"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, February 05, 2008

SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA

“Andai jodoh kita telah tersurat, tiada siapa dapat menghalang.. tanpa kita sedar, ikatan janji sudah terjalin dengan restu Ilahi..”


Kesabarannya benar-benar teruji. Syafika menggetap bibir geram. Azman dan kuncunya di jeling tajam. Bila terpandang akan mamat sekor tu, hati syafika kian membara .
"Menyampah!.. Hoi! Tak reti senyap ke?"
Syafika bangun sambil bercekak pinggang. Semua memandang kearahnya termasuk mamat yang paling dibencinya.
“Apa, korang ingat ini pasar borong ke?, Hormatlah sikit kelas sebelah. Ini tak, memekak aje.’
Matanya tepat kearah Azman. Sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada Azman. Azman perasan. Namun, berlagak biasa.
“Amboi, lazernya mulut. Boleh tahan juga garangnya akak kita ni yea… sekali bersuara bergema..’
Sindiran Azman membengkakkan lagi hati Syafika. Kedengaran sosek-sosek di belakang…Hatinya kian membar.
“Kalau aku dapat kau Man, aku cekik-cekik leher kau .’ Syafika kembali duduk.Tak kuasa dia nak melayan suara milik mamat sekor tu. Menambah sakit hatinya lagi adalah. Gelak ketawa Azman dan koncunya gamat kembali.
“Engkau ni Fika, dah tahu mereka tu tak makan saman buat apa di tegur. Buat kusut kepala aje. Masuk cikgu Hamdan nanti tahulah mereka.” Idayu disebelah menegur.
“Aku geram tau tak! Bingit telinga aku ni. Nada suara Syafika agak keras. Buku sejarah di tangan, di hempas perlahan keatas meja. Idayu menggeleng kepala melihat gelagat temannya itu.
“Fika…Fika…, tak habis-habis bencinya kau padanya.”
Azman menghampiri Syafika. Gadis itu pura-pura tidak menyedari kedatangan Azman. Kelas yang tadinya gamat telah mulai reda sedikit. Azman menarik kerusi yang berhampiran dengan meja Syafika dan melabuhkan punggungnya mengadap gadis yang bertocang kuda itu .
“Anis…” Wajah Syafika ditatapnya.
Syafika tetap seperti tadi langsung buat tak endah. Namun Azman tetap tidak berputus-asa .
“Anis, marah pada Man ke?” Dia cuba mengatur ayat yang sesuai. “Okey, Man minta maaf. Maafkan Man yea.”
Syafika tetap membisu .
Eehh…dia ni bisu la pula.Tadi mengalahkan halilintar suaranya. Tengok tu, selambanya dia … Tidak mengapa, cuba selagi daya. Dia tersenyum sendiri.
“Anis, pandanglah Man… tak baik tau marah-marah nanti lekas tua. Bila dah tua dah tak manis… eleh…, kuci-kuci… ha , tu dah nak tersenyum dah tu..” Azman cuba berseloroh.
Macam bagus sangat kau punya lawak!.Syafika menjeling meluat .
“Sudahlah tu, Man. Kau ni tak habis-habis nak menyakat dia.” Idayu yang sejak tadi memerhati menegur kelakuan Azman. Azman tetap tidak berganjak. Syafika ditenungnya berkali-kali. Namun wajah gadis itu tetap masam dan selamba.
Mak…oii, kuat betul ego dia ni. Anis…Anis…, kau nampak bertambah manis walaupun berkeadaan begini. Senyuman terukir lagi diwajahnya.
“Hoi!”
Bahunya ditampar seseorang. Amin member kamcingnya tersengih.
“Orang dah tak sudi, buat apa dilayan. Jom blah perut aku tengah kebulur ni.” Sambil tu sempat matanya melirik pada Syafika. Amin telan air liur. Mak ooi… sekali dia jeling aku daa.. cepat-cepat matanya diarahkan ketempat lain.
“Waktu rehat ke?.” Azman melihat jam ditangan. Jam menunjukkan keangka 10:40 pagi. “Kau pergilah dulu , nanti aku follow.”
Azman memberi isyarat mata .kepada Amin. Kemudian Amin beredar bersama member-member yang lain.
“Hah! Fika, kau nak turun makan ke tidak ni?” Idayu mengemas buku dan alat tulis yang berselerak, kemudian memasukkan kesemuanya didalam meja.
“Jomlah.” Tanpa memandang kearah Azman dia bingkas bangun. Tangan Idayu ditariknya pantas.
“Kau pula Man yang tercegat kat situ lagi tu kenapa . Jomlah join sekali.”
Cepat-cepat Syafika menyiku lengan Idayu tanda protes dengan kata-kata Idayu sebentar tadi.
“Tak mengapalah Ayu, takut nanti cik kak yang disebelah tu tak lalu makan. Nanti mengamuk lagi..” Azman menyengih.
Syafika menarik muka masam. Lantas bergegas keluar. Idayu mengejar dari belakang. Azman tergelak gelihati. ANIS SYAFIKA…akan aku pastikan kau menjadi milikku . Dan akan ku sunting kau suatu hari nanti menjadi permaisuri hatiku … Azman memasang angan-angan. Dia menadah tangan, Ya Allah Ya Tuhan ku Kau perkenankanlah doa ku… amin.. Macam ia- ia jer.. Senyuman Azman makin melebar..


“Azman, terangkan struktur masyarakat feudal di Eropah?”
Cikgu Kamal menghampiri meja Azman. Dari tadi diperhatikan Azman tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajarannya. Azman tersentak. Dia bangun. “Alamak, matilah aku. Macam mana nih!” Dia meggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Azman, awak dengar tidak apa yang saya soal sebentar tadi?.”
“De…dengar cikgu. Ta…tapi dah lupa. Boleh cikgu ulang semula?.” Azman sengih. Dalam pada itu matanya sempat melirik kearah Syafika.
“Ha … itulah bila saya mengajar di depan, awak berangan di belakang, bila disoal tercengang-cengang… tergaru-garu.. apa yang awak buat!”
Alamak membebellah pulak orang tua ni.. Makin melebar sengih Azman.
“Syafika, awak terang semula apa yang saya soal sebentar tadi.”
Syafika bangun dan segera menerangkan semula soalan yang diajukan oleh cikgu Kamal. Kemudian kembali duduk. Dalam pada itu dia sempat menoleh sekejap kearah Azman dan menghadiahkan senyuman mengejek kearah mamat itu.
“Ala senang aje cikgu… masyarakat Eropah terbahagi kepada dua golongan, iaitu pemimpin dan dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan para bangsawan . Manakala yang dipimpin pula terdiri daripada petani dan rakyat biasa…” Fuh, nasib baik aku dah study semalam. Kalau tidak, alamat berdiri sampai tamat kelaslah jawabnya.
“Baiklah, kamu boleh duduk. Lain kali kalau saya dapat tangkap kamu berangan dalam kelas saya, tahulah kamu.” Cikgu Kamal memberi amaran.
“Baik, cikgu. Saya faham.”
Seperti biasa matanya sempat menjeling intan payung pengarang jantungnya siapa lagi kalau bukan Syafika. Senyuman menyindirlah tu…



