"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, October 02, 2009

PERGILAH..



Pergilah...
Masih ada waktu untuk pergi
Akan ku turuti dengan rela hati
Akan ku tahan sakitnya hati
Akan ku biarkan kau menghilang diri
Sementara hati rela untuk kau pergi
Sementara tiada beban melepaskan kau pergi
Sementara hati berlapang rasa
Dari seluruh kecewa

Pergilah...
Sementara aku terbuka hati
Jangan kau kakukan kaki disini
Merasa simpati pada diriku ini
Lepaskan rasa mu biar tertinggal disana
Jangan dicari siapa diriku
Walau kau tahu ada sesuatu mencuri hati
Untuk kau kenali sejauh ini

Pergilah...
Sebelum aku membenci
Membenci kerana kau mampu mencuri hati
Sehingga dirimu ku sayangi
Sehingga saat kau mendesak pergi
Aku mula memberat hati
Sehingga saat aku kau kasihi
Hatiku sedih untuk lepaskan kau pergi
Dan dua hati saling pedih
Menangisi tragedi

Biarlah.... aku lepaskan kau pergi
Pergilah kemana kau kehendaki
Bukan aku tak sudi kau disini
Bukan hatiku tak pernah terbuka untuk dikenali
Biarlah... jadi asing untuk kau fahami
Biar.. aku makin sepi kerna sendiri
Biar.. aku jadi begini dalam dunia sepi
Biar hati jadi mati untuk ditemani
Biar hati sendiri terus sendiri
Dan biarlah.... pendirianku begini
Jangan kau hampiri lagi
Mencari jawapan sebalik semua ini

Sepotong puisi ini tercipta
Setelah kau mula menarik dihati
Setiap langkah hadirmu disini ku perhati
Setiap tutur bahasamu mula bermain rasa
Sedikit terasa, sebanyaknya mula diterima

Aku bukan sesiapa...
Bukan dan bukan... dan bukan
Untuk diambil kira apa yang ku kata
Bukan.. bukan.. bukan...
Orang yang mungkin membahagia
untuk layak temanimu selama
Bukan juga teman yang sempurna
Aku bukan manusia punya apa-apa
Aku bukan yang baik tempat bertanya
Bukan jahat juga untuk diajar adab cara
Bukan penting untuk diterima
Bukan... bukan... bukan
Bukan sesiapa
Bukan istimewa
Bukan apa-apa
disisi sesiapa!!!

Aku tak mahu kau kecewa dengan bicara ini
Tak mahu kau terluka
Sungguh....
Hatiku sudah terusik dengan hadirmu
Namun... pergilah sementara boleh kau pergi
Pergilah sebelum hatiku memberat menahan kau lari
Sebelum kau jadi penting dalam hati
Sebelum kau selalu ku perlu penghiburku
Sebelum kau nanti jadi guruku
Sebelum aku jadi benci pada diriku
Sebelum semuanya jadi haru biru
Sebelum aku mula merindu saat bersamamu
Semuanya jadi sakit dalam hatiku

Pergilah...
Aku lepaskan kau pergi
Biarkan aku sepi
Dan sendiri
Dalam duniaku ini

Serikandicinta
4 julai 2008


SC: Pergilah... Sebelum berat hatiku
Maafkan aku, sahabat