"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, January 08, 2009

kamu rasa.. aku tetap merasa..




Hai Awak....
Walaikumsalam
Hopefully awak sihat seadanya. Walaupun setiap hari harus.. dan seharusnya terus dicas-cas oleh aura positif untuk dibangunkan dan membangunkan jiwa. Sebagai peminat setia Pena dan puisi saya (peminat ker awak tu uhuhuhu?) saya tahu... pena saya dan puisi banyak membantu membangunkan jiwa awak untuk hari-hari mendatang. Seterusnya menjadikan awak pecinta terhebat, seperti saya. Ermmm... hebatkah saya bercinta?

Jika benar saya hebat...
Saya tak akan mengambil tindakan ini untuk berundur seketika.
Buat masa ini, saya benar-benar tiada hati untuk berada di MP. Sedangkan MP itu cinta saya... nyawa saya... jiwa saya. Semuanya berada disana dalam satu pakej lengkap. Dan kerana ianya pakej lengkaplah, hati saya mudah benar terluka dan letih juga terasa. Saya bukan lagi serikandi yang kuat bertahan apabila cas-cas negatif mula masuk ke dalam jiwa saya. Bagaimana bisa saya bertahan jika setiap hari saya disogokkan kisah sedih dan lara manusia? Saya tak dapat statik lagi apabila semuanya menjadi pesimis. Orang yang saya perlukan sebagai optimis hanya selalu membaca... membaca... dan membisu.

Awak terasa?

Jangan bimbang...
Bukan awak seorang saja berbuat begitu. Masih ramai lagi yang datang ke teratak saya hanya untuk membaca. Sebab itu, terkadang saya menutup PENA agar tiada siapa yang komen, biar mereka datang sebagai pembaca saja. Jiwa saya terlalu padat dengan perasaan. Bolehkah apa yang saya rasa ini dirasai oleh awak? Ahhh... mungkin awak dah pun merasakannya. Dan awak telah lali menjadi seperti itu. Mungkin kerana lali diperlakukan sebagai apa saja. Mungkin saya bukan seperti awak yang terima saja bila hati disakiti. Ah... Saya bukan manusia itu. Saya tak dapat membiarkan hati saya disakiti. Saya tak bisa berpura yang saya mudah tersenyum melihat orang lain sinis perlakukan saya seperti boneka. Saya ada hati dan perasaan. Saya... saya... saya.... nazak dengan karenah manusia.

Kenapa saya?
Kenapa saya yang harus terima semua perwatakan manusia yang tidak baik? Kenapa mesti melayan saya seolah saya ini halusinasi yang tak punya hati? Kenapa saya yang mesti faham orang lain sedangkan orang lain tidak bisa memahami saya? Kenapa saat saya bersiap untuk pergi, saat itu ada yang mengetuk pintu hati saya lalu menahan agar jangan pergi? Lantas membuahkan seribu harapan kerana takut berada dalam kesepian tanpa saya. Nah... pernahkah terfikir saya juga selalu dibiarkan sepi? Yang akhirnya saya sedar... diri saya telah membina tembok-tembok yang tak mampu membuatkan orang lain hadir disisi saya. Tak mampu dekati saya.

Ah, bagaimana rasanya saat kita boleh mendengar suara-suara sumbang sedang bercerita tentang kita dibelakang? Bagaimana rasanya apabila kita mengetahui sedang ramai mengkhianati kita? Memiliki satu dua dan tiga akaun yang sama di web ini?
Itukah jujur? Itukah telus? Itukah hati... itukah jiwa.... itukah nafas... itukah mereka? Boleh awak fahami rasa saya ini? Bagaimana luluhnya hati saya apabila kita tiada sesiapa sebenarnya disisi?

