"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Monday, January 12, 2009

rasa itu.. turut dirasa..


Sahabat,
salam sejahtera buat awak...
Telah lama saya menunggu awak menulis namun berkali juga saya seperti dikecewakan namun saya bukan manusia yang cepat berputus asa kerana pada saya.. untuk mendapatkan sesuatu kita mesti mencari, berusaha mendapatkannya.. Semuanya dengan izin Allah. Apa yang kita mahukan kita mesti usaha.. bahagia tidakkan datang sendiri andai kita hanya berdiam diri, orang lain takkan tahu yang kita menyayanginya andainya kita membisu.....Saya cube menghubungi awak, biarpun deringan itu kedengaran tapi taak dijawab.. jangan begitu awak! Awak tak boleh kejam begitu... nanti hati sendiri yang sakit...! Awak kena kuat seperti selalu.. dan awak kena ingat awak kena mengubahnya!!! awak....

'Puisi yang indah bukan bergantung pada pena nya tapi penulisnya... kejayaan bukan bergantung pada trek/jalannya tapi pelarinya...'

Awak, sekali lagi saya rasa terharu dengan apa yang awak luahkan 'umah gelap' awak tu... Kekadang saya terfikir apakah yang awak tulis itu untuk saya? Maafkan saya kalau berperasaan dan ber'perasan' begitu.. sebab ianya hampir dengan rasa saya saat ini dan yang sedang menimpa saya sekarang. Kekadang tertanya diri.. 'akukah itu? Hmmm.. maafkan saya lagi... kalau itu bukan untuk saya tapi biarkan saya ber'perasan'... sebab apa yang saya rasa dan lalui hanya saya yang tahu... mungkin kebetulan andainya bukan...!

Awak, kenapa suara hati awak kali ini terlalu menyedihkan, kenapa terlalu menduka, kenapa awak biarkan terus diri awak jatuh longlai sebegitu... awak? Mana perginya keyakinan diri awak? Awak sedarkan pemikiran yang negatif sebegitu boleh menambahkan kesakitan awak?Sedarkah awak 75% daripada penyakit itu adalah tercetus dari diri sendiri? Jangan jadi manusia yang berputus asa awak...adakah awak ingat saya pernah menulis tentang 'Yang hidup mahu mati, yang mati mahu hidup..'?

Semua ini dugaan Allah!!! Allah menguji kerana Dia menyayangi kita.. Hidup ini umpama cuaca, hari ini di beri Nya kita terik mentari, Esok mendung yang tiba pula..kalau tidak takde la peribahasa dulu2.. 'Kusangka panas sampai ke petang rupenya hujan di tengahari..' Redahlah dengan apa yang tiba.. Semuanya dengan izin Allah.tapi kenapa kita masih mengeluh...? Carilah kekuatan awak,jangan terus layu bagai sayur dicelur lagi.. Jangan biar sesiapapun melukakan hati awak, jangan biar sesiapapun membuat awak menangis kesedihan..

Awak, saya faham sakitnya hati di tinggal pergi dengan janji manis bermadu.. bukan ini kali pertama kita dilukai, dikecewa... biarkan mereka dengan kepuraan mereka, dengan tidak keikhlasan mereka. Saya percaya dan yakin bahawa orang yang tidak ikhlas memberi hatinya itu sendirikan merasai apa yang kita rasai.. hari ini mungkin dia bahagia,sedang bahagia.. tapi percayalah pada hukum karma.. 'hari ini kamu diatas,esok lusa kamu dibawah..'bagaikan roda yg terus berputaran untuk hidup. Bukan saya mendoakan manusia yang mengecewakan orang itu menerima balasannya tapi itulah hakikat kehidupan... tiada manusia yang hidup nya tak diduga...sedang kan kita melangkah keluar dari rumahpun belum tentu tahu bila tetiba tayar kereta pancit, tetiba enjin mati... atau tahu yang kita akan di marahi boss atau kekawan.. Namun kita mesti bersedia.. Awak mungkin kata mudahnya saya berkata....Tidak awak.. ianya tak mudah,bagaimana yang awak lalui sekarang itu yang sedang saya lalui.. cuma saya tidak mahu membiarkan terus dihanyut emosi yang meracun saya..sakit awak sakit!!!! Kalau dah sakit kenapa biar terus sakit?? Cari penawarnya.. cari ubatnya awak!! Semua ada di fikiran awak..

