"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, February 07, 2008

BERHENTI MENANGIS


Aku tak ingin menangis..
aku mahu bangun dari mimpi ngeri semalam
mimpi yang bisa buat aku sering meracau..
aku mahu lari dari bayangan hitam yang merasuk
bayangan yang bisa buat aku ketakutan…
aku mahu tabah dari sebarang tekanan emosi
tekanan yang bisa buat aku hilang kekuatan diri..

Aku tak ingin menangis..
biar kuat badai ombak membelah pantai..
walau besar amukan tsunami yang menghempas
memukul .. memporak peranda apa yang ada
akan ku pertahankan segala kekuatan
agar tidak rebah, jatuh tersungkur..
aku takkan berputus asa..
akan ku kuburkan kisah silam itu
agar ia tak akan kembali menghantui lagi..
pergilah.. usirlah kenangan lalu
biarlah kisah sedih semalam
ditiup bersama bayu melontar jauh dan jauh..
ke lautan api yang marak..
biar ia rentung, terbakar hangus

Aku tak ingin menangis lagi…
akan ku basuh segala lumpur terpalit
dek kerana hasutan fitnah itu..
biar ia putih bersih..
akan ku balut luka-luka yang berdarah
dek kerana tusukan tikaman belati itu..
biar ia sembuh semula kembali bertaut..
akan ku tawarkan rasa dendam yang bermukim
dek perbuatan kejam tanpa belas itu..
biar serlah kemanisan watak..
akan ku keringkan airmata ini dari terus mengalir..
akibat rasa sedih yang bermukim..
biar wajah mekar berseri..
aku mahu riang.. hidup bahagia
mahu menjadi aku seperti anak-anak..
terang bersinar cahaya tawa ria
walau dulu hanya duduk di pondok buruk..

Ku hapuskan semua rasa yang menjeruk kalbu hancur berkecai dalam sudut hati.. dan berhenti menangis…


:: Azwa Safwa ::