Kondisi saya saat ini....
Dalam paras demam tapi bersuhu sejuk. Aneh tidak? Saya demam menggigil kesejukan, kulit putih ini pucat tak berdarah. Andai ditoreh sebahagian anggotanya, saya tidak tahu dimana darah-darahnya bersembunyi. Sepanjang masa ini saya menggunakan sweather dan berselipar dirumah. Saya tidak bisa memijak lantai tanpa alas kaki. Bisa kesakitannya sedang menyucuk-nyucuk saya... Ermmm saya masih seperti dulu, alami muntah-muntah itu perkara biasa. Rambut saya sudah banyak gugur nampaknya. Kepala ini masih sakit dan saya tidak banyak bercakap dengan sesiapa melainkan paras kemarahan saya juga akan turut serta-merta meladak sama. Saya kira saat ini juga ada cas-cas kemarahan telah terdengar disini. Maaf... saya tidak berniat untuk sakiti kamu. Saya cuma bercerita tentang apa yang saya rasa. Maafkan saya andai terlanjur kata buat awak terluka sama. Maafkan saya...

Awak...
Saya benar-benar sakit saat ini.
Entah mengapa, saya tiada hati untuk berusaha membangunkan jiwa dan semangat saya. Awak telah membaca Pena sebelumnya, saya benarkan sesiapa remove saya sebagai contact.saya benarkan sesiapa menyepi dari saya sampai kiamat. Begitu juga saya membenarkan diri ini tanpa mahu pulih. Inilah kesempatan terbaik untuk pergi jauh dari saya. Ini juga kesempatan terbaik untuk tinggalkan laman saya. Percayalah, saya tak akan jejaki lagi sesiapa yang pergi. Saya tak akan tahan dan bertanya lagi "kenapa" atas setiap soalan yang pernah saya minta.

Oh Tuhan...
Aku benar-benar benci menjadi orang yang putus asa. Benar-benar benci menjadi manusia yang kalah.. Benar-benar benci dengan semua ini.

Biarkanlah saya kalah sendiri.
Saya letih sebab awak tak fahami apa yang pernah saya minta dulu. Bolehkah awak hitung masa saya? Bolehkah awak ukur dan catur nafas yang saya ada? Kenapa awak tak pernah sedar waktu dan nafs saya selalu suntuk. Saya mahu awak ujud dipena dan puisi saya. Saya tak mahu awak menjadi bayang-bayang disitu lagi. Saya juga perlukan penawar dari setiap mentera manusia. Saya perlukan cas-cas positif yang optimis. Saya perlukan kekuatan dari orang-orang yang pernah kalah. Yang pernah terluka.... yang pernah sengsara... yang pernah mati jiwanya, lantas bangun berjuang supaya saya juga dapat berjuang untuk terus hidup. Saya perlukan semua tangan untuk pegang saya. Awak tak faham apa yang saya rasa... tak akan faham apa yang saya rasa.

Adakah... bila awak membaca ini, awak akan mula faham apa yang saya rasa? Awak tak akan faham.. tak akan faham apa yang saya rasa ini. Sebab.... awak juga sedang memikirkan perkara yang sama adakah saya juga memahami awak. Kita terlalu asing... menjadi manusia yang sendiri.... sendiri. Kesilapan awak cuma satu....
Membiarkan Pena dan puisi itu hambar begitu tanpa ada catatan kenangan. Apa yang boleh awak jaminkan sesudah ini... sekadar tanda maaf? Atau "insyallah" untuk sebuah harapan? Lalu apa?

Sahabatku,
Yang dikasihi dan terkasihi...
Adakah awak merindui saya? Ermm... saya pernah merasai saat kerinduan itu. Dan kini saya telah lali menentang arus rindu yang menjadi ombak besar dalam hati ini.

Tidak ada yang menjadi tandingan apabila kau mampu bertahan bersama aku disini. Tidak ada menjadi kehebatan melainkan kamu mampu mengungkapkan sebilah kata walaupun hanya "Hai" untuk aku tersenyum.Tidak ada kelemahan apabila kamu mampu memeluk bahuku meredakan kesakitan ini, lalu mengajarkan aku kata mutiara sebagai mentera agar aku bersuara semula menawan kegagahan.

