"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, January 23, 2009

SUKA or CINTA??



Agak-agak konfius x dgn 2 perkataan ini? entah.. bagi aku cinta dan suka adalah dua hal yang berbeza..

Suka, sesiapa kita boleh suka.. dan kita boleh terima dia sebab kita suka. sesiapa pon kita boleh memilih untuk berdamping..

Cinta, hanya sorang saja yg duduk diam bermaharajalela dalam hati, mata, minda dan jasad kita walau ramai org yg kita jumpa, kita suka.. kita juga tetap boleh terima dia sebagaimana kita suka pada orang yang kita jumpa.

So, apa pula bezanya??..

Suka, adunan rasa tarikan untuk mendekati dan menyentuh untuk mengetahui.. tarikan suka ini hanya datang sekejap waktu.. bila saat suka itu telah hilang maka jatuh pada tidak suka!.dan ia hanya terbiar begitu saja... no action!

Cinta pula adunan rasa sayang, kasih, puja, tanggungjawab, penghormatan, kemungkinan berahi asmara dan segala aspek rohani dan jasmani.. saat cinta itu hancur, maka lebur segala semua adunan rasa tadi meninggalkan kesan parah yang membunuh.. namun, ada juga masih bertahan kerana kesan cinta itu telah sebati dalam diri.. itulah sebenar cinta!

Hmm.. bagi aku, tiada cinta yang lebih agung dari mencintai DIA Yang Maha Mencipta segala makhluk dibumi.. bukanlah nak kata aku ini warak benor.. bicara ala ustazah kelas tinggi or ustazah sekolah pondok.. hafaz segala surah dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.. aku tetap lemah dan perlu belajar dan belajar.. aku juga tetap lalai dan leka dengan hasutan keseronokan dan kelazatan duniawi.. aku masih jahil.. benar, aku tetap tidak bijak dan bukanlah sempurna seperti yang dicanang.. aku biasa.. tetap orang biasa.. masih bodoh dengan selok belok ilmu agama lagikan pula dalam bidang akademik kelas tinggi.. masih perlu diberikan pendidikan dari kelas bawah.. ibarat mengeja alif, ba, ta dan huruf jawi yang seterusnya.. begitu kenal A, B, C dan huruf abjad berikutnya..

Sering aku mendengar ungkapan aku cinta!.. wah mudah ya cinta itu dilafazkan? Agaknya tahukah mereka maksud cinta itu??.. jumpa jer yang rasa berkenan tanpa selidik luar dalam.. jatuh cinta!.. mungkin tidur sekatil!!?.. adakah benar itu cinta? bukan nafsu??.. pada aku tidak.. itu masih dalam igauan suka namanya.. tak caya?.. meh aku kerat jari kelingking tuh.. sanggup tak?.. mesti x sanggupkan.. pasti cacat bukan?.. cakap tempias air liur basi boleh la.. so, sebab itu aku tekankan.. cinta itu hanya boleh terlafaz dan dilaksanakan setelah ijab dan kabul pada yang beragama islam.. sebelum itu kita masih lagi dikelilingi dengan rasa suka dan sayang yang membara.. kiranya ada rasa nak buat gitu-gitu dalam ikatan yang masih belum tahu statusnya.. itu nafsu! mungkin gila bayang?.. yg penting bijak dan pandai mengawalnya..

Yup, bagi aku rasa cinta itu terlalu unik dan mistik.. juga terlalu agung terletak atas singgahsana teratas.. sukar untuk aku ungkai sebenarnya.. macam2 rasa ada.. kira macam saluran astro tuh.. mcm2 ada.. dan iklan astro megamovie.. nak lagi.. nak lagiii.. apa ke halnyer tetiba aku merapik tentang cinta dan suka ni ya?.. tiba jadi serius bangat??... jadi penafsir tentang isu cinta dan suka? ketawa sendiri.. itulah dah terlampau banyak membaca, melihat dan mendengar.. maka otak aku jadi serabut memikir.. dan memikir.. kalah ahli falsafah dan professor politik dunia.. silap silap rambut aku nanti habis gugur semuanya akibat terlampau banyak memikir daa… mau lari andai nanti bakal suamiku melihat di malam pertama.. ketawa mengekek.. otak aku sudah masuk tayangan biru pula.. oleh itu, aku sudahkan dengan… OUT!