"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, October 02, 2009

buat aku tersenyum.. selongkar dari file sulit..


comel2612 wrote on Apr 9, '07
pengalaman akan mengubati hati yg terluka asalkan hati tahu menghargai kenangan yg dilewati. jgn serik memberi ruang kpd hati untuk menerima segugus kasih sayang. Cinta, kasih sayang dan benci takkan hadir tanpa ruang dan peluang. andai ditutup segala ruang dan peluang, hati hanya sekeping perasaan yg mati, kaku dan dungu. kenapa ia dungu? kerana tak tahu menghargai kesempatan yg diberi untuk dinikmati erti cinta sejati.... hehehe.... ayat seorang pencinta!


comel2612 wrote on Apr 13, '07
x semua yg kita minta itu baik buat kita.... tetapi setiap apa yg Allah ciptakan untuk kita semestinya yg terbaik dr Nya.... andai jodoh yg dtg bkn sehebat amirul mikminin sekalipun, andai itu bisa menjamin kebahagiaan dunia akhirat, maka terimalah. boleh jadi dikemudian hari dialah hamba Allah yg Dia kasihi...

~Memandang dr kesederhanaan~


comel2612 wrote on Jun 13, '07
ermmmm... cinta x perlukan masa sebenarnya. seharipun org boleh jatuh cinta dan terasa serasi bersama. malah kalau dihitung masa bertahun lamanya utk membina cinta kadangkala sukar diterima. cinta cuma perlukan hati (yakni sampan) ruang tempat utk dia keluar dari pulau sepi. Dan dalam cinta telah ada bahagia dan duka. dan keramatnya "setia". Selagi mencintai cinta dengan percaya.... masa, takbur, duka, bahagia dan segala rupa bentuk perasaan hanyalah rencah semata-mata.

Setiap pasangan telah Allah jadikan keserasiannya. Yg mana bila dia suka, akan jadi sama-sama suka. bila dia selesa maka akan sama2 selesa. cuba kalau kita saling kenal, tapi x serasi... bertahun dan berkurun pun waktu, cinta takkan ujud dalam hati.

Aku: bercinta dengan orang yg aku cinta je. kalau dia cinta, aku tak cinta... minta maaf! cinta tak boleh dipaksa... hehe..

cam kita lah wa.... serasi! :))


comel2612 wrote on Jun 15, '07
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Tengok situasi gak wa.
Kalau dah kawen tiba2 jumpa seseorang yg "sgt serasi" jgn la pulak nak cari pasal menempah risiko sanggup tnggalkan suami dan anak2 kerana org tu. Kalau eni, eni kena pk dua tiga kali. Cinta tak semestinya memiliki. Yang penting, kalau dah bahagia ngn anak suami... teruskan. boleh jadi hubungan kedua lagi teruk... camne nak jawab?

~Biasa bab merapu2 nih hehehe


comel2612 wrote on Jun 15, '07
Tujuan kekecewaan yg Allah beri utk mengajar kita menghargai pelajaran yg dikurniakan supaya bila bercinta lagi kita akan berhati-hati agar tidak dilukai. Tapi itu tak bermakna bila kita bercinta lagi, ia harus menjadi dendam utk mengajar org lain erti kecewa spt mana kita pernah lalui. org lain punya salah, kenapa org yg lain harus di beri kesalahan juga.

Berbuat baik pada orang, kebaikan itu akan pulang kepada kita semula... memberi keikhlasan cinta pada orang, keikhlasan dan kejujuran akan datang pada kita semula.

~dan bpesan2 lah dgn kesabaran dan kebenaran...


comel2612 wrote on Jun 16, '07
jgn lupa juga... dalam istikharah, keputusan kita diterjemahkan dalam mimpi. sama ada karut atau tidak sesuatu mimpi itu kena bergantung kepada keadaan. sama ada ia sebagai mainan tidur, petanda atau sebagainya... mintalah petunjuk dari Allah. sesungguhnya tiada yang mustahil disisi Rabbul Jalil...


comel2612 wrote on Apr 12, '07
“ada apa dgn cinta? antara cinta dan cita2, better pilih cita2 dlu? hmmm eni tak setuju dgn kata2 tu kerna cita2 adalah tumpuan kehidupan. Org nak daki gunung, nak belayo laut dan keliling dunia... itu cita2. Tapi sblm adanya cita2 kita beljar mencintai cita2... nak mendaki gunung sebb pe? of couse kita nak lihat permandangan kat puncaknya. Camtu gak nak jadi doktor, sbb kita "cinta" kan kerjaya doktor tu. opsss... kalau setakat suka2 mesti xnak jadi doktor kan? so pada eni selagi ia bernama cinta... x kira cinta sesama manusia, cintakan dunia khayalan, cintakan ibubapa atau mende2 apalah.... ia bermula dgn cinta. Dan antara cita2 serta cinta.... harus berjalan dgn seiring. biarpun cinta dan cita2 byk pro dan contranya.....”

"Aku bercinta bkn sekadar mencintaimu..... tapi kerna mencintaimu maka aku tahu apa itu cinta...."


comel2612 wrote on May 23, '07
"cinta, hati dan rasa andai diolah pada asas yg betul segalanya menjadi indah dan ceria. seribu pepatah kecewa dan derita sekalipun menjelma.... andai tahu puncak bahagia, tak menjadi apa2."

comel2612 wrote on Sep 1, '07
“Cinta mengajar kita derita
Namun cinta buat kita bahagia
Cinta mengajar kita merana
Namun cinta punca hadirnya ketawa
Cinta... nikmat ungkapan rasa
Dan rindu
Pelengkapnya!”



>> mungkin bagi mereka .. ayat-ayat ini langsung sedikit tidak bermakna untuk disimpan diam dalam lubuk khazanah memori kan?.. ala apa la sangat kan??.. tetapi tidak pada aku.. bila "terklik" kembali, terbuat aku tersenyum.. terima kasih sayangg.. hehe.. iee geli den ni ha.. hahaha ;p