'Seperti apa yang manusia fikir..itulah dirinya..'Awak percaya pada Allah kan? Adakah Allah itu sifat nya kejam? Dia menduga kerana kasihnya.. Yakinlah pada diri awak sendiri. Jangan bodohkan diri awak sebegitu..Jangan kejam pada diri sendiri..kasihanilah hati yang mahukan kedamaian, ketenangan dan bahagiamu.. kasihani pada bibir awak yang merah yang dibiarkan masam mencebik tanpa ada senyummm...! Senyumlah awak pada dunia ini..Bangunlah awak..!

Semalam membuatkan saya tersedar tentang kehidupan ini.Bila saya yang sedang melayan dukadan sendu ini tetiba saya menerima sms dari kakak saya.Smsnya seperti orang yang sudah terlalu putus asa melawan kansernya sedangkan sebelum ini dia tidak begini...

"Assalamualaikum, shatkah? Hati ini terlalu sayu.. semlm sy menangis teringat arwah kak aini yang baru lagi tinggalkan kita,sy menangis..mungkin sy akan menjejaki dia tapi sy perlu kuat utk anak2 dan suami saya.."

Saya rasa sgt tersentuh dan tersentak juga dengan 'kata2 down' nya itu...saya pula faham dia perlukan sokongan dan saya adiknya perlu membantunya membangun semangat dirinya biarpun saya juga spt sayur kena celur huhu.. lantas saya membalas sms kakak saya itu....

"Ingat Tuhan banyak2, usahkan orang seperti awak je rasa camtu.. orang putus cintapun ada rasa nak mati..."

Sms aku tak dibalas tapi aku tau dia berfikir bukan dia je ada rasa camtu.. orang kecewa semua rasa nak mati..huhu..cam yg awak rasalah..! Sok pagi2 lg saya pecut ke KL bawa emak bawa abang sekeluarga, menghadirkan diri untuk memberi sokongan pada kakak saya itu.. dan hari ini pulang semula ke negeri asal saya dan esok saya akan ke KL semula atas urusan kerja lagi tapi saya takkan mengeluh kepenatan..takkan sesekali.. kerana itu cara saya cuba memberi bahagia nya dan keluarga saya.. saya ikhlas memberi ianya tak perlu dibalas.. biar Allah sahaja yang mengetahuinya pengorbanan diri ini yg hampir layu tapi terpaksa segarkan diri untuk org lain, org yang kita sayang.. dari mana datang kekuatan itu semua.. kalau bukan diri kita sendiriperlu mengubahnya..

Awak panjang saya tulis untuk awak. Apapun saya sentiasa ingati awak..saya takkan biarkan sahabat saya jatuh sebegini..bangunlah awak!!Awak,

'Jadikan diri awak esok yang lebih baik dari hari ini...
Kita yang menciptakan luka di hati kita..dan kita juga lah yang perlu keluar dari situ..'

Saya sayang awak dan awak perlu sayang diri awak juga!

"AWAK"




‘Biarlah hari ini kita dikecewakan namun bukan bermakna jiwa kita jua mesti mati..'





1st sori kita edit awak punya warkah.. cam selalu.. suka ati arr kita nak edit kasi cantik.. masih mengekalkan struktur ayat, cuma kita pisahkan perenggannya dan jarak ayatnya.. hehe.. peace!.. and sori lg warkah awk kita tampal kat c ni.. kata bg kat kita kan? kan? so, suka ati rasa kita arr nak curik ke rembat ker? jd hak milik ker? hehe.. and sori, sori, sori, 1000x atas segala kekilafan yg sengaja atau tidak disengajakan.. iya.. kita tau kita salah! mmg nyamfah jadi bdk mawarcinta al gedikz nih kan? apa pon thankz atas warkah awak itu..