“Preeet….”. Wisel penamat perlawanan bola jaring dibunyikan.
Idayu dan Syafika duduk bersandar dibawah pohon yang rendang untuk mengambil angin dan merehatkan badan.
“Panasnya.. cuaca hari ini.” Idayu mengipas mukanya dengan tuala. Mukanya habis dibasahi peluh. Air mineral sebotol diteguk berkali.
“Panas-panaslah elok, mendung nanti kita juga yang payah. Alamat mandi hujanlah kita…” Mereka sama-sama tergelak.
“Hei, Fika. Itu macam Azman je.” Idayu menunding jari kearah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang beraksi dipadang.
“Ah, peduli apa aku!.” Syafika membetulkan ikatan tali kasutnya. Sambil tu dia sempat curi-curi pandang ke arah Azman. Gelagatnya diperhatikan oleh Idayu.
“Pandang juga… ingatkan dah tak peduli langsung..” Idayu mengusik. “Tak baik benci-benci tau.. . Esok, benci kau itu bertukar jadi sayang… ha, baru kau tahu… masa tu makan tak kenyang.. tidur tak lena. Lagipun aku rasa si Azman tu, taklah jahat sangat. Cuma nakal sikit. Bertuah badan siapa dapat dia tu…Eh , dalam benci-benci kau tu, takkan tak ada perasaan sayang kot?” Idayu cuba menduga hati Syafika .
“Apa, sayang? ... Banyak kau punya sayang. Hei, tolonglah rimas aku. Tengok muka si mamat tu pun aku dah loya.” Syafika menjuihkan bibirnya sedepa.
“Okey, kita tunggu dan saksikan sejauh mana keegoan kau itu.” Idayu seakan mencabar. Syafika tergelak kecil mendengar kata-kata Idayu itu.
“Idayu…mari sebentar!.” Laungan Cikgu Salmah mematikan perbualan mereka . Idayu pantas menuju kearah Cikgu Salmah. Syafika sekadar memerhati. Beberapa saat kemudian Idayu kembali.
“Fika, kau tolong tengokkan barang aku yea… aku nak ke pejabat sekejap.”
Syafika angguk kepala. Idayu berjalan pantas menuju ke pejabat. Sementara menanti Idayu kembali, Syafika melemparkan pandangan ke padang. Kelibat seseorang dicarinya. Aik, takkan dah ghaib kot?.
“Hai, menung jauh nampak. Ingat buah hati ke? Tau ingat kat Man?”
Kus… semangat.. terkejut aku. Syafika mengurut dada. Azman menyengih.
“Takkan terkejut kot… emm…boleh Man duduk sini.” Azman mengukir senyuman paling menawan.
“Duduklah kalau rasa tak tahu malu..” Syafika membalas selamba. Bila masa pula mamat nih ada kat sini?.
Azman sengih. Aku apa kira… janji kau dah bersuara sudah kira bagus!. Dengan pantas punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Syafika. Syafika jeling dengan ekor mata. Eee.. sabarr ajelah..
“Tadi Man perhatikan Anis lawan netball bestlah, tangkas dan aggresif.” Azman memulakan bicara. Syafika senyap. “Patutlah sekolah kita selalu johan, rupanya ada penjaring yang tangkas macam Anis.” Azman tetap tidak berputus asa.
Syafika diam lagi. Entah kenapa mulutnya terkunci pula untuk membalas kata-kata Azman. Lain benar pula dia rasakan susana pada petang ini. Bederau jantungnya bila Azman merenungnya. Berdua-duaan pula tu. Ishh.. seram.
“Anis ni bisu ke? … masih simpan dendam dengan Man ye?. Okey, Man mohon maaf diatas semua kesalahan Man. Err…sebenarnya Man suka kat Anis, itu pasal Man suka sakat Anis… ” Azman cuba berterus terang. Otaknya ligat berputar mencari ayat yang sesuai untuk berinteraksi dengan gadis pujaannya.
Syafika tetap membisu. Biar betul mamat sebelah aku ni. Ah, sudah…dia nak main drama pula kat sini.
“Hoi! disini rupanya kau, puas aku cari… Aik, Fika pun ada. Ini dah kira bagus, macam merpati dua sejoli. Nampaknya lepas SPM ni merasalah aku makan nasi minyak…”
Syafika menjeling tajam kearah Amin. Memang tak sayang mulut betul budak Amin ni!. Syafika menahan geram dihati. Melihat Syafika menjeling sebegitu, makin seronok Amin mengusik.
“Kau jaga-jaga sikit Man. Dia ni, garang mengalahkan singa betina muka aje lembut… kalau aku tak berani nak duduk dekat. Ta…ta…takut . Tak pasal-pasal kena baham!.” Usiknya lagi.
“Jangan risau aku dah ikat, dah siap nak dibawa ke tok kadi..” Azman sengih. Amin gelak besar.
Ini sudah lebih! makin aku diam makin menjadi pulak nampaknya. “Korang berdua ni sama saja… huh, benci aku!.” Hati Syafika panas. Dia bingkas bangun. Amran di padang digamitnya. Amran melambai tangan. Cepat- cepat dia mencapai barang miliknya dan Idayu. Kemudian, melangkah kearah Amran. Azman dan Amin tercengang seketika.
“Kau tengok tu, membaranya aku!!..” Hati Azman terbakar melihat kemesraan Amran terhadap Syafika.
“Sudahlah.. kau ni pun satu, dah tahu si minah tu dah tak sukakan kau yang kau terhegeh-hegeh tu buat apa. Ramai lagi budak perempuan kat sini …pilih saja. Kau pun bukannya sengkek sangat…”
Azman diam. Pandangan matanya pada Amran dan Syafika dialihkan. Cemburu beb!.
“Senanglah kau cakap, bukan kau yang mengalaminya.”
“Terpulanglah…aku sekadar memberi pendapat.”
“Hai, rancak berbual nampak.” Idayu menegur dua jejaka handsome itu. Mereka berdua berpaling. Dan memandang di antara satu sama lain.
“Aku menganggu ke?”
Mereka berdua serentak menggeleng. Idayu pandang sekitar..
“Eh, ada korang nampak Syafika tak?” Idayu meninjau-ninjau kelibat Syafika. Azman dan Amin berpandangan.
“Entah…” Amin berbohong. Wajah Azman kelihatan serius.
“Lain macam aje bunyinya, mesti ada apa-apa ni.. korang gaduh dengan dia ekk?” Idayu cuba serkap jarang.
“Tak ada-apa, Anis dipadang, kejap lagi naiklah kot?.” Azman melemparkan pandangan seketika dipadang.
“Err…Ayu, aku tanya sikit boleh tak?.” Azman membetulkan duduknya .
“Yup, Apa dia…” Azman dirapati.
“Jangan rapat sangat, aku jealous ni…” Amin membulat mata. Idayu menjeling tajam kearah Amin. Amin gelak besar.
“Hah, Man apa yang kau nak cakap tadi?”
“Emm…err.., Syafika tu dah ada yang punya ke?”
Idayu senyum meleret. Ingat nak tanya apa ler tadi..
“Aku bukan suruh kau senyum… yang kau senyum tu buat apa.” Azman sedikit bengang apabila melihat Idayu sebegitu. Sebenarnya dia segan.
“Entahlah… tapi setahu aku dia ada minat seseorang…Cuma, orang tu aje yang buat tak faham…” Idayu berteka-teki.
“Siapa?” Jantung Azman berdebar kencang.
“Engkaulah.” Idayu gelak besar. Seronok mengenakan mamat sorang ni.
“Weii.. aku serius ni … janganlah bergurau.” Azman bertambah bengang.
“Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu Man. Tapi selalu juga aku terserempak dia dengan senior kita si Amran tu. Mesra alam jer aku tenguk mereka berdua tu..”
Lemah kepala lutut Azman bila mendengarnya. Ah, tak mungkin!!.. Jeritnya dalam hati.



Kedinginan air sungai yang mengalir membuatkan Syafika berfikir dua kali hendak terjun. Syafika mengocak-ngocak air tersebut dengan kaki. Huii… sejuknya.
“Fika… cepatlah turun.” Idayu menjerit memanggil.
“Kejaplah …” Syafika berura-ura mahu turun, namun baru saja kedua belah kakinya mencecah air sungai yang dalamnya semeter itu … cepat-cepat dia naik keatas. Mak oii… sejukknya. Bibirnya terketar-ketar menahan kesejukan.
“Laa… kenapa naik balik? … Penakut betul!” Idayu mendapatkan Syafika.
“Aku bukan takut, sejuklah …” Syafika mencakung diatas batu-batu besar mengadap Idayu.
“Elehh.. Sebenarnya takut air. Entah-entah pagi tadi tak mandi lagi kot..”
Amboi suara siapa yang sedap ngata aku tu… Cepat-cepat Syafika menoleh kebelakang. Azman tegak berdiri diatas tunggul kayu yang tumbang sambil bercekak pinggang.
“Patutlah dalam bas tadi bau bachumm .. upanye.. ada yang belum mandi..” Azman giat menyakat. Member-member yang lain yang ada disitu semuanya tergelak .
Darah Syafika menyirap. Tak guna betul… Bencii… Dia menjeling tajam kearah Azman. Azman membalas jelingan Syafika dengan senyuman menggoda.
“Yang kau sibuk tu kenapa? Suka hati aku la …” Kemarahan Syafika meledak.
“Jadi, betullah kau tak mandi pagi .. eii bucuk… ” Giliran Rashid pula mengusik. Makin mencuka Syafika.
“Marah tu tandanya… benarlah ya…” Amin juga tidak melepaskan peluang untuk menyakat Syafika. Mereka yang lain semua ketawa mengekek.
“Bila aku cakap?.” Matanya dibulatkan kearah Rashid dan Amin .
“Alamak gunung berapi dah nak meletup. Cabutt…” Rashid, Amin dan yang lain angkat kaki terjun sungai. Namun Azman tetap tidak berganjak. Wajah Syafika ditenungnya… Takkan marah kot?. Asyik nak marah aje minah ni..
“Sudahlah fika… saje je dia orang nak mengusik tu… janganlah emosi sangat.” Idayu cuba memujuk.
“Arghh… Aku benci.. geramnyaa..”
Tangan Idayu ditepisnya. Sebelum angkat kaki dia sempat menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Azman. Mak oii… bisa gugur jantung gue… Azman telan air liur.
“Itulah engkau, cari pasal lagi!.. tengok, dah merajuk budak tu … dah tahu dia tu angin satu badan, yang pergi gatal usik tu buat apa?”
“Lerr.. Niat aku nak bergurau aje … mana tahu dia angin pulakk…” Azman menyengih.


Idayu mencari-cari kelibat Syafika. Kebanjiran pengunjung yang berkelah di Templer Park ni, menyukarkan dia mencari Syafika. Haa.. itu pun dia.. Syafika yang duduk termenung diatas kerusi kayu cepat-cepat dihampiri .
“Engkau ni, buat risau aku jer…” Belakang Syafika ditampar perlahan. Syafika menoleh sekilas. Wajah Syafika yang masam kelat itu ditatap Idayu.
“Dah la tu, jom kita makan … aku lapar ni!.” Idayu menarik tangan Syafika.
“Kau pergilah dulu nanti aku datang.” Syafika malas untuk berganjak.
“Okey, cepat sikit. Aku ambilkan makanan untuk kau.” Syafika angguk kepala. Idayu berlalu meninggalkan Syafika.
“Anis ..”
Aik, Bila masa pulak si mamat ni ada kat sini?. Syafika menarik muka masam.
“Maaf, kerana buat Anis marah …”
Syafika diam membisu. Wajahnya dialehkan kearah lain. Benci betul dia melihat Azman yang terpacak dihadapannya.
“Sebenarnya tadi, Man nak mengusik aje … Man tak tahu pula Anis tak suka. Azman menggaru-garu kepalanya yang gatal.
“Sudahlah Azman, saya benci awak … saya tak mahu dengar suara awak.. jangan ganggu saya!” Syafika angkat punggung. Dia jalan cepat-cepat ke tempat mereka BBQ. Azman mengekori langkah Syafika dari belakang .
“Okey, selagi Anis tak maafkan Man. Selagi itulah Man akan ganggu Anis. Jangan marah…” Azman berlalu kearah Amin dan member yang lain. Syafika pula duduk di sebelah Idayu.
“Nah, kau punya.” Idayu mengunjuk ayam yang sudah di panggang kepada Syafika.
“Apa yang korang bualkan tadi …” Syafika dijeling dengan ekor mata.
“Aarrghh… benci aku!.” Ayam ditangan, pantas dimasukkan kedalam mulut .
“Tak baik benci-benci Fika.. Jangan benci-benci … esok-esok, benci tu jadi rindu-rinduan baru kau tahu.” Idayu gelak besar. Syafika menjuihkan mulutnya.
“Dahlah, usah tanya pasal dia lagi… karang terbantut selera aku.” Isi ayam dikunyah lahap. Idayu sekadar menggeleng kepala. Fika.. Fika..
Dari jauh Azman memerhati Syafika yang sedang mengunyah ayam. Amboi, ganasnya budak ni .. . Lepas geramlah tu. Azman tersenyum sorang-sorang.
“Sudahlah Man orang dah tak suka buat apa diganggu…” Hisyam yang dari tadi memerhati gelagat Azman menegur. Kadang gelihati jugak dia melihat telatah temannya itu. Tak sudah- sudah menyakat Syafika. Dia tahu, Syafika tu bukannya teruk sangat. Tapi entahlah bila dengan Azman je dia angin lain macam sikit. hmm gasaklah korang..
“Entah… tak ada faedahnya. Buat dia bertambah benci kat kau adalah..” Sampuk si Rashid pula. Azman senyum sumbing mendengar teguran kawan-kawannya.
“Terpulang korang semua nak cakap apa… tapi apa yang penting aku tetap dengan cara aku, sampai ler pintu hati dia terbuka untuk aku .. korang tenguk ler nanti..” Azman tersenyum megah.
“Lantak engkaulah Man … kau nak buat apa ikut suka hati kau ler .. jangan esok menangis tak berlagu sudah!..” Giliran Amin pula bersuara. Dah tak kuasa dia lagi nak menasihatkan Azman. Bukannya makan saman punya orang.




