"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, March 04, 2010

OTAK BERAT


Otak aku berat!
Kusut serabut aku rasa
Denyut-denyut menjalar
Seluruh urat saraf
Selirat.. kusut, simpul mati
Payah mahu lerai
Aku jadi buntu!!

Otak aku jadi berat!
Segalanya berantakan
Mahu aku pecahkan saja
Hentakkan saja pada dinding
Dari terus aku pantas memikir
Agar tidak terbuat jadi..
Aku benar sakit!!

Otak aku makin berat
Bisikan hasutan mengilai
Mencucuk tangkai hati
Mencengkam isi daging
Bagai duri selumbar.. bingit!
Nyah!.. pergi!!
Aku mahu tenang!

Otak aku makin tenat..
Upaya aku tak daya diri
Mengusir rasa berat beraja
Masih teruskah begini?
Mungusung tubuh bernyawa
Tapi jiwa telah mati?
Telah hilangkah rasa percaya diri?
Pada kuasa suara azimat yang ada?
Tidak akan pernah izin
Jiwa mati dalam bernafas??


:: MAWARCINTA @ AS ::