"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, July 10, 2008

Ku Lepaskan Berlalu


Dulu pernah ku katakan
Aku benci pada mu
Benci yang amat sangat!
Aku jadi marah
Aku jadi bingung
Aku jadi menyampah
Semua bercampur aduk
Menambahkan kebencianku padamu..
Menanam rasa sakit hatiku pada kaum mu!
Namun ku pendam segalanya dalam lubuk hati
Tak mampu untuk bersuara
Kerna ku tak mahu menjadi anak yang derhaka!
Namun, dalam diam kau tetap menjadi kebanggaan ku..

Memang ku akui..
Aku bukanlah anak yang boleh dibangga
Yang boleh buat kamu tersenyum megah
Menceritakan kepada mereka
Tentang kejayaan demi kejayaan yang digondol
Dan ku tahu kamu kecewa..
Dan kadangkala kata-kata mu buat aku jauh hati..
Arghh.. aku jadi benci semuanya..
Namun dalam diam aku menangis
Salahkah aku kerana tidak bijak?
Tidak dapat membahagiakan hati kamu?

Perkhabaran itu yang memang nyata telah ku lihat
Yang pada mula aku telah menghidu..
Sakitnya hanya tuhan yang tahu
Sampai hati kamu buat kami semua
Semakin membuat aku jadi manusia yang pemberontak!
Hubungan kita makin jauh..
Aku jadi semakin benci padamu
Dan ku tahu kau dapat menghidu..
Walau ku pendam diam
Namun ku tetap jua menghormati mu
Kerana darah yang mengalir ini
Tetap ada darah kamu
Ya Allah, maafkan aku punya rasa begini tika itu..

Waktu itu.. kiranya nyawa ini di tarik aku rela
Hampir ada rasa mahu terjun gaung
Atau dilanggar biar mati saja
Betapa tipisnya iman aku dulu
Aku jadi dungu
Aku jadi hilang arah
Dek dah kerana dah tak mampu menahan
Rasa sakit misteri yang ku alami
Sering buat aku igau tidak tenteram
Angkara siapakah sebenarnya ini??
Arghh.. aku jadi benci semuanya!!
Moga didorong keinsafan buat mereka..

Kini.. ku lepaskan berlalu
Alhamdulillah..
Rasa sakit ini makin lama kian hilang
Kita telah mula sama duduk berbincang
Lebih mudah untuk berunding
Dari hati ke hati
Lebih rasa juga dihargai..
Kamu telah selalu ada untuk kami semua
Hikmah dari ombak tsunami itu..
Tentang dia??
Aku tak mahu memikir tentang itu!
Bagiku dari mula hingga kini dia memang tiada!
Biarlah dikatakan aku zalim!
Pohonku.. maafkan aku
Kerana tak bisa menerima dia
Sebahagian dari kami
Kerna luka yang diberikan terlalu dalam..

Ayahanda.. ku lepaskan semuanya berlalu demi melihat kau dan Bunda bahagia..