Syafika menoleh sekejap tempat duduk Azman. Kosong. Selalunya time macam ni suara mamat tulah yang paling kecoh. Sering kali ketenteramannya tergugat. Hendak bertanya dengan Idayu segan pula. Tak pasal-pasal dia dikenakan balik. Eh, yang aku risau sangat pasal dia ni kenapa?.. kan bagus tak ada, aman sikit aku dibuatnya…
“Engkau ni kenapa? Macam ayam berak kapur aje aku tengok.” Teguran Idayu memeranjatkannya.
“Err.. tak ada apa-apalah…” Buku matematik moden dikeluarkan dari dalam beg galasnya.
“Eleh…macam aku tak perasan…hey, rindu ke ?” Idayu tersenyum nakal. Muka Syafika berubah merah jambu.
“Apa yang kau merepek ni…”
“Buah cempedak dah jadi nangka…macamlah kita tak tahu … kau rindu dengan Azman ye? “ Makin nakal senyum Idayu.
“Sudahlah tu Ayu.. benci aku dengar nama tu ..” Matanya fokus pada soalan latihan yang terkandung dalam buku itu.. namun otaknya bercelaru… satu benda pun dia tak ingat.. lupa segala formula..
“Benci?.. cuba kau cakap dengan aku apa sebab kau membenci dia tu. Berterus- terang ajelah Fika…tak payah nak selindung pada aku.”
“Okeylah, kau menang. Apasal beruk tu tak ada hari ni?”
Idayu gelak. “Beruk?, bukan cik abang sayang?”
Membara Syafika disakat begitu. “Kau ni ..” Dengan pantas pembaris panjang hinggap ke peha Idayu. Idayu mengaduh kecil. Pura-pura menahan sakit.
“Kuat sangat ke aku pukul kau?” Syafika sedikit cemas. Melihat kekalutan Syafika, Idayu tergelak besar. Syafika menahan geram dihati.
“Amin!” Idayu menjerit memanggil kelibat Amin yang melintasi mereka. Amin menoleh. Kemudian melangkah kearah Idayu dan Syafika.
“Apahal?” Berdiri mengadap Idayu. Syafika disebelah gadis itu ditoleh sekilas. Mak oii… seram!.
“Apasal Man tak hadir hari ni…”
Syafika curi-curi mendengar.
“Dia demam… hari ni dia MC.”
“Kelmarin aku tengok sihat aje…”
“Biasalah… demam terkejut..”
“Petang ni aku nak melawat dia… ermm.. korang nak ikut tak?..”
Idayu pandang Syafika.
“Bagaimana Fika?.. jomm.”
“Malas aku, biar dia mati…”
“Mak oii… kejamnya engkau, kau tak baik doakan dia begitu… Azman mati, jadi jandalah kau…”
Idayu tergelak mendengar kata-kata Amin . Syafika menggetap bibir geram.
“Okeylah, Idayu kau tunggu aku dekat simpang warung Wak Rahman lepas
habis kelas nanti… risau aku berdiri dekat sini lama-lama … nahas dibuatnya!. Cepat-cepat dia beredar. Idayu ketawa geli hati.
“Eeei…geramnya aku!” Syafika tarik muka masam.


Idayu mundar-mandir menanti kedatangan Amin. Mulutnya membebel marah kelewatan Amin .
“Duduklah Idayu .. Rimas aku dibuatnya… kejap lagi sampailah Amin tu…”
Syafika membetulkan rambutnya yang ditiup angin .Sebenarnya hatinya berdebar-debar hendak melawat Azman. Berat sungguh kakinya hendak melangkah keluar dari rumah tadi. Kalau tidak Idayu yang mendesak dan memujuk, jangan harap dia hendak mengadap muka mamat tu.
“Sorry, aku ada perjumpaan dengan Cikgu Bakar tadi… kami bincang pasal pertandingan pidato … tu yang lambat nih..” Tercungap-cungap Amin datang.
“Lain kali cakap awal-awal…penat tau kita orang tunggu.. kau ingat kita orang ni tunggul kayu ke hapa.. ” Idayu mula membebel.
Amin sengih. Dalam pada itu, Syafika dijeling dengan ekor mata. Datang gak minah ni.. Bertuahlah kau Man buah hati datang melawat .. “Dah jom… bas dah sampai.”

Mereka berjalan beriringan menuju kearah rumah Azman. Syafika menahan debar didada.
“Assalamualaikum…” Amin memberi salam.
Salam bersambut. Seorang perempuan separuh usia menjenguk keluar. Senyuman terukir diwajahnya. Dia mempelawa mereka bertiga masuk.
“Azman ada mak cik?”
“Azman diatas, jemputlah naik ke atas … mak cik nak ke dapur.” Perempuan tua itu berlalu kedapur.
Dengan pantas tangga didaki Amin. Idayu dan Syafika menuruti dari belakang. Pintu diketuk perlahan oleh Amin .
“Masuk…”
Pintu dikuak, kelihatan Azman terbaring lesu diatas katil. Satu-satu temannya itu diamati. Aik… budak ni pun ada. Bulat matanya merenung Syafika.
“Bagaimana keadaan kau sekarang Man?” Amin duduk dibirai katil.
“Adalah beransur sikit Min, yang tu..” Matanya melirik kearah Syafika. “Ikhlas sungguh ke datang lawat aku ni…”
Muka Syafika masam kelat dikata begitu. Kira bersyukur la ni aku datang ziarah…banyak cakap pulakk…
“Bertarik Man.”
Syafika menjeling Idayu. Memang tak sayang mulut betul perempuan ni!. Matanya membulat memandang Idayu.
“Kau tahu Man, ada orang tu tak senang duduk hari ni…tak tentu hala dia ..” Idayu menyengih sambil menjeling kearah Syafika .
Dengan serta-merta kaki Idayu ditendangnya perlahan. Muka Syafika merah menahan malu. Tak guna punya member. Kalau aku tahu hendak dimalukan begini…jangan harap aku nak temankan kau kemari..
“Betul ke Idayu?..” Senyuman Azman kian melebar .
Ah, sudah jangan buat pasal!. Jantung Syafika makin kuat debarannya…


Diana menghampiri kearah Azman. Azman yang leka menyalin nota tidak menyedari kedatangan gadis itu. Maklumlah, seminggu tak hadir akibat demam panas.. sudahnya Azman terpaksa menyalin nota-nota daripada kawan-kawan.
“Hai ..”
Azman angkat kepala. Dia menghadiahkan senyuman buat gadis 5 sains 2 itu.
“Boleh Dee duduk sini …” Buku-buku diletakkan berhadapan Azman.
Azman angguk kepala. Kemudian menyambung semula kerjanya yang tinggal lagi sedikit untuk disiapkan. Diana memerhati Azman menulis .
“Banyak nota kau salin Man. Boleh aku bantu?”
“Tak apalah, tinggal sikit aje lagi… Eh, kau tak ada tuision ke hari ni?”
Diana menggeleng kepala. “Kelas di tunda minggu depan.” Sambil menyelak buku latih tubi biologi.
“Hari tu aku dengar kau demam teruk… betul ke?” Wajah kacak milik Azman ditatapnya. Seminggu Azman tidak hadir ke sekolah rindu dia dibuatnya. Namun perasaan itu hanya terpendam dalam diam.
“Hish tak adalah … deman sikit aje … mak aku tu aje yang minta kat doktor tu cuti seminggu… dia suruh aku rehat cukup-cukup.” Azman sengih sengaja berlawak.
“Sayang betul mak kau kat kau yea…”
“Dah aku ni anak manja…Buah hati intan payungnya…”
Diana mencebik. “La..la.. boleh blah ..” Tawa perlahan mereka gamat seketika.
Di suatu sudut Syafika menjeling dengan ekor mata menyaksikan kemesraan Diana dan Azman. Niatnya hendak mengulangkaji pelajaran di situ terbantut. Meluat betul aku … eii .. bencinya!!. Dia segera beredar dari situ.


