukan apa.. baik sgtttt... orang baik nih mmg selalu kena tindas!.. pastuh bleh buat org benci and umpat keji... sepak terajang??.. haissss... teremosi plak aku nih!.. tapi, aku sakit hati lak tgk watak si Salmi tuh... Pak Badar? shahrul?.. haiyaaa... segala rasa aku ada tgk citer nih arr... apa pon tahniah arr pada mereka yang telah berjaya menjiwai watak masing2... syabas buat aku nih nyampah kdg tgk watak perwatakan korang?.. hehe


Sinopsis Telenovela Trilogi Cinta yang telah aku ceduk .. hehe:

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? ...

Nak tau selanjutya berakhir kisah... layan arr setiap ahad hingga selasa... ok?.. hehe.. OUT!