"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, February 07, 2008

DIA DALAM MIMPIKU LAGI

Semalam dia datang lagi dalam mimpi ku
tapi mengapa dia berwajah muram?
sekadar perhatikan aku dari jauh
Tidak seperti selalu kebiasaan dia..
Marahkah dia dengan ku?
Tapi apa salah ku pada dia?
Sakitkah dia?
Tapi sakit apakah yang dia deritai?
Atau dia sudah tidak sudi lagi menemani aku
dalam setiap mimpi malam ku?
Sudah tidak mahu aku bermimpikan dia lagi?


Dia dalam mimpi ku..
Katakan pada ku mengapa berubah laku?
Ku cuba rapat menyentuh bayang dia…
Semakin ku dekat.. semakin dia menjauh
Dia hilang di balik kabus putih..
Lantas terkejut bangun dari buaian mimpi..
Petanda apakah ini?
Termenung aku seketika..
Tanpa sedar ada titis air jatuh mengalir..


Ku cuba damaikan hati yang resah..


~ Azwa Safwa ~