Mata Syafika melilau-lilau mencari barang yang dihajati. Peperiksaan SPM sudah hampir dekat . Persiapan awal harus disediakan. Tidaklah nanti tergopoh-gopoh waktu exam. Sedang asyik membelek-belek alatan menulis, dia disapa seseorang.
“Sorang aje shopping …”
Syafika angkat muka. Laa.. ku ingatkan sape ler tadi..
“Am, awak buat apa sini?…” Syafika menyoal ramah .
“Saja ronda-ronda…dari jauh tadi nampak macam kelibat Fika, tu yang datang ni nak pastikan…” Amran menyengih..
“Mengintip orang ya…” Syafika ke kaunter bayaran .
“Hish, tak adalah… lepas ni nak kemana?”
“Kedai buku tu… kenapa?”
Amran sengih lagi . “Boleh saya ikut Fika? Boring pulak jalan sorang.”
“Am tak malu ke nanti jalan dengan Fika?.”
“Nak dimalukan apa. Ada-ada saja Fika ni… atau, Fika yang tak mahu jalan dengan saya tak? Yalah takut boyfriend marah.” Amran cuba menduga.
Syafika gelak kecil. “Tak adalah, marilah…” Mereka beredar dan menuju ke Kedai Buku Purnama.
Dari jauh seseorang memerhatikan kelibat teruna dan dara itu dengan perasaan geram. Tak guna, aku yang dari tadi dok ekor…nak cari port yang bagus nak tegur … aleh-aleh kau sambar dulu…ceh!. Dia cepat-cepat beredar dari situ. Tak sanggup untuk menyaksikan adengan mereka seterusnya.
“Hei, Azman!”
Seorang gadis berlari anak kearahnya. Gadis itu diperhatinya dari atas sampai bawah. Siapa pulak minah ni?
“Akulah, Suzie.” Gadis itu tersenyum melihat gelagat Azman yang tidak mengenalinya .
Azman garu kepala. Suzie mana pulak ni.. Dia cuba mengingati nama gadis itu.
“Suzie Lieana?” Terlontar nama itu dibibirnya .
Gadis itu angguk dan mengukir senyuman manis .
“Sorry, aku tak berapa cam kau… aku ingatkan minah mana tadi …”
“It’s okey…kau apa khabar?.”
“Baik… seperti yang kau nampak..”

“Bila kau balik kemari …” Azman memulakan bicara.
“Dah dua hari aku kat sini.”
Azman jungkit kening. “Dengan family kau?”
“Aku cutilah…sebenarnya aku kemari bukan sorang tapi berdua…”
“Siapa? mambang yea!..” Azman saja mengusik.
“Hish, tak adalah dengan mak saudara akulah…kebetulan dia ada hal yang nak diuruskan disini…apa lagi aku ikut sekalilah…”
“Exam dah nak dekat, kau dah prepare ke?” Suzie ubah topik perbualan.
“Buat masa ni so far so good… kau pulak ?”
“Alhamdulillah…harap-harap dapat result gempaklah nanti…” Suzie tertawa perlahan.
“Amboi rancak berborak…” Seorang perempuan muda menegur. Suzie mengukir senyuman.
“Kenalkan, Mak Usu aku…”
Azman senyum ramah.
“Mak Usu, member lama adik … Azman.”
Mak Usu Suzie angguk kepala tanda faham .
“Okeylah Man, aku permisi dulu…”
Suzie menghulurkan kad nama kepada Azman.
“Senang-senang call aku..”
Suzie lambai tangan sebelum bayangnya lesap dicelah-celah orang ramai. Azman termanggu seketika. Kad nama Suzie direnungnya. Kenangan bersama Suzie sewaktu di tingkatan satu berputar di ruang fikiran…
Dahulu dia dan gadis itu amat rapat. Kemana saja mereka pasti bersama . Sampaikan persahabatan mereka dicemburui oleh segelintir pelajar. Gelaran belangkas bagaikan senonim bagi mereka. Pernah juga dia memasang angan-angan untuk memiliki hati gadis ini… Namun, hubungan mereka terputus setelah naik tingkatan dua kerana keluarganya berpindah ke Sabah. Ayahnya bertukar tempat kerja disana. Semenjak itu mereka jarang berhubung dan akhirnya langsung terputus. Kehadiran Suzie sebentar tadi benar-benar mengusik perasaannya. Suzie, kau bertambah ayu sekarang… pasti kau sudah berpunya…tapi, Anis lagi manis, manja dan brutal.. Azman senyum sendiri.



Hari ini keputusan SPM keluar. Dengan perasaan berdebar Syafika mengambil slip keputusan SPM dari tangan Cikgu Salmah. Cikgu Salmah serius memandang Syafika. Syafika bertambah cemas. Sebaik saja keputusan berada ditangan, dia bersorak kegembiraan. Pangkat satu dengan sembilan kepujian diperolehinya. Alhamdulillah tak sia-sialah usaha aku selama ini…Syafika mengucap syukur.
“Kau dapat berapa?.” Idayu datang menghampiri.
“Okeylah, tapi agreget tak gempak…”
Syafika merendah diri. Idayu melihat result Syafika .
“Wow! seronoklah kau…”
Syafika mengukir senyuman.
“Kau pula?”
Idayu diam. Air mukanya berubah.
“Cakaplah berapa…” Syafika cemas. Takkan fail pulak.
“Kurang memuaskan…aku gagal Fika.” Wajah Idayu sayu.
“Kau biar benar Idayu …” Cepat-cepat tangannya menyambar slip Idayu.
“Tak guna… kau tipu aku yea…” Hendak rasanya Syafika karate Idayu. “Tak baik tau buat aku macam ni…”
“Alah, aku bergurau aje…dah lama tak kenakan kau.”
“Hai girls…” Serentak mereka berdua menoleh kebelakang. Azman dan Amin menghulur senyuman. Bila saja mata Syafika terpandangkan Azman, jantungnya tak semena berdebar.
“Idayu, kau dapat berapa?” Amin merampas slip yang berada ditangan Idayu.
“Wow! sembilan kepujian.” Amin melopong. Idayu gelak.
“Itu Fika punyalah…. Tak pandai-pandai lagi eja nama orang ke? “
Idayu menyindir. Amin sengih malu.
“Laa…tak perasan pula. Eh, Man kau lihat ni… gempak beb!.” Slip result Syafika dihulur kepada Azman.
Syafika getap bibir geram. Amboi-amboi sesedap rasa aje tengok result orang…
“Korang ni sibuk-sibuk tengok result kami… korang pula macam mana…?” Idayu bercekak pinggang.
“Nah, tengoklah sendiri…” Amin menghulurkan slip miliknya kepada Idayu.
“Cantik angka kau..” Idayu memuji.
“Tengok oranglah…” Amin buat muka.
Idayu mencebik menyampah. “Hah, Man kau pula?” Idayu tak sabar nak mengetahui keputusan SPM Azman.
“Aku kantoi…” Idayu dan Syafika berpandangan.
“Bohong….” Syafika yang dari tadi senyap bersuara. Itu pun secara spontan. Azman senyum melirik pada Syafika.
“Habis tu…. Dah hari-hari asyik ingat Anis aje…sampai nak jawap kertas soalan pun terbayang Anis….” Idayu dan Amin gelak besar.
Memang nak kena budak ni…Syafika bengang .
“Sebenarnya Man luluslah…sama macam korang, cuma tinggi sikit dari korang semua…” Azman senyum bangga. Idayu melihat result Azman.
“Tahniah Man!.” Idayu bangga dengan pencapaian Azman.
“Nampaknya Azman kena belanja kitalah hari ini…”
”Yup, betul..” Idayu mengiakan kata-kata Amin.
“Aku tak kisah…takut ada orang tu tak sudi…maklumlah siapalah kita.” Syafika dijelingnya. Syafika pura-pura tidak mendengar.
“Fika…” Idayu mengharap persetujuan dari Syafika. Gadis itu diam membisu.
“Please… kali ni aje…esok-esok entah bila kita dapat berjumpa lagi.” Idayu merayu.
Syafika pandang muka seposen Idayu. Tu, nak memancing akulah tu…
“Okey… tapi janji balik cepat!.” Syafika toleh Azman sekilas. Azman senyum berbunga.



Restoran makanan segera Pizza Hut menjadi pilihan Azman. Syafika agak kekok makan berhadapan dengan Azman. Idayu dan Amin senyum memerhati gelagat teruna dara itu.
“Fika apa kat atas bibir tu… comotnya…”
Dengan pantas hujung jari Syafika meraba benda yang dimaksudkan. Amin tergelak kerana Syafika terpedaya dengan kata-katanya. Cis tak guna… Azman senyum memerhati.
“Lepas ni korang nak mohon apa?” Idayu bersuara setelah agak lama mereka berdiam.
“Aku ingat nak ambil bussines study… kemudian lepas habis study aku kerja… kumpul duit banyak-banyak…lepas tu apalagi pinang kaulah!.” Amin gelak besar. Idayu mencebik .
“Kirim salam aku nak terima kau…”
“Sekarang mungkin tak… sepuluh tahun akan datang siapa tahu…”
Idayu mati akal. Betul juga kata-kata mamat ni, kalau dia dah berkerjaya .. duit banyak.. bodohlah aku menolak… material.. material.. Idayu senyum sendiri.
“Kau pula Man?”
“Aku…[air coke disedut sekejap]…mungkin aku sambung ambik STPM, selepas itu mohon UM dalam course kedoktoran… itupun kalau dapat…” Azman gelak kecil.
“Wah, bercita besarlah kau… keluar nanti bergelar doktorlah… Dr.Azman.. ”
Azman senyum mendengar pujian Idayu.
“Engkau pula Ayu?” Idayu senyum pandang Amin.
“Aku pula ingat nak mohon UiTM … tak pun mana-mana universiti yang ada course berkaitan dengan feshion designer.”
“Ooo… nak jadi pereka fesyenlah ni…” Muncung Amin panjang. “Reti ke kau … potong-potong kain ni…”
Idayu tarik muka masam. “Tengok oranglah sikit… langsung tak bagi support.” Idayu menjeling Amin.
“Aik takkan marah kot…”
“Marah tu tidaklah cuma geram!”
“Tapi setahu akulah aliran kita mana ada kaitan langsungkan?”
Idayu senyum mendengar kata-kata Amin. “Sebenarnya minat aku pada fesyen ni dah lama…tapi, cuma tidak berpeluang.. ayah aku berkeras suruh aku ambil aliran sains dulu. Nak buat macamana ikutkan ajelah… nasib aku boleh score semua subjectnya.”
“Habis tu, ni nanti… dia tak bantah ke? Azman mencelah.
“Aku dah kenakan syarat… kalau keputusan SPM aku bagus, dia benarkan aku teruskan minatku… dan sekarang aku telah berjaya.” Idayu senyum puas.
“Haa… yang sorang ni macamana? Dari tadi senyap aje…” Azman mengerling Syafika. Semua mata memandang kearah Syafika.
Syafika senyum hambar. “Entah. Belum terfikir lagi.” Syafika angkat bahu. Sebenarnya bukan itu jawapan yang hendak dia beri. Fikirannya berserabut ketika ini. Mulut pula bagai terkunci.
“Engkau ni langsung tak ada wawasanlah!” Amin bengang dengan sikap Syafika yang acuh tak acuh itu.
Syafika senyum sinis. “Terpulang kamu semua nak cakap apa…aku tak kisah.”
Syafika bingkas bangun untuk membasuh tangan. Idayu sekadar memerhati .
“Apasal minah tu..”
Idayu jungkit bahu dengan pertanyaan Amin. Azman mengekori langkah Syafika dengan ekor mata. Masih berdendamkah kau lagi padaku?. Pening Azman memikirkan tingkah laku Syafika.


