"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, February 07, 2008

MAHLIGAI CINTA RAHSIA TERPENDAM


Kasih..
saban waktu wajahmu tak jemu bertamu..
bertuju arus tak pernah surut..
terkadang tersenyum segan aku..
terkadang juga termalu sendiri..
tatkala disapa.. oleh mereka yang memerhati..
bila bibirku, asyik mengukir senyuman tanpa sengaja..
bila lamunanku, jauh menerawang ke dunia lain…
bila fikiranku, tidak dapat fokus apa yang dibicara..
aduh, perasaan apakah ini?


Aduhai, sayangku..
saban malam seringkali lenaku terganggu..
terkadang sukar untuk terlelap mata
seakan ada suara berbisik.. menyapa..
dekat.. dan dekat..
memanggil namaku bertalu..
membuat aku digoda rindu..
terkadang benci menyelinap rasa
cuba ku hapus dari terus merasuki
membuang jauh.. jauh.. dan jauh..
tidak serikkah kau memasuki mindaku?
terkadang jua terkejut bangun dari buaian mimpi
tak ku tahu puncanya apa?
terbangkit lekas dari pembaringan..
dan.. bila saat mataku buka,
wajahmu bertamu datang…
aku senyum.. dan senyum..
arghh… sakit apakah aku?


Buah hatiku sayang..
saban hari bila aku terkenangkan mu
ku utus sekalung doa pada sang bayu..
ku kirim salam rindu di angin lalu..
Ku intai sinar rang bulan dan kerdipan bintang
di langit malam..agar kau selalu sihat dan bahagia di sana..
agar dirimu sentiasa dilindungi-Nya
walau jauh jarak mu beribu batu..
walau tak ku tahu dimana kau berada..
dengarlah.. hatiku berlagu menyebut namamu..
aku tak pernah berharap kau akan merinduiku..
meminta balasan atas apa yang aku berikan..
kerna kasihku ikhlas padamu..
mungkin agaknya kau takkan pernah tahu..
betapa mudahnya kau untuk di kagumi..
mungkin kau juga takkan pernah sedar..
betapa mudahnya kau untuk dicintai…
akulah orang yang akan sering memujamu...


Sayangku…
sukar untuk ku ucap selamat tinggal..
menghapus semua tentangmu..
oleh itu maafkan aku..
biarkan ku simpan lagu rindu ini diam duduk dalam hatiku..
terima kasih kerana sudi menyambut huluran salamku..
kan ku abadikan memori indah tentangmu
menjadi mahligai cinta rahsia terpendam..


~ tinta rasa hati : Azwa Safwa ~