"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, July 10, 2008

Selagi Ada Dia..


Walaupun jasad terpisah 'JAUH', namun cinta 'ADAM dan HAWA' tidak pernah luntur. Begitulah juga kasihku terhadapmu. 'BUATMU KEKASIH' akan kutitipkan seluruh rasa cinta yang membara ini agar kau mengerti akan 'GELORA JIWA' ku. Semoga pada suatu hari nanti kau akan membalasnya dengan ' SEHANGAT ASMARA 'mu . Namun, 'SELAGI ADA DIA' dihatimu, kasih di antara kita tidak mungkin akan bersatu. Justeru itu, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun lamanya agar 'JENDELA HATI' mu akan terbuka sepenuhnya buatku kerana aku benar-benar yakin bahawa 'KAU UNTUKKU'.


Hehe.. akhirnya hari ini tamat gak aku baca novel Aisya Sofea yang ke-8.. SELAGI ADA DIA. Walau dalam keadaan susah payah dan terseksa menahan sakit.. demi nak tau kisah yang terkandung dalam SAD aku layan selamba je sakit yang aku tanggung! .. (tak yah la ditanya aku sakit apa?.. nak wat camna dah degil dan nakal sangatt.. tu la nak main, macam orang yang pro jer!.. hehe) hebat tak aku?.. ye la tu azwa.. tang tuh kau memang hebat! tapi bila ngadap kitab agama.. kejap jer sudah! pastu jenuh nak ulang baca semula.. (ayat nih kembar dalam diri aku yang cakap! haha)

Dalam citer nih hero dia umo 40an.. ahaks! jenuh gak aku nak bayangkan camna rupa hero tuh dalam rupa 40an?.. kacak, berharta dan romantik gila! hehe.. ceh, aku nih memang kuat berangan! nak buat camna kan dah memang hobi aku tu! layan je laa.. tang heroin plak cam ada gak rupa ala-ala watak aku.. sensitip dan suka sendu! ekeke (biasa la berangan lagi..) .. tu la masuk umor 30 nih tah apa ke hal nyer duk layan sendu jer.. mencik betul! tak suka!.. tak suka!.. hey happy arr sket minah! (cam ada sore jerit kat aku jer!) kikiki.. OUT!