Awak.. saya terbuat awak kecewa ker? jgn arr rasa kecewa dgn saya eh?.. kita kawan kan? sahabat kan?.. kan ker saya dah letak entry sebelum ini.. saya akan pergi.. tapi pasti akan kembali.. pergi sebenarnya untuk mencari “ubat penawar”.. skill “mengayat” saya.. pasti kembali semula bila telah pulih dari paras bahaya.. dan pastinya pantas kembali mengayat dalam “umah gelap” ini.. klaka la awk nih.. ader ke kata blog saya nih umah gelap? cubit kang.. Awk takut eh?.. nasib arr kita tak bubuh momok.. mau ca alif but kowang yg dtg skodeng sini.. hehe.. awak hairan saya boleh berjenaka begini?.. ya itulah saya.. yang kadang orang sukar nak jangka.. semalam saya jatuh dengan teruk.. hari ini saya boleh bergurau senda dan duduk semeja bertepuk tampar dengan semua .. sukar atau tidak mjd seperti saya??.. jawab dalam hati jer la yer.. : ukir senyum :

Yup, saya mmg down teruk sgt.. (tambah lg dgn demam dan suara x de nih.. ) sebelum masuk tahun baru lagi.. entah?.. bodoh, mengung, nyampah, sengal, blur.. blur.. nyaris x mati katak jer.. banyak sgt masalah yang saya hadapi kalah orang yang dah berumahtangga?.. ditambah lagi dengan kesan kegawatan ekonomi yg sekarang makin teruk melanda.. (nasib dalam semua urusan perniagaan, tiada menggunakan nilai mata wang US?.. nasib lg x main saham??.. klau tidak "rumah" saya mungkin da berbatu "nesan" skrg ::senyum::.. ) my family turut sama kena kesan tempias dari kegawatan itu.. tp bukan itu pokok persoalannya.. bukankah bumi Allah ini luas.. dan rezeki itu ada dimana-mana.. lgpon dulu saya da pernah merasa hidup susah.. so, be cool.. be strong.. don’t forget Allah.. abah saya sentiasa berpesan.. kesenangan kita hari ini hanya pinjaman.. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik bila DIA berkehendaki jika kita tidak tahu bersyukur atau DIA hadirkan kita dengan ujian.. yup, seperti awak.. saya juga ada abah untuk dibangga.. walau dulu hati ini pernah terluka dengan dia.. mahu saya ceritakan? rasakan tak perlu.. tak mahu mengungkit kisah lepas yang telah menjadi sejarah hitam dalam hidup saya.. kini saya bahagia tetap punya abah seperti dia.. tp sekiranya awak tetap juga mahu ambil tahu.. nah, baca saja story KORBAN KASIH ala sengal saya.. ada saya selitkan disitu.. carilah yer..

Awak, sori.. mmg x mampu nak angkat your calling.. becoz i’m crying time tuh.. malu arr nnt awak tau kita nangis.. iee wawa nangiss.. x maluu.. hehe.. lg arr suara kita serak2 basah.. bukan saya bersikap kejam arr.. pastuh nak call blik, sy x tau nak cakap apa daa.. well u know me.. yang sentiasa sengal nyamfah gitew.. huhu.. psstt, hairan kita nih.. pasal arr bila kita tgh serabut gila jer awk call kita??.. awak pon nak jadik ahli nujum negara juga ekk??. bukan awak jer beranggapan begitu.. ramai teman saya berkata begitu.. saya susah nak angkat calling arr?.. bz cam datin seri?? ..cam cam arr.. lg arr dorang siap kutuk hp cap ayam saya.. huhu.. siap suh buang dalam lombong buaya? huhu.. jahat! nyamfah! hehe.. tp, walau dorang tuh mulut ala jahat gitew.. tp kita tau hati dorang baik.. dorang gak arr selalu bagi kita kuat semangat bila tgk saya kembali lembik menjadi bagai sayur yang dicelur.. yup, i'm line bisnes mesti kuat selalu coz selalu berdepan ramai orang.. bagaimana mahu beri keyakinan pada orang kalau diri sendiri down teruk? InsyaAllah.. saya cuba bertahan selagi mampu.. thankz 4 your support!