Saya benarkan awak menghilangkan diri dengan pelbagai alasan. Saya tak pernah tanya awak kemana, dan bukan bermakna saya tidak pernah endahkan awak. Tak pernah bimbangkan awak. Tak pernah terfikir bagaimana kondisi awak tapi saya sedar saya tidak layak untuk bertanya dan bersuara, akhirnya saya juga beku hati untuk memahami. Biarlah awak sendiri... antara kita, saya bukan sesiapa. Walaupun disisi awak, saya adalah seseorang... sayalah yang tak pernah ada dua, tiga dan sejuta. Hanya saya yang awak kenali itu.

Jujur...
Saya tidak mahu awak menangisi warkah ini, walaupun saat saya menulis jurai-jurai air mata sangat lebat dihati. Saya tak mahu awak selaminya hingga relung jiwamu membanjiri semua kegembiraan yang dimiliki. Ya, saya mahu awak gembira. Saya tak mahu awak menyesali apa yang telah terjadi. Yang lepas biarlah lepas.. saya tak mahu ingati apa yang telah berlalu.

Saya mahu awak terus berjuang membangunkan jiwamu agar bisa menggapai bintang, meraih bulan... menyentuh mentari. Saya mahu semua harapan berkumpul dalam takdirmu agar menjadi hakikat yang tak dapat dipisahkan. Saya mahu.... awak menjadi pemenang walaupun saat hari saya cedera parah dan kalah. Walaupun saat itu, saya harus mati dan pergi dari bumi ini. Paling tidak, saya puas... saya bangga... awak sebahagiaan dari manusia yang menikmati bahagia. Awak berjaya harungi dugaan dengan kehebatan awak sendiri.

Jangan bimbangkan saya....
Benar, kondisi saya nampak kronik. Biarkanlah... benarkan saya kalah lagi untuk kesekian kalinya. Memang saya benarkan semua cas-casa kekalahan dan kelemahan meresap disisi saya. Saya benarkan mereka membunuh saya. Saya benarkan mereka membalas apa yang mereka mahu. Saya tidak mahu berjuang apa-apa saat ini. Mahu terus jadi orang kalah dan mengalah... mahu biarkan jiwa ini letih sendiri tanpa ada yang membangunkan. Biarkan.. mereka ketawakan saya. Biarkan mereka mengetuk-ngetuk calung kemenangan. saya benarkan...

Tapi percayalah...
Saya akan pulang semula setelah luka dihati ini pulih kembali. Setelah saya berkuat untuk membangunkan semula diri dari kesakitan itu. Saya percaya saya bisa menepis semua angkara manusia yang sengaja sakiti jiwa ini. Saya mahu menjadi "aku" semula. Mahu berbicara... pada mereka yang masih menerima keujudan ini. Saya bukan halusinasi, bukan entiti, bukan manusia yang tak ujud disini. Yang bisa diperkatakan dengan nista.

Saya adalah JIWA, HATI, NALURI dan CINTA. Saya adalah cahaya.... adalah harapan.... adalah semangat... adalah ruh... adalah kekasih yang dikasihi. Saya adalah AKUSTATIK! yang berdiri disini dengan sendiri.

Bisakah awak tersenyum? Ermmm.. ayat-ayat saya bisa membuatkan orang tersenyum saat membacanya. Ya, sesekali apabila serikandi bersuara lantang penuh semangat, awak bisa merasakan semangat yang membara dihatinya. Namun hakikatnya jiwanya sedang tenat dan lemah sama sekali. Jiwanya sedang mati dengan faktor kesihatan yang hampir pupus daya juangnya. Saya akan mati... Huh! Semua orang akan mati. Sesungguhnya mati itu menakutkan bagi saya. Walau dalam pada itu ianya suasana indah untuk ketemu yang TERCINTA. Saya terfikir apakah cukup melafazkan rasa cinta padaNya? Ermmm.... saya benar-benar putus asa kini.