Syafika memasukkan barang-barang keperluan yang lain kedalam beg. Setelah lama menanti, akhirnya penantiannya untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA tercapai. Barang-barang tadi diperiksa semula takut kalau ada yang tertinggal.
Okey, semuanya cukup. Matanya tiba-tiba menangkap ke arah album gambar milik peribadinya dan sebuah lukisan potret wajahnya pemberian seseorang… sayu hatinya menatap gambar rakan-rakan sekelas yang diambil beramai-ramai pada hari perpisahan setahun lepas dan matanya lekat pada lelaki yang duduk disebelahnya. Lebih sayu melihat lukisan wajahnya. Maafkan aku, selama aku mengenalimu terlalu banyak kata-kataku menyinggung hatimu…hanya itu yang mampu aku lakukan.
“Kak long! cepatlah turun…” Laungan Shahira mematikan lamunannya. Cepat-cepat album gambar itu ditutupnya. Kemudian diselit dicelah beg dan lukisan itu di simpan kemas dalam fail peribadinya.. Dan dia bergegas turun kebawah berserta barang-barang yang siap dipacking.
“Apa yang Kak Long buat lama sangat kat atas tu…”
Syafika menyengih. Barang-barang tadi diunjuk ketangan Shahira untuk diletakkan kedalam bonet kereta.
“Semua cukup Fika?” Puan Norma menghampiri .
“Cuma baldi aje yang tak ada…”
“Tak apa kita beli nanti disana…” Encik Murad menyampuk sambil mengunci pintu rumah.
“Hah, kalau semuanya dah siap, meh le kita berangkat…” Shahira sudah tidak sabar-sabar.
Enjin kereta dihidupkan oleh Encik Murad. Sebelum kereta meluncur pergi Syafika menoleh sekejap bumbung rumahnya. Sedih juga rasanya nak berpisah dengan keluarga dan tinggal berasingan dari mereka. Namun dia terpaksa akur. Dia sekarang sudah menjadi warga kampus. Selamat tinggal semua…Bisiknya dalam hati.



Sedar tak sedar dah masuk tahun akhir pengajian Syafika di UTM Skudai dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Awam. Berbagai suka dan duka telah ditempuhinya. Perubahan demi perubahan pada diri telah banyak mempengaruhi hidupnya. Namun ada satu sahaja yang tidak mampu dia ubah. Walau sentiasa cuba dihapuskan dengan berbagai cara. Lepas habis kuliah, Syafika terus balik ke asrama. Malas rasanya dia hendak window shopping. Tombol pintu biliknya dipulas dari luar.
“Awal balik hari ni?” Teman sebiliknya Aida menegur. Dia sekadar menghulurkan senyuman.
“Kau tak ada kelas ke hari ini?”
Aida geleng kepala .
”Zana mana?” Syafika merebahkan diri diatas katil.
“Biasalah… petang-petang macam ni berdating dengan Faizal. Macam tak faham lagi”
Syafika senyum mengenangkan temannya yang seorang itu .
“Hah, engkau tu nak kemana pula?”
“Aku…err…nak jumpa Shima.” Aida sengih .
“Shima ke Sham?” Giat Syafika .
Aida senyum malu-malu. “Okeylah aku keluar dulu…kau ada-apa nak kirim?”
Syafika geleng kepala. Kelibat Aida lesap .
Syafika mencapai majalah REMAJA. Satu demi satu helaian diselaknya. Bosan. Sudahnya majalah itu ditutupnya. Dan disaat begini mudah benar kenangan silam bertandang. Dia mencapai album gambar yang terletak dibawah katil.
Album gambar itu diselakknya. Akhirnya sampai kepada gambar milik seseorang yang suatu dulu amat dibencinya. Dia tersenyum sendiri… Agaknya apa khabar kau sekarang?. Selepas perpisahan di Restoran Pizza Hut, langsung dia tidak mendengar khabar berita lelaki itu. Dan dia seakan rindu pada usikan yang sering diungkapkan di waktu zaman persekolahan dulu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu membenci lelaki itu. Dan dia masih ingat lagi kata-kata Idayu, “Jangan benci-benci…esok-esok, rindu-rinduan…” Dan, kata-kata itu ada kebenarannya. Ah, mungkin dia sudah melupaiku… Akhirnya Syafika terlelap bersama kenangannya itu.



TO ANIS SYAFIKA ,
Am harap Fika berada dalam kandungan sihat walafiat hendaknya .
Terlebih dahulu Am mohon beribu kemaafan seandainya warkah ini bakal mengundang kelukaaan dihatimu , Fika… Am terpaksa berterus-terang kerana tidak mahu menyembunyikan kisah yang sebenar. Jujur Am akui , memang Fika sentiasa di hati Am . Tapi , kita hanya merancang tuhan yang menentukan…Am harap Fika boleh menerimanya…
Sebenarnya , Am telah pun ditunangkan … dan gadis itu adalah anak kepada kawan baik ayah dan ibu Am . Ayah dan Ibu begitu berkeras mahu menyatukan kami…Am tidak tergamak untuk menghancurkan hati mereka… Am terlalu menyayangi mereka. Am terpaksa turuti kemahuan mereka.
Gadis itupun Am dah jumpa… baik orangnya , saling tak tumpah macam Fika…maafkan Am. Lupakanlah Am . Semoga Fika bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari Am . Take care your self . Sekian .- AMRAN OMAR-


