"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, February 07, 2008

AKU BUKAN UNTUKMU


Dahulu aku memang pernah sayang pada mu,
Dahulu aku memang menginginkan mu,
Meskipun tak pernah ada jawapan
Namun sikap ambil berat ku padamu
Sudah cukup membuatkan kau istimewa padaku..
Tapi kau tiba-tiba hilang, pergi menjauh..
Saat rasa cinta begitu kuat dan lekat dijiwa..
Tanpa meninggalkan tanda..
Tiada berita untuk ku hubung..
Tiada teman boleh ku rujuk..
Meninggalkan seribu pertanyaan padaku?
Hanya Tuhan saja yang tahu gelojak rasa ku..
Namun ku pendam sebuah luka dibalik watak ria ku
Agar aku bisa mempamer keceriaan dimata mereka semua..
Walau terkadang dapat terhidu jua..

Disaat aku telah mula melupakan mu,
Mencuci segala memori yang terpahat..
Membunuh rasa benci yang bermukim
Mula bangkit dari rasa kecewa yang menghambat
Kau tiba-tiba hadir..
Dengan penampilan yang berbeza..
Mahu menagih kasih yang dulu..
Kata mu kau tersepit antara dua
Kata mu jua keegoan aku adalah punca kasih mu beralih..
Indahnya bahasa yang kau lontarkan..
Setiap tutur bicara mu menyalahkan aku!
Itukah hadiah termahal pemberian mu pada ku?
Mari ku bisikkan pada mu..
Sebetulnya kasihmu yang selama ini tak pernah ikhlas!
Rasa cinta yang pernah kau lafaz tak seutuh mana!
Rindu yang kau selalu alunkan itu tak sekuat mana!
Nama ku memang mainan di bibirmu tapi bukan
Terkesan dalam hati mu.. benarkan?
Aku yang dulu hanyalah persinggahan cinta mu yang musnah!

Maafkan aku..
Hati ini tak betah untuk kembali pada mu
Usah kau rayu lagi dengan madah pujangga, pujuk rayu..
Jangan di ungkit sejarah yang tinggal sejarah
Biar ia kekal di situ menjadi nesan..
Pulanglah pada dia…yang lebih memerlukan
Jangan kau hancurkan hatinya
Sebagaimana dulu hati ini pernah kau lukai..
Jangan kau dustai takdir mu..
Biarkan kenangan itu berlalu..
Andai telah tersurat aku takkan ketemu cinta sejati
Aku redha.. kerna ku pasti
Takdir yang tersurat pada ku adalah terbaik buat ku..

Tinggalkan diriku.. hapuskan rasa cinta itu.. kau bukan untuk ku..


:: Azwa Safwa ::