Buat masa ini, benarkan saya pergi jauh dari sini.
Membaca semua kesakitan saya... bersama CINTANYA.
Kemudian mencari rentak yang tangkas beraksi semula
Agar mampu tersenyum semula... dan berbahagia

Sahabatku yang terkasihi...
Jaga dirimu sebaiknya.
Bertahanlah dengan kekuatan.
Percayalah sahabatku... DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENGASIH aku menyayangi kamu. Kaulah sahabat dunia akhirat yang sentiasa membangunkan jiwaku kala lemah dan kalah.Cuma buat masa ini dan saat kini, aku lebih senang membiarkan jiwaku kalah sendiri. Jadi, restukan saja semua ini terjadi.

Insyallah, aku akan kembali pulang ke sisi pada yang dikasihi... yang menanti cinta dihati. Tapi... Jika aku tak kembali, Maafkan segalanya! Kerana aku tak berdaya.. membutuhkan bahagia itu buat kita.

wasalam
*kamu*


Awak.. hari ini dua perkara buat saya sedih.. menangis dan menangis.. tentang awak dan dia.. hingga sekarang saya susah hati.. nasib siang tadi saya duduk dalam office.. kalau dirumah pasti ramai bertanya.. dan mungkin mengatakan saya ini tidak siuman agaknya?.. ialah tiada angin ribut taufan taunya dah banjir.. ah, saya seperti selalu memang senang meletak kata-kata yang ceria dan penuh semangat.. tapi hakikatnya sebenarnya jiwa saya turut layu bagai sayur dicelur.. saya tetap merasai derita kesakitan kalian!!.. awak, saya yg awak kenal ini berhati lembik! konon jer berlagak kuat dan bersemangat!.. kerana itu saya dekati awak.. dekati dia (walau sebenarnya terselit segan, tetap berlagak selamba..).. kerana saya mahu menumpang kekuatan dari awak berdua.. dan seperti yg telah saya katakan.. saya tak kisah.. tapi, awak jangan salah faham.. dalam tak kisah saya.. saya tetap mahu mengambil berat tentang awak! dan dia.. hari-hari selepas solat, saya doakan kesejahteraan semua.. why saya asyik mengatakan awak dan dia? tidak fokus untuk awak sahaja??.. of course lah kalian berdua dalam 2 tahun ini berjaya kembali membangunkan jiwa saya secara langsung mahupun tidak langsung yang hampir telah mati ini.. walau ramai teman yang lain hadir silih berganti namun kekuatan sayang saya pada kalian berdua tetap utuh hingga kini.. NOKHTAH!! ( to dia.. adakah kata-kata saya yang panjang berjela dalam email buat awak mengung kini??.. otak awak tak fokus??.. awak runsing??.. apa yang awak alami sebebarnya ya???.. apa pon kemaafan jua saya mohon..)

Awak.. ya, saya tahu awak marahkan saya! benar bukan?.. kalaulah awak berada dikondisi saya.. pasti awak lebih mengerti bagaimana apa yang saya rasa.. yang saat ini saya alami?.. bagaimana saya mahu mula bercerita ya?.. seperti biasa saya bukanlah pengarang cerita yang baik.. selalu saja ayat-ayatnya berterabur untuk menyampaikan sesuatu maksud atau apa yang tersirat.. terlalu penuh dengan lawak jenaka dalam berbicara??.. saya tak pandai seperti awak, seperti dia.. atau seperti sesiapa saja yang pernah hadir dalam hidup saya, mengetuk pintu hati saya, kemudian pergi tinggalkan saya seorang diri.. buat saya karam sendiri.. mahukah saya ceritakan kisah silam?? argghh!! telah lama saya matikan dalam kamus hidup saya! bagaimana saya berdepan dengan betapa kejamnya sifat manusia yang langsung tak punya hati dan perasaan... sakit!!.. hingga kadang akal waras saya tidak dapat berfungsi mahu terus saja menamatkan hidup ini.. jahil sungguhnya saya tika itu.. kini, awak dan dialah sumber kekuatan saya.. percayakah??.. terpulang.. berderaikah airmata awak?.. maafkan saya.. pasti awak tersenyum.. mudahnya saya meminta maaf kan?.. begitu juga dengan kata InsyaAllah.. hingga terbuat saya telah meletakkan harapan pada awak!.. ya, harus kata apa yang perlu lagi saya lontarkan untuk menoktahkan ayat?.. ikutkan hati ini mahu buat apa yang tersuara.. tapi, kita tetap kena terima ketentuan takdir Ilahi.. kita hanya mampu merancang.. namun, perancangan Allah lebih sempurna.. tentu awak tahukan tentang ini?..