Bicara tanpa suara itu benar- benar menyentap naluri kewanitaannya. Surat itu diulang bacaannya. Setitik air jernih membasahi pipinya yang gebu. Hatinya benar-benar terluka. Namun dia tetap pasrah. Surat itu dikeronyokkan dan dicampak kedalam bakul sampah. Kenangan bersama Amran harus dikuburkan.
Pintu bilik diketuk dari luar. Syafika cepat-cepat mengesat air mata yang masih berbaki. Aida tersembul dimuka pintu.
“Ika, ada orang cari kau dibawah.”
“Siapa?”
Aida jungkit bahu .
“Perempuan. Mungkin sedara kau kot… mereka tunggu kau dekat taman mini.”
“Okey , thanks…’
Syafika mencapai tudung kepala. Semenjak bergelar mahasiswi ni dia mula berjinak untuk bertudung. Langkah laju di atur, matanya melilau mencari orang yang dimaksudkan oleh Aida. Dan matanya tertumpu kearah perempuan yang sedang mendukung budak.
“Hei, Idayu!” Hatinya berbunga keriangan .
Idayu mengukir senyuman. Anak kecil dalam dakapan, dihulur kepada suami. Mereka berpelukkan. Suami Idayu hanya memerhatikan dua sahabat itu.
“Kenalkan, suami aku ..”
Syafika amati wajah suami Idayu.
“Amin?” Syafika was-was.
Lelaki itu mengukir senyuman .
“Jangan terkejut…”
Syafika menekup mulutnya. Seperti mimpi dia rasakan.
“Woi, bila korang bernikah hah?. Eeei…montelnya anak korang.” Pipi sikecil dicubit perlahan.
“Itulah engkau, jarang balik…alamat tak pos kat aku…call aku langsung haram…susah aku nak contact. Ini pun Shahira adik kau yang beri…” Idayu membebel. Syafika sengih.
“Kebetulan aku ada urusan disini, tu yang terlanjur kemari.” Amin mencelah.
“Sorry…emm…sikecil siapa namanya?”Anak mereka di belai Syafika dengan mesra.
“Mohd Haikal…” Idayu senyum simpul.
“Eh, apasal mata kau sembab ni?”.
Syafika meraba matanya .
“Kau menangis yea…” Idayu dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena .
“Tak adalah… tak cukup tidur agaknya..” Syafika berbohong .
“Tak usahlah kau nak bohong aku Fika… kau tu, aku kenal dah lama…” Idayu kurang berpuas-hati dengan penjelasan yang diberi. Syafika senyum tawar.
“Engkau ni ada-ada saja…eh, jomlah duduk kat sana. Rasa tak selesa pula berdiri kat sini…” Syafika mempelawa. Pasangan suami-isteri itu mengekori langkah Syafika.
“Bagaimana study kau disini?” Idayu meriba anaknya. Amin pula duduk jauh sikit dari mereka. Sengaja dia buat begitu untuk beri peluang isterinya berbual panjang dengan Syafika.
“Alhamdulillah…Cuma minggu ni tension sikit, banyak projek yang hendak disiapkan…” Syafika mengeluh kecil .
“Engkau pula macam mana?… dulu aku dengar kau dapat masuk UPSI… Maklumlah dah enam tahun hilang khabar berita…”
“Alhamdulillah… minggu depan start mengajar…”
“Ooo… Cikgu Idayulah sekarang?” Syafika mengusik .
“Alah, cikgu biasa aje…” Idayu merendah diri.
“Kalau tak salah aku, dulu kau mohon course fesyen disigner… macam mana boleh tercampak jadi cikgu ni”
“Dah tak ada rezeki.. “ Idayu membetulkan tudungnya yang ditiup angin.
“Eh, hubungan kau dengan Amran macam mana. Aku dengar kau intim dengan dia ye?” Syafika sedikit terkejut dengan pertanyaan Idayu.
“Aku nih sentiasa ikut perkembangan kau.. kau tu aje yang dah lupa member..” Idayu seakan dapat menangkap apa yang bermain di fikiran temannya itu.
Syafika sengih mendengar kata-kata Idayu. Memang selepas tamat sekolah dia terputus hubungan terus dengan teman-teman sekolah. Kesibukan belajar membuatkan dia terbatas untuk berhubung bertanya khabar mereka.
“Finish…dia bukan jodohku.” Syafika berterus-terang.
“Maafkan aku…” Idayu serba-salah.
“Tak mengapa… lagipun kami bukannya bercouple…” Idayu kehairanan.
“Maksud engkau?.”
“Kami hanya berkawan, Tapi… kalau ada jodoh, kami kahwin…dan sememangnya tiada jodoh antara kami… dia pun sudah menjadi tunangan orang sekarang.” Syafika gelak kecil. Sengaja dia berkata begitu untuk menutup hakikat kebenaran yang hatinya terluka juga dengan berita pertunangan Amran.
“Bersabarlah Fika.. mungkin jodoh kau di takdirkan dengan orang lain.” Idayu cuba memujuk. Mungkin ini penyebab wajahmu mendung Fika. Idayu seakan dapat membaca gelodak rasa Syafikah.
“Eh, Azman apa khabar sekarang? Kau ada dengar khabar dia tak?” Dengan tak sengaja mulutnya melontar kata. Membulat mata Idayu memandang kearahnya. Syafika kalut sekejap. Alamak! terlepas la pulakk..
“Engkau masih ingat padanya?”
Syafika sengih kemudian angguk kepala.
“Itulah dulu jual mahal sangat… bencilah konon.”
“Entahlah … dulu aku tak tahu kenapa aku benci sangat dengannya. Tapi sekarang, bila aku kenangkan kembali zaman persekolahan, rindu pula rasanya…” Syafika meluahkan yang terbuku dihati.
“Rindu pada zaman sekolah ke atau pada Azman?. Betul tak apa yang aku kata dulu..”
“Engkau ni Ayu ada-ada ajelah..”
“Engkau menyayanginya?” Idayu mencari kepastian dari sinar mata Syafika.
“Entahlah…aku sendiri pun tak pasti akan perasaan aku ini. Mungkin kebencian aku dulu tu untuk mengikis cemburu dihati. Maklumlah dia punya ramai peminat.”
“Jadi, selama ini kau memendam perasaan terhadapnya?. Kau biar benar Fika?”
Idayu sedikit terkejut. Syafika angguk lemah. Dia sudah tidak berdaya lagi menyimpan rahsia. Biarlah Idayu tahu. Lagipun kisah itu sudah lama berlalu.
“Kenapa kau tidak berterus-terang dengannya?”
“Aku segan … terlalu banyak kata-kata aku menyakitkan hatinya. Lagipun siapalah aku ini. Kita pun masa itu terlalu muda untuk memikirkan soal hati. Apalagi untuk bercinta..”
“Habis, sampai bila?. Bercinta tu tak salah Fika.. asalkan kita bijak mengawalnya. Kau hubungilah dia dan berterus-terang dengannya. Jangan kata pada aku kau tak tau nombor telefon dan alamat rumahnya. Aku pasti Azman gembira mendengarnya. Buat pengetahuan kau, dia still solo..”
“Tak apalah Idayu… kalau kau jumpa dia, sampaikan salam aku kepadanya… lagi satu tolong rahsiakan apa yang aku beritahu ini daripadanya. Aku malu. Tolong ya..”
Idayu senyum pahit. Berapa lama harus kau pendam semua ini Fika.


Suasana di Hospital Murni amat sesak. Orang ramai keluar masuk untuk melihat pesakit dan ada juga diantara mereka yang sakit.
“Nurse. tolong masukkan data pesakit ini dalam dokumen.” Seorang doktor pelatih muda memberi arahan. Jururawat yang bertugas, patuh menerima arahan.
“Kringg…”Telefon berbunyi. Gagang segera di angkat.
“Dr.Azman, ada perempuan mahu bersalin di wad 6. Dia sukar untuk bersalin secara normal. Dr.Azizah minta ke bilik pembedahan dengan segera.”
“Okey. beritahu Dr.Azizah saya datang segera.” Tanpa berlengah Azman mengatur langkah cepat-cepat menuju ke bilik pembedahan.


Suzie mengusap lembut kepala bayinya. Walaupun bisa jahitan masih terasa lagi, tapi apabila melihat akan si kecil, sakit yang ditanggung hilang serta-merta. Si kecil dicium lembut. Mengeliat anak itu apabila terasa ciuman hangat ibunya. Dari jauh Azman memerhati ibu muda itu.
Siapa sangka siapa menduga wanita yang berada dalam bilik pembedahan semalam adalah Suzie. Azman mengukir senyuman dan mengatur langkah menuju kearah Suzie.
“Hai..”
Suzie berpaling .
“Hai, Man…terima kasih kerana selamatkan aku dan anak aku…”
Azman mengukir senyuman.
“Aku sekadar membantu, selebihnya Allah yang berkuasa…emm.. bagaimana keadaan kau sekarang?” Azman memeriksa tiup saluran air Suzie.
“Okey…Cuma perut aku ni rasa nyilu-nyilu sikit.” Suzie meraba-raba perutnya.
“Engkau tu kena banyak berehat… jangan terlalu banyak bergerak.”
Suzie angguk faham .
“Suami kau mana? dari semalam aku tak nampak dia pun.”
“Dia di Langkawi… ada urusan kerja. “
“Habis dia tak datang menjenguk kau kat sini?”
“Sekejap lagi sampailah tu, lagipun aku semalam dah call dia, beritahu aku masuk wad…Haa… itupun dia…” Sambil muncungnya menunjuk kearah lelaki yang sedang membawa sejambak mawar ditangan. Romantiknya dia.. Rasa-rasa macam pernah lihat. Wajah lelaki itu diamatinya oleh Azman.
“Hai sayang… maaf, kerana abang tiada disampingmu ketika kau melahirkan buah hati kita….” Sebuah kucupan mesra hinggap ke dahi Suzie dan sejambak mawar tadi diunjuk pada isteri tercinta.
“Tidak mengapa, Zie tahu abang sibuk.” Suzie mengukir senyuman. Jari-jemari suaminya dikucup mesra.
“Abang kenalkan, kawan Suzie waktu dibangku sekolah dulu…Dr. Azman.” Suami Suzie agak sedikit terkejut apabila melihat Azman.
“Kalau tak silap saya, awak ni Amrankan?” Azman tidak teragak lagi untuk mengenali lelaki itu . Apa tidaknya lelaki itu dulu yang menjadi persaingannya untuk menawan Anis Syafika.
Suami Suzie angguk kepala . Mereka berdua berjabat tangan. Suzie mengukir senyuman melihatkan kedua mereka telah saling mengenali. Setelah berbual sebentar dengan pasangan suami isteri itu Azman mohon beredar kerana ramai pesakit yang perlu diperiksa .
Alangkah bahagianya mereka…Tapi, Anis?. Sepintas ingatan terhadap gadis itu menerpa diruang ingatan. Nostalgia bersama Anis Syafika terimbas kembali. Mengapa sukar untukku singkir nama itu?.


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman terasa bila menghirup udara segar menghembus. Dalam suasana begini mudah benar jiwanya terusik dengan kenangan lepas.
“Ummi…” Najwa yang berusia tiga tahun berlari anak kearahnya.
“Ada apa sayang…” Pipi montel Najwa dicubit perlahan. Kemudian diangkat dan didudukkannya ke atas riba.
“Ummi cakap nak bawa kakak jalan.. cepatlah, Ummi semalam dah janjikan?”
“Alamak, Ummi terlupa sayang… okey, pergi suruh mama siapkan kakak yea.”
Dengan pantas Najwa berlari masuk kedalam rumah menjerit memanggil ibunya.
“Jangan lari… nanti jatuh.” Syafika menjerit kemudian menggeleng kepala melihat keletah Najwa Natasha. Itulah satu-satunya anak buahnya yang keletah dan manja.
“Jangan dimanjakan sangat budak tu Kak Long, nanti lemak dia…” Zamri adik iparnya menegur.
“Alah, tak apalah… lagipun anak buah Kak Long juga. Sayang Kak Long padanya macam anak sendiri.” Syafika mencapai kunci kereta.
“Saya bukannya apa, takut menyusahkan Kak Long. Maklumlah si Najwa tu banyak kerenahnya.”
Syafika senyum mendengar kata-kata Zamri itu. “Apa pula yang susah, gembira Najwa gembiralah Kak Long… sakit dia sakitlah Kak Long…”
“Ummi… kakak dah siap…Jomlah!.” Tangan Syafika ditariknya ke kereta.
“Kakak, tak baik buat Ummi macam tu.” Shahira menegur anaknya .
“Biarlah. Eh, kau tak ikut sekali Ira?.” Shahira geleng kepala.
“Tak apalah Kak Long. Ira rasa macam tak sedap badan aje..” Shahira mendapatkan suaminya yang sedang mencuci kereta .
“Okeylah, kalau macam tu Kak Long pergi dulu…” Enjin kereta dihidupkan.
“Hati-hati mandu tu Kak long.” Shahira sempat berpesan.
Syafika angguk faham. Kereta proton satria warna biru meluncur pergi.


