"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, February 03, 2011

Gangguan Jin Menghalang Jodoh


Jin yang menghalang jodoh selalunya terdiri dari berbagai-bagai kategori, samada jin saka, jin yang mendampingi / menyintai manusia ataupun jin sihir. Diantara tanda-tanda gangguan jin yang menghalang jodoh seseorang adalah seperti berikut :-

Umur sudah melangkaui tiga puluhan tetapi masih belum bertemu dengan pasangan yang sesuai. Perhubungan sering gagal, dan selalunya hanya bertahan tidak sampai beberapa bulan atau tidak sampai setahun.

Sudah beberapa kali orang masuk meminang, tetapi pesakit melihat pasangannya berwajah buruk atau orang melihat pesakit berwajah buruk, lalu peminangan itu tidak jadi.

Beberapa kali putus tunang, biasanya beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan samada pesakit atau pasangannya akan memutuskan pertunangan atas sebab-sebab yang remeh.

Tidak ada hati untuk mempunyai teman istimewa dan tidak ada hati untuk mendirikan rumahtangga.

Hidup sering gagal, sering dibenci oleh rakan sepejabat, sahabat handai dan keluarga. Apa yang dilakukan sering tidak menjadi, samada perniagaan, pelajaran mahupun perhubungan, rezeki selalu tersekat-sekat.

Merasakan sering diekori oleh sesuatu atau merasakan seperti ada orang memerhatikannya di mana sahaja walaupun ketika itu dia berseorangan.

Sering bermimpi budak kecil atau bayi.

Suka menyendiri.

Selalu merasakan orang di sekeliling tidak menyukainya.

Seringkali mengalami lebam-lebam di peha dan di kaki.

Bagi sesetengah orang, mereka beranggapan bahawa tanda-tanda diatas adalah masalah biasa yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Namun, bagi mereka yang memahami, ianya adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan jin.

Bagi mereka yang mengalami masalah jodoh akibat dari gangguan jin, jangan lalai untuk beramal, ini adalah kerana benteng diri yang terbaik adalah amal soleh yang istiqomah (berterusan). Teruskan berikhtiar, jangan berputus asa. Perhatikan juga gangguan dari sudut mental dan emosional. Ini adalah kerana ada diantara pesakit yang mempunyai masalah pendirian yang berubah-ubah, sukar membuat keputusan, ego yang tinggi, terlalu sensitif atau panas baran.

Sikap-sikap sebegini sememangnya menyumbang kepada masalah perhubungan sosial. Jika pesakit mengetahui bahawa mereka memang mempunyai masalah sikap yang sedemikian, maka mereka harus berani melakukan perubahan sikap pada diri sendiri.

Bagaimana untuk melakukan perubahan tersebut? Lakukanlah perubahan sikap dengan Ilmu dan Amal. Pesakit perlu banyak membaca Al-Quran, membaca buku-buku motivasi yang berkaitan dengan perhubungan sosial, berusaha memelihara solat lima waktu, dan mengamalkan zikir-zikir tertentu untuk melembutkan hati.

Diantara amalan untuk melembutkan hati adalah mengamalkan Surah Toha : Ayat 1-8, boleh dibacakan tiga kali selepas solat fardhu sambil tangan kanan mengusap dada. Perbanyakkan istighfar dan selawat.

Untuk pengesahan lanjut sila bertemu dengan perawat berhampiran untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan.


>> Info nih aku dapat dari satu laman web seorang yang berpengalaman dalam bidang rawatan alternatif dengan kaedah rawatan islam.. aku pernah dirawat oleh beliau.. Alhamdulillah aku telah pulih.. walau kadang ada juga rasa sikit sakit bisa-bisa badan, namun tidak sehebat dulu... apa sakit aku??.. biarlah menjadi rahsia sulit buat aku..

So, bagi aku.. tiap sesuatu penyakit pasti ada ubat dan penawarnya.. tak boleh cara perubatan moden, cubalah rawatan alternatif... apa pun setting niat tu yang kena betul.. jangan terlalu taksub dan sampai memesongkan akidah..


Amalkan doa menghindari Syaitan dan menghindari musuh-musuh yang hasad dengki :-

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan dan penyakit yang tercela. Aku berlindung kepada Allah yang maha Esa lagi Mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad, juga daripada syaitan yang derhaka!"