Awak, bagaimana bisa saya bermain-main dengan kata-kata dilaman indah gubahan awak?.. bila membaca apa yang tertulis itu adalah suara hati awak! rentetan kisah awak?.. bisakah saya bergurau dengan kata-kata sedangkan pena itu turut sama buat saya larut?.. jiwa awak telah bersatu dengan jiwa saya!.. saya tak mungkin jadi seperti mereka yang duduk berhampiran dengan awak.. boleh memberikan kata-kata semangat.. apa perlu saya letakkan?? gurauan??.. sedangkan saya juga mahukan kekuatan semangat dari awak untuk saya pinjam!.. saya seperti awak.. tidak juga kuat!! saya serabut, tidak pintar dan sering digelar katak bawah tempurung??... luarannya saja orang melihat hidup saya bahagia konon berharta.. tanpa ada kusut fikiran?.. tanpa ada masalah dalaman??.. seperti awak, saya juga mahu ikut berundur sekejap dari dunia maya.. sebab itu saya benarkan hati saya merasa pedih, sedih, pilu, sakit membiarkan awak pergi lagi.. untuk awak cari penawar mungkin?.. atau kembali membina keyakinan?.. tiada penawar yang mampu mengubat luka melainkan penawar itu datang dari kemahuan diri kita sendiri..

Andai, diletakkan seribu bala tentera pun untuk menahan diri kita dari kuasa jahat, tapi kalau kita sendiri yang tidak ada usaha mahu melawan, seribu bala tentera pon tidak mampu untuk menyokong kita.. benar bukan?.. sudah berputus asa kah?.. arghh, bisakah saya ajarkan ini pada awak? sedangkan saya tahu.. awak telah tahu tentang itu.. kalaulah awak dan dia faham kata-kata yang saya pernah tarikan sebelum ini.. dan, kalaulah awak dan dia ziarah saya disini.. ya! disinilah suara hati saya!!.. rahsia sulit separuh apa yang terpendam dalam jiwa saya untuk saya kongsi bersama dengan awak dan dia... benar.. blog ini saya create untuk kalian berdua sebenarnya!.. saya tahu andai tiba saya hilang lenyap.. mungkin jasad ini telah dikambus bumi.. kalian mungkin atau pasti tercari saya?.. seperti saya tercari2 kalian berdua.. atau mungkin tidak sekalipun?.. sebab itu blog ini saya tutup komen! saya nak kalian berdua dan semua yang hadir membaca terus dan fokus pada apa kisah yang terlakar disini.. mungkin boleh dijadikan tanda nesan saya?.. seperti awak juga saya berfikiran apa yang awak fikirkan.. saya bukan seperti penari maya yang suka mencuit rasa hati orang, kemudian tinggalkan jauh dengan seribu tanda tanya?.. mungkin mereka megah dengan berbuat begitu?.. atau selesa dengan cara itu.. ini saya! sekali saya dah sentuh jiwa orang itu.. tetap selamanya jiwa saya akan tersentuh.. tetap selamanya mahu berdamping bersama!.. biar pada hakikatnya jiwa kita jauh.. terlalu jauh.. namun, ikatan sayang ini kuat mengikat kita. Bukankah Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui??.. tidakkah awak dan dia dapat rasa apa yang saya rasai?.. pasti merasa bukan?.. benar, jiwa saya benar tenang kini.. bila saya telah kembali pada DIA.. mengadu segala hal pada DIA.. nah, apa yang selama ini saya tadahkan padaNya.. DIA pertunjukkan pada saya dalam hati yang tenang saya menerimanya.. walau saya ini tidaklah sehebat mana.. tentu juga tidak sehebat awak.. dan tentu juga tidak sehebat dia.. peningkah awak membacanya?? maafkan saya serabutkan otak awak dengan tarian ayat-ayat saya ini..