Jantung Syafika berdegup kencang. Kelibat Najwa dicari merata-rata komplek membeli-belah. Habis setiap ceruk gerai-gerai yang terdapat disitu digeledahnya. Namun bayangnya langsung tidak kelihatan. Hati Syafika bertambah cemas. Minta-minta tak ada apa-apa berlaku pada kau sayang. Dalam keadaan orang ramai yang berpusu-pusu keluar masuk membuatkan agak sukar bagi Syafika mencari Najwa.
“Najwa kemana kau sayang?” Syafika sudah hampir menitiskan air mata. Gelap rasa pandangannya memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku keatas Najwa.
“Ummi!”
Syafika tersentak. Najwa berlari anak kearahnya bersama seorang lelaki.
“Mana sayang pergi?.. puas ummi cari tau.” Syafika mengesat air mata yang menitis kemudian Najwa dicium berkali.
“Maaf puan, saya jumpa dia sedang menangis tadi…” Syafika segera mendongak. Ternyata lelaki itu terkejut memandang wajah Syafika. Begitu juga dengan Syafika.
“Anis!”
Lelaki itu pandang tepat ke wajah Syafika .
“Azman?.” Jantung Syafika berdegub deras. “Err.. pa khabar Man?” Syafika cuba berlagak biasa. Namun getarannya masih terasa.
“Ba…baik.” Azman sedikit gugup. Mata mereka bertentangngan. Masing-masing kelu untuk berkata-kata.
“Ummi, uncle ni baik… dia bagi kakak coklat.” Suara najwa mengejutkan lamunan mereka seketika.
“Dah ucap terima kasih pada uncle?”Najwa angguk kepala “Bagus…sayang ummi…” Syafika membelai mesra rambut Najwa .
Azman memerhati kemesraan dua beranak itu. Hatinya tiba-tiba tercuit. Alangkah bahagianya mereka.


Pemergian Syafika sebentar tadi benar-benar mengusik perasaannya. Namun dia gembira Syafika sedang berbahagia kini. Siapa agaknya lelaki yang bertuah yang dapat memilikkimu?. Cemburunya dia.. Walau siapapun lelaki itu, aku gembira kau sedang mengecapi kebahagian… dan, kenangan bersamamu tetap akan ku simpan… wahai hati tenanglah engkau.
“Hah, apa yang di menungkan tu …” Azhari menampar mesra bahu adiknya itu. Azman senyum tawar .
“Teringatkan kisah lama abang ngah…”
”Istimewa ke?” Azhari membedek barang-barang kiriman isterinya yang dibelinya tadi.
“Terlalu istimewa abang ngah …” Azman melepaskan keluhan.
“Lain macam aje bunyinya…tadi kau kemana?” Mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta.
“Tak kemana. Cuma, tadi Man terjumpa budak perempuan menangis, Man tolong dia carikan ibunya. Bila jumpa, rupanya anak kawan lama Man masa sekolah dulu..”’
Azhari senyum mendengar. “Ooo… itulah yang istimewa sangat tu…” Enjin kereta dihidupkan .
“Yang istimewanya dulu bang ngah… Tapi, sekarang dah jadi milik orang lain.”
“Frustlah ni…”
“Tak mainlah frust-frust. Tengok oranglah…”
Azman cuba menafikan. Namun dalam hati tuhan aje yang tahu. Anis hanya engkau yang bertakhta dihati sehingga kini.



Puan Norma memerhati anak sulungnya yang sedang bermain-main dengan cucunya. Kerisauan beraja dihatinya melihat anaknya itu masih belum berumahtangga. Shahira anaknya yang bungsu sudah hendak masuk anak kedua. Si sulungnya pula langsung tak ada tanda-tanda untuk mendirikan rumahtangga. Sesuatu harus dilakukan. Syafika digamitnya.
“Ada apa mak?” Syafika mendapatkan ibunya.
“Kalau mak tanya sesuatu boleh tak?.”
Aik, lain macam aje bunyinya mak aku ni….
“Fika ni dah ada teman lelaki ke?”
Syafika ketawa gelihati mendengar soalan yang diajukan kepadanya. Dah aku agak… “Kenapa mak?. Mak dah ada calonnya ke?.’” Syafika cuba berseloroh. Puan Norma tersenyum penuh makna.
“Tak adalah… tapi, kalau fika setuju minggu depan ada orang nak merisik engkau.”
“Hah!” Syafika sedikit terkejut. Biar betul mak aku ni.
“Siapa?”. Jantungnya berdebar.
“Anak kenalan lama mak. Dia berkenan sungguh hendak buat Fika menantu. Dia suruh mak tanyakan pada Fika. Kalau Fika belum ada teman lelaki, mak harap Fika setuju.” Syafika terpempan seketika.
“Tapi mak, Fika belum bersedia. Lagipun Fika…”
“Sudah ada pilihan dihati?” Cepat-cepat Puan Norma memotong.
Syafika laju geleng kepala.
“Habis tu, apa masalahnya? atau Fika sengaja mahu melihat mak di kata jiran-jiran yang mak punya anak dara tua. Anak dara tak laku…” Hati Puan Norma mula sebak.
“Makk.. “ Syafika tersentak mendengar kata-kata ibunya. Tidak sangka hati ibunya terguris.
“Fika, tiada mak yang nak melihat anaknya dihina, dikata orang. Mak lakukan semua ini untuk kebaikan diri Fika. Mak ni pun bukannya sihat mana, siapa yang nak menjaga Fika bila mak dan ayah dah tiada lagi.. ”
Air mata Syafika mengalir. “Mak Fika minta maaf kerana menguris hati mak…[Jari-jemari ibunya digenggam erat] Fika turut kemahuan mak.” Hatinya berat sewaktu menutur kata-kata itu. Tapi tak apalah demi kebahagian ibunya dia turuti. Puan Norma tersenyum senang. Dahi licin anakknya dicium mesra.
“Percayalah Fika pilihan mak adalah tepat untuk Fika.. Mak pasti Fika takkan menyesal mengahwininya.”
Syafika mengukir senyuman hambar. Mudah-mudahan mak.. hatinya berbisik sayu.


“Hah, Man apa keputusan kau?” Puan Zaharah menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan anak bujangnya itu. Azman yang leka menatap akhbar mengangkat muka. Akhbar di lipat dan di letak sebelahnya.
“Keputusan apa ni mak?” Azman buat-buat bertanya. Sebenarnya dia dah tahu soalan itu yang akan ditanya awal-awal pagi ini. Patutlah bersungguh benar suruh aku balik, rupanya ada hajat lain. Kopi panas dihirupnya perlahan.
“Hal semalam tulah…”
Azman garu-garu kepalanya. “Beratlah mak…” Roti telor dikunyahnya pula.
“Apa pula yang beratnya. Kau jangan nak mengada-ngada. Budak tu dah setuju. Kau jangan nak buat tak tentu kira…” Nada suara Puan Zaharah agak keras sedikit.
“Yang mak pandai-pandai padankan Man dengannya tu kenapa?. Mak dah selidik ke latar belakangnya?” Azman mencipta alasan.
“Amboi sedapnya mulut dia menjawab. Man, tiada ibu yang mahu melihat kehancuran anak-anaknya melainkan mendoakan kesejahteraannya. Emak dah tengok budak tu, cantik budi bahasanya. Berpelajaran pula. Berkenan sungguh dihati mak ni. Susah Man sekarang ni hendak mencari orang sebegitu. Fikirlah masak-masak. Engkau tu sampai bila nak membujang…” Puan Zaharah bersyarah panjang.
“Mak, pintu hati Man ni belum terbuka lagi hendak mendirikan rumahtangga. Man belum bersedia mak.”’
“Sampai bila nak tunggu pintu hati kau tu terbuka? Setahun, dua tahun?” Puan Zaharah menyindir. Terasa geram pula dihatinya.
“Walau apa pun alasan yang Man berikan, mak dah buat keputusan!. Man kena terima juga. Suka tak suka, keputusan mak muktamat!. Minggu depan mak nak pergi merisik dia, langsung bertunang sekali.” Puan Norma angkat pungung dan berlalu ke dapur dengan selamba.
Hah, biar betul mak aku nih.. Mulut Azman ternganga.
“Ikutkan ajelah Man. Betul juga apa yang mak kau katakan tu.” Encik Rahman yang dari tadi mematikan diri bersuara.
“Tapi abah…Man..”
“Syurga di telapak kaki ibu Man, jangan sesekali derhaka. Apa yang mak kata tu memang betul. Ayah pun bersetuju. Baik budaknya Man.”
Azman terdiam . Seleranya hendak menjamah baki roti telor mati. Hai dah nasib badan…pening..pening.


