"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, November 10, 2010

ULEK MAYANG Slot Lagenda TV3


Td aku blik umah awal... coz otak poning serabut wat listing banci pertubuhan.. lg pon rasa badan pon mmg x brapa nak sehat.. gigil seram sejuk jer rasa lain macam.. ingat konon nak rest landing lolap kan mata barang sepicing kasi ilang stress.. baru nak landing kat sofa, tgk my mom tgh layan citer cam best jer kat tv.. kusyuk kemain dia.. heheh... perghh cam teruja jer dgr dialog plakon2 tuh bergendang kat cuping tinga aku nih.. tertenguk lak elly mazlien pakai baju ala bangsawan dalam citer tuh.. citer apa nih eh?... konon nak melekap sama join mak tgk.. last abis daa?... tanya kat mak citer apa nih?.. dia jawap.. Ulek Mayang.. uishh x pueh hati aku carik kat youtube hampeh x der!?... wahh tensen makcik nak tenguk!.. heheh ( mesti poning lalat baca ayat aku kanz?.. kikiki)

Tak per ah... nanti sok sok ada arr dowang upload kat youtube eh?.. sabar.. sabarrr... itu kan separuh dari iman? hehehe...

So, sinopsisnya citernya yang tlah aku rembat dari satu laman web:

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda, tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri. Semakin lama, bayangan Puteri itu kian menghantui hidupnya.

Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat berasakan kehadiran Puteri dalam mimpinya. Bilik tidurnya juga dipenuhi dengan bauan wangi. Ibunya, Mariam (Mariani Ismail) risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari saling jatuh hati.

Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali), yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali, memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk ketika acara itu diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?


Makanya kena tenguk baru arr tau kanz... hehehe