Awak, sebenarnya apa yang saya tulis memang tiada niat mahu menyinggung rasa atau mencuit hati sesiapa.. ia lahir dalam jiwa saya, terkesan pada hati saya.. kalau nak diikutkan banyak yang hendak saya lakarkan dalam "umah gelap" ini.. tapi, sering kali nawaitu saya terbantut.. demi menjaga hati banyak pihak.. (takut nnt ramai yg rasa tertembak! huhu) maaf sekiranya apa yang pernah saya lakarkan ada terbuat awak berperasaan jauhh.. biar kita berperasaan, jangan kita langsung x punya sifat berperasaan.. belas kasihan? fahamkah??.. pernah juga saya ditanya oleh seseorang.. puisi itu untuk sayakah?.. pena itu untuk sayakah? bila dia tanpa sengaja telah memasuki blog ini.. katanya.. kata-kata saya, kena tepat kat hidung dia.. walhal semua itu datang keluar dari jiwa saya.. apa yang saya rasa saat itu.. mungkin dia yang membaca tersentuh jiwanya.. apa pon jawapan itu ada pada diri awak dan mereka2 yang membaca.. yang terasa, yang merasa.. adalah awak.. so, mari kita bermain ombak de’ pantai.. larikkk.. :ukir senyum:

Yup, tentang arwah kakak awak yang pergi ke ramahtullah.. maaf, saya tiada disisi awak disaat awak sangat perlukan bahu seseorang untuk menangis.. tika itu saya juga dirundung masalah family.. sulit!!.. andai boleh dibelah tubuh ini, pastinya separuhnya ia akan berlari tika itu kepada awak.. tapi saya tak mampu.. saya hanya mampu berdoa dari jauh berharap awak tetap tabah dan kuat seperti selalu.. walau saya tau awak pon down teruk tika itu.. maafkan saya sekali lagi.. semoga roh beliau dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

Awak, tahun 2008 adalah tahun duka buat saya.. arghh, perlukah di persalahkan dengan takdir Ilahi?.. tidak sama sekali.. saya tetap menerima kententuan qadak dan qadar Allah itu dengan berlapang dada.. biasa la kadang kita manusia ni.. mudah hilang arah tuju bila dah x tahu apa yang harus diperbuat? bila dah give-up!?.. seperti yang saya katakan.. penawar itu ada dalam diri kita.. kita yang kena usaha untuk merawatnya.. dan saya sentiasa berpegang pada itu.. seperti juga yang awak katakan ini.. 'Jadikan diri awak esok yang lebih baik dari hari ini... Kita yang menciptakan luka di hati kita.. dan kita juga lah yang perlu keluar dari situ..' dan ini juga.. 'Saya sayang awak dan awak perlu sayang diri awak juga!' thankz atas kata-kata ini.. terharu nih..

Awak, berikan saya ruang masa untuk saya kembali semula memeriahkan persada maya ini.. bila segalanya telah pulih, pasti kembali penuh dengan keceriaan dan gurauan ala nyamfah saya itu.. nanti kala tiba ayat mengayat saya pantas datang.. saya tampalkan kat sini ya.. jangan muntah hijau pula membacanya yer??.. : lebar senyuman :

p.s : buat masa nih masih belum boleh lg terima calling org by personal.. coz pasti buat kita cry.. just sms ok?.. insyaAllah kita cuba balas.. TQ 4 CARING..




seperti biasa mata kita kembali pedih dan otak memberat.. out!