Azman memasukkan barang-barang yang diborong bersama ibunya kedalam bonet kereta. Puan Zaharah memeriksa takut kalau-kalau ada yang tak dibelinya lagi. Azman sekadar memerhati.
“Mak rasa semuanya cukup. Oh yea, mak terlupa sesuatu. Bakul. Kau tunggu sekejap?.” Puan Zaharah berlari anak, kembali semula ke kedai tadi.
Apalagi yang tak cukup tu. Tak faham aku, beria sangat mak aku ni nak dapat menantu. Aku yang menjadi mangsa keadaan. Azman menggeleng kepala kemudian menutup pintu bonet yang ternganga.
“Hoi!” Bahunya ditampar dari belakang. “Bila kau balik?” Azman segera berpaling.
“Kelmarin … maaflah tak sempat nak contact kau.” Mereka berjabat tangan.
“Lama dah aku tak dengar khabar kau? Kau amacam sekarang?. Orang rumah kau apa khabar?”
“Alhamdulillah semuanya sehat belaka… lama ke kau bercuti ni, macam ada apa-apa aje..”
Azman sengih. “Hish engkau ni, tak sudah-sudah nak mengusik aku. Sebenarnya saja je nak bercuti lama sikit. Rindu kat kampung halaman. Lama beb aku tak rayau pekan ni, banyak dah perubahannya.” Azman cuba berdalih
“Banyak barang borong… macam nak buat kenduri besar aje.” Amin sempat mengintai dalam kereta Azman.
“Engkau macam tak tahu mak aku, kalau borong mahu dua tiga troli diangkutnya.”
Azman masih berdalih. Mereka sama-sama tergelak.
Sedang mereka rancak berbual sepasang suami isteri anak beranak melintasi mereka. Azman mengamati budak perempuan yang bersama mereka. Rasa-rasa macam pernah lihat. Tapi dimana ya?.
“Apa yang kau perhatikan tu?.. Hai berkenan ke?” Amin mengusik .
“Gila kau. Bini orang tu.”Azman menjegilkan matanya.
“Kalau kau nak, kakaknya masih solo lagi tau.” Amin cuba memancing.
“Engkau ni kalau bab macam ni memang tak habis-habis. Dari bangku sekolah sampailah sekarang. Sebenarnya bukan emaknya yang aku pandang, tapi anak permpuannya tu. Macam pernah aku lihat aje…”
Amin senyum melebar. “Najwa?”
Azman terkejut.”Kau mengenali mereka?”
Amin angguk kepala. “Apa tak kenalnya.. kalau kau nak tahu, emak budak tu adik perempuan buah hati pengarang jantung kau dulu…”
Mata Azman terbeliak besar .”Anis Syafika? “ Azman seakan tidak percaya.
Amin angguk kepala lagi.
“Jadi, Anis belum bekerluarga?” Azman senyum melebar. Rupanya tekaannya selama ini adalah salah.
“Mana kau dapat cerita palsu ni?”
Azman sengih.
“Okeylah Man, aku balik dulu. Nanti membebel pula bini aku kat rumah tu. Makan nasi minyak jangan lupa jemput kawan. “ Amin berlalu selamba.
Hish macam tau-tau aje mamat ni. Azman menghidupkan enjin kereta. Kelibat Puan Zaharah masih belum kelihatan. Sambil menanti kemunculan ibunya, Azman menekan punat radio, lagu Kau Yang Satu nyanyian kumpulan WOW berkumandang.
Ingatan terhadap Gadis yang sentiasa dipujanya kembali menjelma. Fikirannya menerawang jauh. Hai, Istana cintaku musnah akhirnya. Anis Syafika, nampak gayanya tiada jodoh antara kita.


Syafika melamun di birai katil. Fikirannya benar-benar kusut. Entah kenapa makin dah nak dekat hari pernikahannya makin kuat debaran di rasakannya. Syafika mencapai album gambar. Jarinya menyelak gambar-gambar yang telah diabadikan didalam album itu. Selakannya terhenti pada gambar seseorang. Pertemuan dua bulan lepas, ligat berputar di ingatan. Dia tersenyum sendiri. Kau semakin segak. Aku tak tahu kenapa ingatan terhadapmu semakin kuat kurasakan. Mungkinkah kau merasainya seperti apa yang aku rasa . Ah, lupakanlah!. Bukankah aku milik orang sekarang?. Syafika menutup kembali album gambar tersebut. Cincin bertahta batu permata di jari manisnya dimain-mainkannya.
“Amboi manisnya. Semoga ikatan ini kekal hingga keakhir hayat …”
Masih teringat lagi dia kata-kata bakal ibu mertuanya sewaktu menyarung cincin ke jarinya. Sebuah kucupan hangat singgah ke dahinya. Syahdu dia rasakan ketika itu. Ya ALLAH kau bantulah hambamu ini. Sesungguhnya hambamu ini terlalu kerdil disisimu. Syafika bermunajat kepada Ilahi.


Langkah Azman lemah longlai hendak memasuki perkarangan rumah tunangnya itu. Terasa lain benar perasaannya. Kalau ibunya tidak beria-ia mengajak jangan harap dia nak datang bertandang. Bersungguh benar ibunya memujuk. Siap merajuk lagi. Jenuh dia memujuk. Kadang tu naik pening kepalanya memikirkannya. Baik benar ke bakal menantunya itu. Berbagai teka-teki bermain dikepalanya.
“Assalamualaikum…” Puan Zaharah memberi salam. Azman membatukan diri. Dari dalam salam bersambut.
“Dah sampai pun … jemputlah masuk.” Seorang perempuan sebaya ibunya mempelawa mereka masuk.
Azman mengekori langkah Puan Zaharah. Jantungnya makin berdegub kencang. Ah, sudah….
Puan Zaharah meninjau-ninjau kelibat seseorang. “Syafika mana?”
Azman terlopong mendengar kalimat yang terpacul dari mulut ibunya. Syafika? biar betul. Matanya tiba-tiba terpandang frame potret wajah gadis di suatu sudut. Kalau tak silap tu macam gambar yang aku lukis! Nak melihat lebih dekat, segan pula. Sabar.. sabar..
“Ke kedai. kejap lagi baliklah tu.”
Puan Zaharah mengangguk faham .
“Hah, Man senyap aje . Dengar khabar Man nak buka klinik sendiri ya…”
Azman terperanjat dan senyum malu-malu. “Dalam perancangan mak cik.. InsyaAllah dalam seminggu dua ni akan mula operasi.” Azman menjawab ramah. Dalam kepalanya berserabut memikir.
“Baguslah macam tu Man.” Puan Norma tersenyum.
“Kak Zah, saya minta diri ke dapur sebentar.”
“Tak payah susah-susahlah Norma.” Puan Zaharah menegah.
“Apa pula yang susahnya, dah saya siapkan awal-awal lagi.” Puan Norma berlalu ke dapur.
Kesempatan ini digunakan Azman sebaik mungkin untuk bertanya kepada ibunya tentang kemusykilan yang beraja di hati.
“Mak, siapa sebenarnya tunang saya ni?. Saya kenal ke dia?.”
Puan Zaharah sekadar tersenyum. Sengaja membiarkan Azman berteka- teki. “Man lihatlah sendiri nanti. Itulah dari dulu lagi mak nak beritahu, tapi Man selalu mengelak bila mak ajak berjumpa. Haa… sekarang, dia pula yang tak menyabar.”Puan Zaharah pulang paku buah keras.
Puan Norma kembali semula menatang dulang ditangan. “Minta maaflah Kak Zah ” Air dalam teko dituang kedalam cawan. Kemudian diunjukkan kepada dua beranak itu .
“Jemputlah minum. Rasalah kuih-kuih tu.”
Puan Zaharah mencapai kuih bingka tepung. “Emm… sedap.” Puan Zaharah ikhlas memuji.
“Itu Syafika yang buat, entah apa rasanya Kak.” Puan Norma merendah diri.
“Hah Man, cuba kau rasa. Sedap, manis…kuih kegemaran kau ni.” Puan Zaharah mengunjukkan piring berisi kuih bingka tepung kepada Azman.
Hish mak aku ni, buat malu aku aje. Namun kuih tersebut diambil dan dikunyahnya perlahan. Betul apa yang dikatakan oleh ibunya. Memang sedap. Tanpa malu-malu kuih tersebut dicapainya lagi satu. Puan Zaharah tersenyum memerhati telatah anaknya itu.


Syafika memandu keretanya masuk ke halaman rumahnya. Sebuah kereta Honda hitam tersadai di halaman rumah. Macam ada tetamu aje…
Keretanya dimasukkan kedalam garaj. Barang- barang yang dibelinya tadi di pasaraya, dikeluarkan dari dalam bonet. Kelihatan ibunya menjengah keluar .
“Siapa tu mak?”.
“Bakal suami dan bakal ibu mertua kau.. “
“Apa?” Jantung Syafika berderau. Mana taknya berderau..hari ini adalah kali pertama dia melihat bakal tunangnya itu. Bukan ibunya tak tunjuk gambar padanya. Tapi, dia malas nak lihat. Selebihnya dia masih belum bersedia lagi. Keraguan masih beraja di hatinya.
“Laa… ngape mak tak beritahu Fika awal-awal..”
“Saje nak surprise anak mak…” Puan Norma mengukir senyuman. Kalau dia beritahu awal pada Syafika pasti anaknya itu mengelat tak mahu jumpa.
“Cepatlah masuk. Mereka nak berjumpa kau. Tinggalkan dulu barang tu dalam kereta. Nanti kemudian baru ambil..”.
Puan Norma berlalu. Jantung Syafika makin kuat debarannya. Alamak, matilah aku. Langkah kaki di atur lemah menuju ke muka pintu. Ucapan salam dihulur hormat. Dengan langkah sopan dia menapak kearah tetamu. Bakal ibu mertua di salami. Dia seakan dapat rasakan sepasang mata tajam memandang kearahnya. Namun, agak payah untuk dia mengangkat muka.
“Fikaa… kenalkan, inilah tunang fika.”
Agak lambat Syafika mengangkat muka. Bagai nak luruh jantungnya tat kala bertentang mata dengan Azman. Azman sudah senyum melebar.
Biar benar Saiful Azman tunangku? Hatinya berbunga keriangan. Ya Allah aku bersyukur pada Mu Tuhan.. Mak, pilihanmu memang tepat!.

Keriangan jelas terpancar di wajah Azman dan Syafika. Apa tidaknya gadis yang sentiasa bermain-main di fikirannya akhirnya berjaya dimilikinya. Begitu juga dengan Syafika, lelaki yang dulu sering kali menganggu kententeramannya, sebentar lagi akan sah menjadi suaminya. Emak pilihanmu sememang tepat. Seandainya mereka berdua tetap berkeras, bermakna hasrat yang terpendam sekian lama terus berkubur. Inilah hikmahnya mendengar kata-kata orang tua.

Siapa sangka siapa menduga Saiful Azman dan Anis Syafika dipertemukan oleh orang tua mereka dengan satu ikatan yang abadi…Thanks Mother!.



TAMAT

Ilham Cipta : Azwa Safwa.