Awak.. seperti yang pernah saya beritahu.. jangan tipu saya! jangan mainkan perasaan saya! jangan ambil kesempatan atas kelemahan saya!.. saya tahu.. kalian berdua tidak begitu bukan??.. tersinggungkah dengan kata-kata ini? maafkan saya.. abaikan saja kata-kata saya ini.. sebenarnya ketika ini otak saya serabut dan terlalu gelisah.. serasa mahu dibelah tubuh ini.. sebelah pada awak.. sebelah pada dia.. (itu kalau benar-benar dia sedang diulit derita tika ini..).. mahu sentiasa ada dekat dengan kalian.. benar! tapi, manakan saya mungkin.. dan saya hanya mampu memberi janji dan janji.. yang kadang membuatkan awak juga bosan dengan saya??.. maafkan saya ya?

Ya Allah, sebenarnya tidak mahu memikir benda yang bukan2.. sakitnya mencucuk dada saya.. saat ini saya tak mampu menahan airmata dari terus berlinang.. ya, saya banyak simpan sedih dalam hati.. kerana selalu suka simpan sedih dalam hatilah maka sesuka hati juga ada yang suka menyakiti hati ini tanpa mereka sedari.. teman rapat dunia nyata saya pernah berkata.. terlalu sukarnya menjadi saya?.. terlalu dikongkong? segalanya kena mendapat restu?.. sulit!!.. dan, mereka semua menyarankan agar saya cepat kawin! berakhirkah semuanya andai saya nokhtahkan dengan perkahwinan?.. sedangkan terlalu banyak kisah perit dalam perkahwinan disuakan pada saya?.. love story.. adakah cinta sejati dalam zaman sains teknologi ini?.. kalaulah benar ada.. dimanakah dia itu untuk saya?.. saya mahu meminjam bahu dia untuk saya melepas segala lelah yang penuh sesak didada.. memeluk erat tubuhnya agar segala semua resah saya terhapus.. saya mahu sehidup semati dengannya.. biarpun dia miskin tak berharta.. arghh, apa yang saya bebelkan ini?.. abaikan saja..

Awak, saya sedih... selama saya mengenali dunia maya ini... telah banyak saya jumpa LA USURPADORA lakonan watak manusia.. kadang saya sudah give up! bukankah rentak kita serasi?.. pastikan awak rasa apa yang saya rasa?.. seperti apa yang saya rasa.. turut apa yang awak rasai.. bagaimana hendak saja perjelaskan?.. sungguh berbelit!.. arghh, saya buntu lagi!.. abaikan lagi..

Awak, bukan saya tidak mahu bersama awak.. bukan saya tidak mahu memahami kondisi awak.. saya cuba.. hari2 saya cuba jelmakan diri didepan awak.. cuba untuk bermain bersama awak.. walau ketika itu saatnya begitu sukar buat saya.. tidakkah awak nampak kehadiran saya? tidakkah awak rasa saya tetap ada untuk awak?.. seperti yang pernah saya katakan.. saya tak pandai meminta.. apa yang diberi itu yang saya terima.. ya, itu saya.. mudah bukan menjadi saya??.. biar ada mereka berkata terlalu sukarnya menjadi saya.. awak, please maafkan saya ya?.. selalu tidak sempurna menjadi sahabat yang baik.. terima kasih atas warkah itu..

Seperti biasa mata saya kembali pedih dan kepala saya berdenyut sakit bila menatap terlalu lama skrin komputer.. mohon beradu.. OUT!