"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, October 23, 2009

sekadar coretan...



"Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.."

Wahh.. lama benar aku tak mengayat dalam umah gelap aku nih kan?.. entahlah.. maybe tiada apa yang best untuk aku kongsi disini.. lagi pula bebaru nih aku rasa benar tertekan, geram, frust and nyampah dengan diri aku sendiri??.. mmg tiada idea and mood untuk melakar bicara.. apa? frust bercinta??.. bukanlah.. ini lebih teruk dari bercinta arr.. sulit benar untuk aku perjelaskan.. biarkanlah..

Tertanya aku.. kenapa ya berat benar ujian yang Allah beri padaku?.. rasanya macam tak mampu untuk aku tanggung beban yang sarat didalam otak aku nih.. lagikan pula untuk menggalasnya dibahu aku?.. kusut serabut.. namun, cepat aku sedar dan insafkan diri balik.. aku tidak sepatutnya berburuk sangka dengan ujian yang Allah beri ini.. maybe semua yang berlaku itu ada hikmahnya kan?.. mungkin juga ia datang dari sifat kelalaian dan kecuaian aku sendiri.. perlu sabar dengan ketentuan qadak dan qadar.. relaks dan cool jerr.. segalanya pasti ok.. semoga semuanya nanti berada pada paras normal.. InsyaAllah..

Oh ya.. 2 minggu lepas adik sepupu aku selamat jadi tunang orang.. kalau tiada aral melintang maybe dalam bulan 3 majlis pernikahan mereka pula berlangsung.. meriah juga aku tenguk majlisnya.. ok laa.. dia org yang ada2.. mampu untuk menzahirkan kemewahan.. Aku hanya mampu melihat dan mengukir senyum.. memang tiada komen dari aku tentang segalanya.. entahlah.. tapi sememangnya aku tidak dapat lari pertanyaan mereka semua tentang aku?.. “kamu nih pula bila?.. cepatlah jgn lama sgt.. takkan dah tua nnt nak naik pelamin.. nak beranak? (kira ayat pedas nih..hehe)” hah.. itu antara soklan lazim yang ditujukan pada aku.. yang kadang buat aku jadi malas datang kenduri sanak saudara aku untuk tolong membantu apa yang patut dan memeriahkan suasana.. selalu bg alasan outstation jerr..hehe..

Kalau dulu aku boleh membalas dgn jawapan gurauan pada mereka.. tp semenjak jejak tangga 30 nih ala dah matured nih.. hehe.. jawapan yg ku beri ringkas jer.. “InsyaAllah..”.. “boy friend lari”.. “org tak nak kawen la!” dengan diiringi dengan senyuman kemudian angkat punggung alih tempat.. buat2 cari benda or masuk toilet?.. kira ngelat arr tuhh.. hehe.. adakah aku terasa dengan pertanyaan mereka?.. tidak juga.. entahlah.. mungkin aku sudah jadi malas untuk memikir tentang semua itu.. lagikan pula berdepan dengan semua family belah abah.. memang kadang amat menduga hati aku.. hmm.. sulit!

Teringat tentang kata-kata seorang teman.. “Jodoh tu memang sentiasa ada.. tapi rezeki tu jer yang belum sampai2 lagi..”.. tertawa aku.. mungkin benar kata dia kan?.. tapikan.. bagi aku nih.. tentang bab jodoh and tak kawin nih tak de laa aku kisahkan sangat skrg.. bukan maksud aku tak mahu kawin eh yg cam aku blas jawab tuh.. mulut jer ckp tp ati nih.. nakkk arrr… hehe.. mmg rugi besar woo saper yg x mo kawin.. kang x dpt hasilkan baby yg comel, gebu dan genius.. x leh belai membelai, geget menggeget.. hehehe (dah masuk citer 18sx plak dahh..ekeke).. cumanya buat masa nih ada yang lebih penting dari itu.. segalanya aku perlu perkukuhkan.. mental, emosi, jasmani dan fizikal termasuklah big money de biz.. pasal nak minang putera kayangan mmg payah.. kena guna mata wang pound sterling arr.. maklum arr lelaki skrg semuanya materialistik.. hehe (adik ada wang, abg syg kamu.. x de wang?.. good bye sayangg.. tiada jodoh buat kita.. like play gentel2 bleh??.. ciss..ekeke..) naper? x percaya aku boleh minang lelaki??.. tunggulah akan aku buktikan.. walau makan banyak tahun.. maybe tak dapat duduk tempat pertama.. kedua, ketiga dan keempat still ada untuk aku kan??.. haha.. mahu bermadu?.. sapo plak bilang aku mahu bermadu??.. x semestinya aku duk tempat 2,3,4 perlu menelan madu yang konon manis itu.. buka minda tu eh sygg.. hehe.. segatal gedik dik dik.. nek nak aku nih.. takkan tergamak merampas dan mengguris hati kaum aku sendiri.. cukup aku sudah merasa, melihat derita sakitnya.. hingga skrg tak pernah surut.. terus bertahan entah sampai bila?.. dan maybe itu salah satu faktor kuat mengakibatkan kelewatan tiba gerabak kereta api aku.. perlu deletekan semuanya tentang yang negetif ini dulu.. right??..

Bagi aku kuasa cinta itu terlalu agung, unik, misteri dan penuh dengan segala macam keterujaan.. sampai saat aku pasti akan tetap dakap erat ia dalam pelukan hangat.. biar pon rasa cinta itu nanti bukan datang dari dia yang ku idam dan kejari.. tapi pada dia yang benar ikhlas dan penuh dengan sifat kasih sayang.. mohon pada Tuhan moga tiada luka terhiris pada hati.. benarkanlah hati ini bahagia walau tidak dapat memiliki sekeping hati itu.. terbangkanlah rasa ini bebas agar tidak menjerut mati terus aku.. tidak aku rasa terhimpit dalam dunia gelap lantaran “cinta buta” tanpa nokhtah..

Terima kasih kerana membenarkan hati ini punya rasa indah yang sulit untuk aku ucapkan… ka
mu, sekeping hati itu.. benar buat aku rasa hebat.. aku sayang bangat sama kamu “abang”.. hehe.. ;p